Wednesday, June 29, 2011

Tips Kejayaan Bill Gates dan Pemilik kicap Tamin



Jika mahukan kejayaan, perlu mengusahakannya secara mendalam bukan melebar. Itulah kata-kata seorang ahli motivasi yang juga berjaya dalam salah satu cabang perniagaan. Semasa membaca buku beliau  yang bertajuk "Gagal Bukan Pilihan", Dr. Azman Ching meletakkan faktor ini sebagai faktor ke-5 yang menyumbang kejayaan ataupun kegagalan seseorang.



Beliau mengumpamakan perkara ini seperti mengali perigi atau kolam untuk mendapatkan air. Jika terus-terusan mengali secara melebar, punca air pasti tidak dapat ditemui. Bagaimanapun jika mengali secara mendalam, sampai ketikanya punca air pasti ditemui jua.





Contohnya mudah sahaja, usahawan paling kaya Bill Gates sepanjang hidupnya, beliau hanya mengusahakan "software". Orang lain buat komputer dia mengusahakan perisian  untuk komputer. Bill Gates tidak melompat mengusahakan pelancongan, pembinaan atau lain-lain. Hakikatnya dari dulu hingga kini beliau "mendalam" - hanya mengusahakan "software dan yang sewaktu dengannya. Begitu juga Kolonel Sanders (siapa tak kenal pakcik rambut putih duduk atau berdiri depan restoran KFC tu.....kan.kan.kan) sejak mula hingga kematiannya beliau mengusahakan restoran ayam goreng.


ha kan da cakap...pakcik ni lah...


Jika dihitung, ramai lagi contoh yang dapat diberikan. Honda mengusahakan kenderaan, Matsushita mengusahakan eletrik dan elektronik, Tamin mengusahakan kicap, (tetiba kicap...heheh)  Stephen King menulis novel seram dari dulu hingga kini. Senarainya berterusan dan anda  menyaksikan mereka menghasilkan satu usaha sahaja sepanjang hidup mereka dan hasilnya tentulah KEJAYAAN!


Alasannya:

  • Makin pakar, makin berilmu. Kepakaran mendatangkan keuntungan.
  • Fokus. Tumpuan tidak berbelah bagi.
  • Sentiasa bermotivasi apabila melalui kejayaan-kejayaan kecil.

Aku kaitkan hal ini dengan dunia blog yang baru sebulan aku lalui. Sesiapa sahaja di antara kita pasti teruja dengan kejayaan blogger-blogger hebat lagi laris di pasaran seperti Red Mummy, Ben Ashaari, Beautiful Nara, Hanis Zalikha dan ramai lagi lah. Pastilah mereka ini bukannya meletup dari perut bumi terus terkenal dan berjaya. RedMummy dalam pendedahan rahsia kejayaannya menyebut hanya setelah 2 TAHUN....2 tahun.......weeiii barulah usahanya menunjukkan hasil. Tentulah mereka ini belajar dan terus belajar dari sekecil-kecil perkara. 



Jadi apapun bidang yang diceburi tulisan Dr. Azman Ching ini mengajar kita agar bertahan dan terus belajar (mendalami bidang yang diceburi) atau kata lain jangan "banyak Punggung". 




"Meletup dari perut bumi" merupakan statement yang aku suka....^_^... untuk menyedarkan pelajar aku tentang pentingnya USAHA...(atas niat baik....ok)...klau ada sakit hati, ambil plaster tampal sendiri. 










Tuesday, June 28, 2011

Cermin Mata Vs Contact Lens? & Tips manjakan mata








Mata...salah satu anugerah deria yang tidak ternilai. Aku mungkin kurang beruntung kerana sejak kecil mengalami masalah pengelihatan. Seingat aku, masalah tersebut sejak aku berumur dalam lingkungan 9 tahun. Hanya kurang beruntung bukan bermakna aku tidak bersyukur, tentunya aku sangat bersyukur masih dianugerahkan dengan penglihatan meskipun terpaksa menggunakan cermin mata. 


Sepasang mata yang sangat cantik.

Ramai orang risau menggunakan cermin mata, tapi bagi aku cermin mata merupakan ciptaan sains yang amat bernilai dan berjasa. Bayangkan sejak kanak-kanak, aku tidak dapat melihat dengan jelas sehingga menjejaskan pelajaran. Kadang aku terpaksa menjeling kerja rakan di sebelah, bukan niat meniru tetapi mata tidak mengizinkan aku menyalin apa yang ada di papan tulis. Mujurlah guru bahasa inggeris aku ketika itu menyedari hal ini dan memberitahu kepada ibu masalah yang aku hadapi. 


Aiman tak kisah....jika pakai cermin mata itu memburukkan wajah yang tak seberapa ni. Sesungguhnya kita semua ciptaan yang maha kuasa, jika ada yang menghina ibarat dia telah menghina Penciptanya. (ha kau! kata-kata.....)

contact lens, siapa yang tidak pernah teringin memakainya...meriah dengan pelbagai warna,
boleh pilih yang sedondon dengan colour baju lagi.


Pernah aku teringin menggunakan contact lens gara-gara aktiviti aku selalu tersekat bila memakai cermin mata. Pernah satu ketika semasa zaman persekolahan kanta cermin mata aku terpelanting dan terpijak oleh kawan semasa bermain bola jaring. Sejak itu aku agak fobia untuk aktif dalam sebarang sukan. 


Bagaimanapun apabila dewasa, apa jua keinginan pasti lebih mudah ditunaikan dengan wang sendiri. Akhirnya, akupun kabulkan niat untuk memakai contact lens. Sebulan mencuba, aku masih janggal, Pada satu malam, aku memandu dari bandar untuk balik ke rumah, ketika itu hujan renyai-renyai. Entah macam mana mata aku terasa gatal dan tangan aku mulalah mengosok-gosok mata (biarpun secara perlahan sahaja) tetapi contact lens aku merayau ke tempat lain, bayangkan dalam keadaan jalanraya yang agak gelap dan hujan pula aku terpaksa menutup sebelah mata dan memandu dengan sebelah mata lagi sehingga sampai ke rumah.


Lucu pun lucu juga, seksa pun seksa juga, bahaya usah dikata, memanglah bahaya.


Akhirnya....aku pilih yang mudah, selesa dan paling penting tidak akan merayau ke mana-mana saat aku perlukannya. Apapun, pilihan perlulah berdasarkan keselasaan dan keselasaan bagi setiap individu itu berbeza.


Bagi menghargai mata yang banyak berjasa kepada kita, di sini dikongsikan tips penjagaan yang ringkas dan mudah. Semestinya selepas menghadap komputer mata kita perlukan rehat dan perlu dimanjakan gitu......


  • Tekapkan mata dengan tuala sejuk secara berulang. Cara ini dapat melegakan kegatalan mata . (macam yang aku alami..hehehe)
  • Tekapkan potongan timun, strawberry atau kentang pada mata dan biarkan dalam 15-20 minit.
  • Tea uncang yang sejuk boleh mengurangkan ketegangan mata terutama selepas lama berada di bawah terik matahari.
  • Rendam kapas pada susu sejuk atau air bunga ros (rendam semalaman bunga ros) dan letakkan pada mata yang letih.

Tips terakhir yang tertinggal ialah yang ni.............


benda alah ni dibeli dengan harga RM5 sahaja

Pengunaannya amat mudah, simpan dalam peti sejuk (ruang beku) selama mana anda suka kerana gel di dalamnya tidak akan membeku. Apabila diperlukan, keluarkan sahaja dari peti sejuk kemudian tampal.........mudahkan.


Tips ini diambil hasil daripada pembacaan dan sebahagiannya telah diuji bukan ke atas tikus putih...ya.

Sunday, June 26, 2011

The Tip Of Borneo - Sempang Mengayau Kudat Sabah


Memenuhi janji pada entri lepas, inilah Sempang Mengayau yang sempat dijejaki.....




Sempang Mengayau atau lebih dikenali dengan omputehnya Tip Of Borneo terletak di titik penghunjung Pulau Borneo di sebelah Utara. Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea. (belajar geografi sikit ya....jangan muntah darah..kay..) Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu atau dari Kinabalu International Airport (KKIA) hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Uniknya Tip Of Borneo ialah kedudukannya yang terletak di pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu. 


Ole-ole untuk anda hanya gambar-gambar yang sanggup diupload dalam blog ini, yang pastinya sudah membawa seribu penceritaan. Bagaimanapun, gambar-gambar ini hanyalah diambil menggunakan kamera biasa dan kamera hp. 



Tanpa kecangihan kamera DSLR ini sajalah hasilnya. 




Chalet ini menghadap ke Laut China Selatan

tapak perkhemahan juga disediakan di sini.

kulit kerang dijual di tepi-tepi jalan

kanak-kanak riang yang tidak sabar-sabar berlumba dengan tukang tangkap gambar.....^_^

PANAS!!! memang panas, tak tipu punya....pasal tu jualan pakcik aiskrim ni laris!

laut yang biru...sebiru-birunya....cantik dan secantik-cantiknya.....

view dari atas restoran

Rumah api di Pulau Kalampunian? aku tak pasti....yang penting view ini boleh dinikmati sambil minum kopi di pelantar restoran


2 orang hero yang berangan mandi laut.....(sebelah tu my mum... sabar ja la layan 2 org ni)

Memandangkan cuaca panas lebih baik habiskan masa di pelantar restoran untuk menunggu matahari terbenam. Sekitar jam 6.00 petang matahari hampir melabuhkan tirainya dan banyak pemandangan menarik boleh dirakamkan.













terasa seperti di atas kapal laut...

Sebelum

Selepas


dan akhir sekali.......................gambar ni....



mercu tanda Sempang Mengayau seperti bulan gerhana penuh di balik sinar matahari senja


Meskipun matahari panas membara, kunjungan ke Sempang Mengayau di daerah Kudat ini tidak sia-sia. Pantainya memang indah dan cantik. Udara yang nyaman dan jauh dari pencemaran pastinya sesuai untuk tempat merehatkan minda. 


Gara-gara panas yang membara, tangan dan muka pun jadi pedih... gerenti besok jadi 10 budak hitam.


 Fakta penting:

  • Tiada bayaran masuk dikenakan.
  • Rumah penginapan memang banyak.
  • Makanan dan minuman agak mahal sedikit berbanding di luar.
  • Bawalah sun block jika tidak mahu jadi 10 budak hitam.

Sebelum tu klik dulu iklan di bawah ni yaaa..............Tq 














Thursday, June 23, 2011

Tuition / Kelas Tambahan: Ibarat Nasi Tambah






Tuition Vs Kelas Tambahan: Perlu atau tidak?

Menjadi satu trend kepada ibu bapa sekarang untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuition. Begitu juga di pihak sekolah, guru-guru pula tidak terlepas dari terus-terusan mengadakan kelas tambahan. Matlamatnya sama iaitu inginkan anak-anak atau para pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan. Lebih-lebih lagi kini keputusan peperiksaan menjadi ukuran.


Persoalannya perlu atau tidak tuition atau kelas tambahan ini diberikan kepada pelajar?


Membaca buku motivasi tulisan seorang pesara Pengetua Cemerlang Hamedah Wok Awang bertajuk "Cerita-Cerita Motivasi untuk Pelajar" mengubah persepsi saya tentang hal ini. Katanya Kelas tambahan atau tuition ibarat memberi nasi tambah. Nampak banyak tapi tidak menambah tenaga."


Bukan dengan bahasa yang mendalam, kata-kata beliau patut difikirkan kembali oleh para ibu bapa, pendidik dan sekolah.


Tegas beliau dalam bukunya lagi, jika pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah dan guru juga menyampaikan dengan sebaik mungkin, itu sudah memadai. Selebihnya pelajar hanya perlu mengulangkaji dengan menjawab latihan-latihan diberikan guru secara konsisten.


Sebenarnya proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sangat penting
dan pastilah tiada galang gantinya.




************** ^^^^^^^^^^^^^***************



Sambutan Hari Guru Vs Inovasi: Dua-duanya perlu! ^ _^


Hari ini satu Lesson Study (LS) telah di buat oleh panitia Sejarah di bawah bidang Kemanusiaan. LS merupakan satu model penambahbaikan atau inovasi dalam P&P, model ini diambil dari negara Jepun.
Tidak mahu bercerita banyak tentang LS ini tetapi di saat para pelajar merayakan guru mereka untuk sambutan hari guru, barisan guru-guru tetap mendahulukan agenda penting ini. 

salah satu aktiviti pelajar dalam "Lesson Study" yang sudah dirancang. 
Team LS yang memantau untuk tujuan pemurnian perlaksanaan P&P
futsal - sempena hari guru


Ada banyak lagi gambar aktiviti sambutan hari guru yang tidak dapat dihadiri atas komitmen kerja. Bagaimanapun kami masih terhibur dan tersenyum apabila membaca kad ucapan dengan bungkusan gula-gula yang tertulis:-


Sweet sms for a Sweet Teacher...from a Sweet Person for a Sweet Reason....at a Sweet Time on a Sweet month...and sweet year.....
have a Sweet Teacher's day


dan 


Mak kata cikgu macam megi...makanan rutin time susah, Ayah cakap cikgu macam D'seekers...menakutkan, Atuk cakap cikgu macam Astro macam-macam ada, ...tapi saya cakap cikgu macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga....


Daripada: 
Pelajar-Pelajar Pendidikan Khas



Hhmmmmm......comel sekali. TQ!




Sunday, June 19, 2011

Aksi Mengundang Maut


Pemandangan yang tidak ingin anda lihat....


Entah di mana silapnya, para pelajar ini kah yang dengan rela mengadai nyawa atau si pemandu lori yang mengizinkan anak-anak ini menjadi penumpang dengan aksi bahaya?


atau


ada pihak lain yang perlu prihatin????




Jika ada pendapat lontarkan dalam ruangan komen yaa....










Perjalanan 190km Kota Kinabalu - Kudat


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Kudat perlu menempuh perjalanan sejauh 190 KM. Kudat sememangnya terkenal dengan Sempang Mengayau Tip of Borneo. Terletak di Utara pulau Borneo daerah kudat menjanjikan pantai yang bersih dan indah untuk dilawati. Bagaimanapun kali ini saya ( saya guna bahasa standard ok..ahaha..) tidak berkongsi tentang Sempang Mengayau tetapi membawa anda turut serta dalam perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam ini.

 
Pemandangan indah sawah padi di daerah Kota Belud, jika cuaca mengizinkan gunung Kinabalu 
turut dapat dilihat dari sini.

jalan sepanjang Ulu Kukut agak teruk, saya difahamkan masalah timbul akibat pergerakan bawah tanah.

 singgah sebentar di hentian rehat Ulu Kukut

terdapat taman herba di hentian ini

 di sepanjang jalan banyak gerai yang menjual janggung bakar dan buah-buahan tempatan.

 saya membeli jagung mentah sahaja kerana risau dengan kesan pembakaran jika membeli jagung bakar ^_^


Dataran tepi pantai ini terdapat gerai-gerai menjual makanan dan juga disediakan  tempat permainan kanak-kanak. Bagi yang suka beriadah dataran ini amat sesuai sekali untuk dikunjungi. Selain anda juga boleh menikmati makanan laut di restoran nun di hujung sana (bangunan besar berbumbung merah)


Setelah 3 jam setengah perjalanan yang agak memenatkan, akhirnya sampailah ke daerah kudat (perjalanan boleh lebih singkat jika tidak berhenti). Apa yang menarik di sini? bakal diceritakan pada entri akan datang. Pasti antaranya melihat keindahan Sempang Mengayau yang terletak di antara pertembungan laut China Selatan dan Luat Sulu.


Memandangkan badan terasa letih mata juga terasa berat...akhirnya.....zzzzzzzzzz





Friday, June 17, 2011

Happy Father's Day


Pagi tadi kebetulan bersembang dengan rakan sekerja menyentuh topik penjagaan bayi. Dia baru sahaja menjadi ayah, baru 3 bulan yang lepas, bayinya dilahirkan premature dan doktor mensyaki bayinya mempunyai masalah jantung berlubang. Melihat wajah si ayah nampak sangat kegusaran. Itulah sang AYAH...risaunya tersimpan di dada, sedihnya di balik tawa, sengsaranya sukar dikongsi bersama.


Untuk sahabat saya tadi, kita doakan semoga bayinya sihat seperti kanak-kanak lain.


Sempena Hari Bapa, rasanya sajak ini paling sesuai untuk dihayati bersama,  


What Is A Dad?


A dad is someone who
wants to catch before you fall
instead pick you fail
brushes you off
and lets you try again.

A dad is someone who
wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find you own way
even thourgh his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who
holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...
Dad, you're everything a dad should be and some.



By Susan Ceylise


Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar AYAH.....

dan teristemewa kepada ayah saya.



Monday, June 13, 2011

Shangri-la's Rasa Ria Resort Tuaran - Back to nature


Baru-baru ini jejak-jejak kecil melusuri Shangri-la's Resort Tuaran. Kunjungan ke resort ini merupakan kali ke-3 namun dua kesempatan sebelumnya hanya dirakamkan dalam memori tanpa dizahirkan melalui tulisan. Kunjungan pertama pada tahun 2005 dan kedua pada tahun 2010. Kunjungan pada tahun lepas memenuhi undangan Shangri-la's Rasa Ria Resort bagi program pendidikan tentang kesedaran pemuliharanaan alam sekitar. Pada kunjungan tersebut kami dibawa masuk ke kawasan hutan simpan dan melihat Orang Utan yang dipelihara di resort ini. Sayangnya gambar-gambar yang berlambak dalam external hard disc tidak dapat dibuka. Hanya gambar-gambar terkini ini sahaja yang dapat dikongsi.


Keunikan Resort ini tentunya kerana program Pemeliharaan dan Pemuliharaaan Alam Sekitarnya. Berkeluasan 400 ekar termasuk hutan yang menghimpun pelbagai jenis flora dan fauna, pengunjung benar-benar boleh bermesra dengan alam dan menikmati suasana hutan hujan tropika.

jom tinggalkan tapak kaki di dalam ni......
Kedatangan tetamu disambut dengan alunan muzik tradisional

Memandangkan daerah Tuaran terkenal dengan Tamu Tuaran dalam resort ni juga terdapat tamu. Maskot Bayau ada dijual di sini. (untuk yang tidak tahu "Tamu"....dalam bahasa sabah bermaksud "pasar" yang menjual pelbagai jenis barangan) Terdapat banyak cenderamata berbentuk kraftangan yang boleh didapati di sini antaranya tembikar, manik dan ukiran kayu.

Bayau: maskot sempena SUKMA Sabah
inilah Tamu tu....
tempat untuk bersantai dan bagi mereka yang suka menjadi ikan kering.....hehehe..


golf view
bunga teratai yang tumbuh meliar

Pantai Dalit



Eh, wedding Pavilion pun ada....


lorong menuju ke wedding pavilion tadi tu.....

sinilah penghujung perjalanan wedding pavilion tadi tu....selepas ikat janji perkahwinan bolehlah terjun laut....dialog Titanic: you jump..... i?......you jump sorang-sorang.....hahahahah......

model comel yang baru ni namanya Sara......tengah buat "jalan kucing" tuwww.!!....(catwalk)

Setelah penat berjemur di luar, mereka berdua ni layan pula benda ni...entah apakah benda ni aku pun tak tau.
mcm betul tau jer dua orang ni.....

lepas tu mengerjakan yang ni pula.......

Tapak kaki telah kami tinggalkan, Resort ni sedikit sunyi berbanding Nexus Karambunai. Bagaimanapun kedua-duanya ada keistemewaan masing-masing. Bagi mereka yang tinggal di hutan batu dan ingin bereksperimen dengan alam, di sinilah tempatnya. (Aik, promosi percuma pla...)


Habis baca silalah klik iklan di bawah.....terima kasih:









Coklat dan GIGI




Tanpa gigi anda kehilangan keyakinan diri, paling parah tanpa gigi makanan tidak dapat dikunyah untuk proses penghadaman. Apapun, kerosakan gigi sering dikaitkan dengan coklat. Ramai orang suka makan coklat, kanak-kanak apatah lagi. Para ibu bapa selalu menasihati anak-anak agar menghindari coklat kerana faktor tersebut. Adakah benar atau sekadar mitos semata?

Pada satu hari sedang kami lepak di ruang tamu sambil bersembang adik-beradik maka tersebutlah kisah tentang coklat ni. Diringkaskan cerita, aku dengan selamba rock memberikan pendapat yang coklat ni merosakkan gigi (depan kakak aku, orang industri koko pula tu) Apa lagi kakak aku pun keluarkanlah ilmu yang dia tahu tentang Koko demi pertahankan produk koko yang aku kata ejen perosak gigi tu…..hahahaha…….

Esoknya pamplet inilah yang dia berikan…( hah..ambik kau!)

Oleh kerana tulisannya maha comel, aku dengan baik hati meringkaskannya....k

5 FAKTA PENTING

  • Coklat mempunyai bahan anti  kerosakan gigi seperti tannin, kasien dan asid oksalik. Lemak koko pula berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
  • Jangan kata coklat mengemukakan. (ini antara amaran yang kakak aku bagi) Kerana coklat bebas kolesterol dan lemak koko mengandungi 38.2% asid oleic yang berperanan merendahkan paras kolestrol dalam darah. Asid sterik pula menpunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. (hhmm…jadi yang orang boleh jadi gemuk tu?....kakak aku selambanya macam doktor menjawab: yang tu terlebih makan cokolat... kan dalam coklat ada gula. Gula yang terlebih sudahhhh tu.....bla..bla..bla..bla. huh! 
  • Mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.
  • Coklat pembekal tenaga segera yang terbaik. Ini menjadikannya sesuai untuk golongan aktif dan menjadi makanan penyelamat kepada pengembara. 
  • Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan yang baik untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan. (maksudnya baguslah untuk golongan kanak-kanak)


Akhirnya, aku akur semamangnya coklat banyak kebaikannya. Sesungguhnya yang tidak baik itu datangnya daripada kerakusan diri sendiri. Nikmatilah keenakan coklat dan kebaikannya tanpa prajudis! Hehehe...peace my sis!!!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...