Pages

Tuesday, July 23, 2013

Kisah dulu-dulu: terbakar di dalam hostel


Ini antara cerita yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kisah ini berlaku semasa aku duduk dengan kawan-kawan di hostel semasa zaman sekolah menengah. Pada kebiasaannya pelajar yang duduk asrama ni kehidupan penuh berjadual, bukan pun sendiri yang tentukan tetapi oleh pihak sekolah. Masa rehat memang tidak pernah cukup, apatah lagi masa berfoya-foya mengulit diri sendiri. Bayangkan selepas habis waktu sekolah, balik hostel untuk makan kemudian bersambung pula dengan kelas wajib petang, waktu malam begitu juga. Sesiapa yang pernah duduk asrama dan makan nasi kawah tu mestilah tau benar kisahnya.

Pada masa itu aku berada di tingkatan 6 atas dan sedang giat buat persediaan menghadapi peperiksaan STPM. Memandangkan otak aku ni memang tidak boleh terima belajar wajib petang dan malam tu terus-menerus maka aku pun buatlah undang-undang sendiri. (Pendedahan berani ni tau) Ya lah daripada otak aku beku tidak mampu terima apapun lebih baik aku TIDUR. Meskipun bukanlah setiap hari tetapi agak kerap jugalah. Maka bermulalah kisah tidur aku semasa orang lain sibuk ke kelas malam yang wajib itu, kadang juga aku sorok tidur ni waktu petang. Ramai jugalah kawan-kawan satu asrama ni mcm tidak puas hati bila dapat menghidu masa beradu aku tu. Sehingga ada juga sok sek sok sek mengata (aku sempat dengar weiii...) semasa aku tidur-tidur ayam dalam dom. Dorang kata aku ni calon STPM yang bakal tidak berjaya memperolehi 5P (5 Prinsipal)..aduh!!! sedih banget....bila dengar kata-kata pedas makcik-makcik bomoh peramal ni...sabar ja la.

Maka dijadikan cerita, pada hari itu aku memang agak letih, lebih-lebih lagi petang itu kami pergi main bola tampar dengan kawan-kawan...jadi sekitar jam 8 malam tu aku memang mengantuk tahap dewa. Semasa kawan-kawan sibuk ke kelas malam aku senyap-senyap naik ke hostel...tidak senyap sangatpun..huhuhu. Sebelum tidur biasanya aku pasang radio supaya mata lebih cepat terlelap. Setengah jam kemudian aku sudah tidak tahu aku ke mana...hehehe..tentulah terlelap punya pasal...dalam lena beradu itu...tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang budak junior meminta aku turun cepat menuju ke tapak perhimpunan. Aku yang mamai-mamai sempat lagi duduk tepi katil. Junior tu pula bukan main lagi ribut menyuruh aku cepat-cepat turun menyelamatkan diri. Aku pula buat relax lagi...ya la, orang baru bangun tidur. Ada jugalah aku terhidu bau tengik asap di sekitar dom dan bunyi-bunyi bising di luar tapi antara dengar dengan tidak. Dalam kekalutan dan mata pula penuh istana tahi mata aku gagahi jugalah menuruni tangga untuk turun ke tapak perhimpunan...sebab bukan apa, kasihan dengan junior yang beria tadi tu. 

Sesampai sahaja di tapak perhimpunan baru aku baru sedar, rupanya aku merupakan insan terakhir yang keluar dari api kebakaran Aspuri kediaman kami. (terima kasihlah pada adik yang rescure aku time tu) Meskipun sebenarnya itu hanyalah latihan kebakaran (fire drill) yang dibuat oleh adik-adik junior untuk memenuhi latihan keselamatan dalam asrama.

Oleh kerana aku seorang sahaja yang tertinggal dan kurang alert dengan keselamatan kononnya (memang betul pun..mengaku la), maka warden asrama tu asyik jeling aku sepanjang ceramahnya pada malam itu. Tentang aku terkantoi tidur semasa sesi kelas malam tu, tidak pula warden tu sentuh. Agaknya dia pun tidak menyedari hal itu. Bagaimanapun yang kurang bestnya, bila aku ke kelas besok pagi, berita aku hangit terbakar pada malam itu menjadi bualan dan usikan kawan-kawan dalam kelas. Malu..malu..malu. 

Jadi apalah moral cerita ni,.......sebenarnya yang aku mahu kongsi ni bukanlah tentang hangit dalam hostel tu pun, bukan juga pasal budak-budak yang sibuk mengutuk aku tu. Sekadar berkongsi teknik berkesan menghadapi peperiksaan. Sebenarnya, memaksa diri hanya perbuatan sia-sia...huhuhuhu. Kasian juga budak-budak kutuk aku tu pasal diorang tidak tahu tektik yang aku gunakan bagi mengalahkan diorang dalam peperiksaan...ceh..wahhh!!...aku bukanlah tidur mati sampai pagi. Sekitar jam 1 atau 2 pagi aku bangun untuk mengulangkaji, malah jika energy lebih aku berjaga sehingga pagi...caya?..percayalah..bak kata Siti Nurhaliza....kerana aku kena buktikan dakwaan palsu itu. Aku rasa belajar begitu lebih baik daripada memaksa diri meskipun otak sudah jem tidak boleh terima apa pun. Kadang yang ke kelas malam tu pun bukannya belajar beria pun, sekadar sembang dengan rakan atau sekadar aktiviti menganyam ketupat!!! Buktinya 6 orang kami dalam dom tu seorang saja aku dapat 5 Prinsipal dalam STPM sebenar....kui.kui.kui....apa boleh buatlah kawan-kawan ramalan anda meleset belaka. (maaflah bukan aktiviti angkat bakul tapi itulah kenyataannya..sob.sob.sob)

Layan dululah lagu Miley Cyrus ni...



(Cerita ini sekadar perkongsian pengalaman...yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pengajaran...sesungguhnya setiap orang berbeza keperluan)


p/s: orang bilang..study smart..selamat belajar bagi yang masih belajar  ^_^



1 comment:

Anonymous said...

Now can talk like this "this is my way and do not be judged from the cover of a book"(siap tatabahasa yg betul aaaarrr)
Tapi yg sadiiss tu junior pun kira terbakar juga lah kan so 2 pelajar asrama terkorban dlm ceta tu hahahaha tapi junior tu dapat nama sikit coz jadi heroin lah mlm tu..
Bab curi2 modop..saya kira skema penulis ni tapi pandai juga pusing kiri pusing kanan ;)
I love the story zaman jipun penulis c jejak2kecil ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...