Tuesday, July 23, 2013

Kisah dulu-dulu: terbakar di dalam hostel


Ini antara cerita yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Kisah ini berlaku semasa aku duduk dengan kawan-kawan di hostel semasa zaman sekolah menengah. Pada kebiasaannya pelajar yang duduk asrama ni kehidupan penuh berjadual, bukan pun sendiri yang tentukan tetapi oleh pihak sekolah. Masa rehat memang tidak pernah cukup, apatah lagi masa berfoya-foya mengulit diri sendiri. Bayangkan selepas habis waktu sekolah, balik hostel untuk makan kemudian bersambung pula dengan kelas wajib petang, waktu malam begitu juga. Sesiapa yang pernah duduk asrama dan makan nasi kawah tu mestilah tau benar kisahnya.

Pada masa itu aku berada di tingkatan 6 atas dan sedang giat buat persediaan menghadapi peperiksaan STPM. Memandangkan otak aku ni memang tidak boleh terima belajar wajib petang dan malam tu terus-menerus maka aku pun buatlah undang-undang sendiri. (Pendedahan berani ni tau) Ya lah daripada otak aku beku tidak mampu terima apapun lebih baik aku TIDUR. Meskipun bukanlah setiap hari tetapi agak kerap jugalah. Maka bermulalah kisah tidur aku semasa orang lain sibuk ke kelas malam yang wajib itu, kadang juga aku sorok tidur ni waktu petang. Ramai jugalah kawan-kawan satu asrama ni mcm tidak puas hati bila dapat menghidu masa beradu aku tu. Sehingga ada juga sok sek sok sek mengata (aku sempat dengar weiii...) semasa aku tidur-tidur ayam dalam dom. Dorang kata aku ni calon STPM yang bakal tidak berjaya memperolehi 5P (5 Prinsipal)..aduh!!! sedih banget....bila dengar kata-kata pedas makcik-makcik bomoh peramal ni...sabar ja la.

Maka dijadikan cerita, pada hari itu aku memang agak letih, lebih-lebih lagi petang itu kami pergi main bola tampar dengan kawan-kawan...jadi sekitar jam 8 malam tu aku memang mengantuk tahap dewa. Semasa kawan-kawan sibuk ke kelas malam aku senyap-senyap naik ke hostel...tidak senyap sangatpun..huhuhu. Sebelum tidur biasanya aku pasang radio supaya mata lebih cepat terlelap. Setengah jam kemudian aku sudah tidak tahu aku ke mana...hehehe..tentulah terlelap punya pasal...dalam lena beradu itu...tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang budak junior meminta aku turun cepat menuju ke tapak perhimpunan. Aku yang mamai-mamai sempat lagi duduk tepi katil. Junior tu pula bukan main lagi ribut menyuruh aku cepat-cepat turun menyelamatkan diri. Aku pula buat relax lagi...ya la, orang baru bangun tidur. Ada jugalah aku terhidu bau tengik asap di sekitar dom dan bunyi-bunyi bising di luar tapi antara dengar dengan tidak. Dalam kekalutan dan mata pula penuh istana tahi mata aku gagahi jugalah menuruni tangga untuk turun ke tapak perhimpunan...sebab bukan apa, kasihan dengan junior yang beria tadi tu. 

Sesampai sahaja di tapak perhimpunan baru aku baru sedar, rupanya aku merupakan insan terakhir yang keluar dari api kebakaran Aspuri kediaman kami. (terima kasihlah pada adik yang rescure aku time tu) Meskipun sebenarnya itu hanyalah latihan kebakaran (fire drill) yang dibuat oleh adik-adik junior untuk memenuhi latihan keselamatan dalam asrama.

Oleh kerana aku seorang sahaja yang tertinggal dan kurang alert dengan keselamatan kononnya (memang betul pun..mengaku la), maka warden asrama tu asyik jeling aku sepanjang ceramahnya pada malam itu. Tentang aku terkantoi tidur semasa sesi kelas malam tu, tidak pula warden tu sentuh. Agaknya dia pun tidak menyedari hal itu. Bagaimanapun yang kurang bestnya, bila aku ke kelas besok pagi, berita aku hangit terbakar pada malam itu menjadi bualan dan usikan kawan-kawan dalam kelas. Malu..malu..malu. 

Jadi apalah moral cerita ni,.......sebenarnya yang aku mahu kongsi ni bukanlah tentang hangit dalam hostel tu pun, bukan juga pasal budak-budak yang sibuk mengutuk aku tu. Sekadar berkongsi teknik berkesan menghadapi peperiksaan. Sebenarnya, memaksa diri hanya perbuatan sia-sia...huhuhuhu. Kasian juga budak-budak kutuk aku tu pasal diorang tidak tahu tektik yang aku gunakan bagi mengalahkan diorang dalam peperiksaan...ceh..wahhh!!...aku bukanlah tidur mati sampai pagi. Sekitar jam 1 atau 2 pagi aku bangun untuk mengulangkaji, malah jika energy lebih aku berjaga sehingga pagi...caya?..percayalah..bak kata Siti Nurhaliza....kerana aku kena buktikan dakwaan palsu itu. Aku rasa belajar begitu lebih baik daripada memaksa diri meskipun otak sudah jem tidak boleh terima apa pun. Kadang yang ke kelas malam tu pun bukannya belajar beria pun, sekadar sembang dengan rakan atau sekadar aktiviti menganyam ketupat!!! Buktinya 6 orang kami dalam dom tu seorang saja aku dapat 5 Prinsipal dalam STPM sebenar....kui.kui.kui....apa boleh buatlah kawan-kawan ramalan anda meleset belaka. (maaflah bukan aktiviti angkat bakul tapi itulah kenyataannya..sob.sob.sob)

Layan dululah lagu Miley Cyrus ni...



(Cerita ini sekadar perkongsian pengalaman...yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pengajaran...sesungguhnya setiap orang berbeza keperluan)


p/s: orang bilang..study smart..selamat belajar bagi yang masih belajar  ^_^



Saturday, July 20, 2013

My Dearest Students #1


Tajuk bahasa Inggeris sila abaikan...sebab mau tulis bahasa Melayu, panjang pula... so. sob. sob...mau mula dari mana??...saya pun tidak tahu...cuma entri ini khas buat anak-anak didik yang dikasihi..

Dua minggu tidak mengajar seperti rutin bertahun-tahun yang lalu, menggambit rasa mau masuk ke kelas. Begini pula rasanya apabila kebiasaan ditinggalkan. Dua minggu sibuk dengan rutin baru...buat fail mejalah, meetinglah, discussion, memantau, laporan...dan macam-macam lagi...oohhh my new job!!! rasanya mau cari lampu Aladdin...biar keluar Jin dari lampu minyak ajaib....sambil berkata...yes madam, what do you wish of me? hohoho..mesti best punya. 

Bagaimana sibukpun, saya tidak lupa satu perkara....”my dearest students”. Setiap hari saya ingat budak-budak ni, lebih-lebih lagi kelas exam yang saya tinggalkan. Rasa bersalah pun ada, rasa terkilan pun ada, rasa tidak sedap hati tinggalkan mereka yang masih perlukan bimbingan untuk menghadapi PMR sebentar sahaja lagi.

Hanya seperkara buat saya sedikit lega....saya tidak tinggalkan mereka dengan minda yang kosong. Buat kelas 3 Perdana, banyak juga ilmu yang telah diturunkan. Cuma sedikit terkilan, hanya masa tidak banyak untuk menguji tahap kefahaman kalian terhadap ilmu yang beri. Tapi saya percaya dengan 'kail' yang telah dibekalkan...kebijaksanaan bakal merentas lautan luas. Sebab itu, saya hanya target 'A' untuk mereka...bukan kerana saya mendabik dada bahawa saya yang “terbaik”...tidak! saya juga banyak kekurangan....saya juga masih belajar...tapi atas fakta bahawa “mereka” adalah lubuk permata, kilaunya terserlah saat ia digilap. Oleh itu wahai anak-anak sekalian, ingat janji kita di bawah pohon taugeh... ^_^

berpakat buat "kejutan" ^_^ tapi..dari jauh sudah nampak...huhu


kumpulan yang memenangi pertandingan permainan "sampaikan pesanan"

ada macam anak beranak???...eerrrmm..adik beradik??? jeng..jeng..jeng..

3 Perdana

Kerinduan untuk masuk ke kelas, banyak dipengaruhi oleh kalian. Disaat saya marah...mereka diam tidak berkata, tiada dendam pada wajah mereka, di saat berkongsi cerita sedih...mereka turut sedih, di saat ketawa, kami ketawa bersama. Itulah saat-saat yang paling berharga bersama pelajar. Nilai wang tidak mungkin dapat membeli pengalaman itu.

Kelas 3 Wira, 3 Putra, 4 Persona...meskipun bukan m/p peperiksaan dan seperti biasa kurang unsur paksaan sepanjang proses PdP namun saya gembira berkongsi cerita dengan kalian. Kelas 3 Kenari, biarpun 4 kali sahaja kita bersua namun anda semua telah menunjukkan perubahan positif, teruslah pupuk minat untuk belajar. Sesungguhnya lautan ilmu itu milik semua dan untuk sesiapa sahaja yang dahagakannya.

3 Wira

seronok dapat dengar mereka menyanyi

Apapun, saya turut belajar sesuatu daripada anak-anak didik saya selama ini. Kalau saya kata saya guru mereka...sebenarnya mereka juga guru kepada saya...saya belajar bahawa kepelbagaian ragam manusia memang sukar difahami, bagaimanapun.....seperkara harus kita sedari bahawa apapun kedudukannya semua manusia ingin dihargai. 

terharu sangat..


Terima Kasih....Sayang anda semua...ini hanya perpisahan sementara kerana ikatan yang terjalin pasti sampai bila-bila....happy reading!!! cheers!!


p/s: maaf tidak semua gambar dapat diupload...mungkin pada entri akan datang.


Monday, July 15, 2013

Angel, Alice and baby Angel


Sahabat, rakan dan kawan baik ....Alice in Wonderland  (AW) itulah gelaran yang sering diberikan padanya kerana dia comel, lucu (meriah dengan joke) dan namanya Alice FYC...bukan FOC... ^_^ serius giler anak cina seorang ni memang suka buat lawak dan kami memang boleh satu geng bas sekolah.


Sahabat baik saya ini orang Selangor tetapi membesar di Tawau. Oleh itu, dia tidak punya ahli keluarga di KK, suami orang Penang. Ibu bapa Alice telah lama berhijrah ke Australia. Situasi ini juga faktor penyumbang kami lebih rapat. Semasa dia pregnant anak pertama 3 tahun lepas dia mengalami alahan teruk... oleh itu, saya jadi peneman setia...kadang merangkap driver juga....cuma belum sempat jadi bidan saja....ngeengee. (harap AW baca....walaupun wa tau lu punya bahasa melayu hancussss....haha) apapun semua yang dilakukan dengan ikhlas dan gembira kerana dapat membantu apa yang termampu...namanya pun kawan baik kan?...that's what friends are for..




Akhirnya lahirlah baby girl yang cukup comel ini.....dan yang buat i teruja dan terharu sangat-sangat.....kerana nama baby ini diambil sempena nama i yang memang super cute itu...ahakss.....hehehehe....comel..comel...comel sangat-sangat.



Tq Alice...i love u...waiting mode for another angels....Annabell ^_^

Saturday, July 6, 2013

Otak Kreatif Vs Busy

Sejak akhir-akhir ni saya rasa tiada idea mahu menulis, mood tiada, minda pun macam tidak kreatif...cehhh!! macam kreatif sangat. Eh, ya la....kita ajar pelajar menjana idea kreatif, sekarang banyak sangat pelajar yang terlebih kreatif...tidak percaya cuba usha-usha facebook, nah keluarlah macam-macam status palsu, belum lagi pose-pose model burung hantu dan mulut muncung itik. Memang macam-macam ada, macam slogan  Astro. Saya pun fikir kenapa dorang ni banyak ja idea? idea yang comel-comel....punya.

Oleh itu, saya mula fikir, kesibukan selalunya buat muka ketat memanjang. Otak pun tidak berfiungsi dengan baik mungkin penat dan stress kalikan. Arrraggghhhhh....ini tidak boleh!!!! ini tidak adil!!!! tidak adil untuk diri sendiri. Macam rindu sangat pula dengan vacation....tapi baru saja balik pun dari bercuti hari tu. Tidak apalah tahun ini mahu bercuti yang gila-gila punya. Saya rasa macam mahu saja terbang naik belon ke pulau Jeju. Buat snowman di Nami Island, main ski di Yongpyong Resort. Menyesatkan diri ditengah serabut Subway Seoul dan menyaksikan matahari terbenam di Namsan Tower. Wahhh...berangan abisss dulu.^_^

Korea Selatan?????. Ya....tapi bukan kerana gila sangat dengan PSY...oh tidak..tidak..Tiada kegilaan pada lelaki bermata sepet bernama PSY itu. Hanya rasa mahu imbau kembali kenangan di Seoul 6 tahun yang lalu. Ok back to the topic...pasal kesibukan dan minda jadi kurang kreatif. Saya sudah faham kenapa??? kesibukan!!!! itulah jawapannya...ohhh gosshhh.


Begitulah resam orang dewasa bila bekerja...tapi jangan salah sangka...bagaimana sibukpun kerjaya ini, saya menyayangi kerjaya saya. I love to be a teacher. Dulu-dulu, saya pernah bercita-cita menjadi seorang arkitek...itu cita-cita zaman sekolah. Zaman budak-budak dan remaja. Bagaimanapun, akhirnya saya menjadi cikgu sekolah. Errrmmm....nampaknya cita-cita besar saya jauh tersasar. Iya kah tersasar?

Tidak. Sebenarnya cita-cita saya telah tercapai. Betulah....apa yang kita doakan, itulah yang kita perolehi. Malah Tuhan memberi lebih daripada apa yang kita minta. Akhirnya saya menjadi seorang arkitek yang jauh lebih besar tanggungjawab dan jasanya iaitu Arkitek Insan. Kalau saja dulu, saya menjadi arkitek bangunan, mungkin kini saya hanya berbangga melihat bangunan yang saya reka. Namun hari ini saya jauh lebih berbangga dan bersyukur. Bukan sekadar mencurah ilmu dengan anak-anak didik, Saya berkongsi cerita, suka dan duka di sepanjang perjalanan ini...dan yang paling penting kami juga berkongsi kasih sayang...kau ada????...hehehe..oopppsss!!!


Ehhhmm...jangan lupa juga...dengan kerjaya ini maka lahirlah lebih ramai yang bergelar guru atau doktor, nurse, polis, jurujual, usahawan dan siapa saja di luar sana dengan pelbagai kerjaya yang akhirnya berjasa kepada masyarakat.

Oklah....saya mau pergi cari dulu si kreatif sama si senyum.....tidak mahu kawan sama si busy.

k. bai


p/s: what you pay is what you get....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...