Pages

Friday, March 11, 2016

APLIKASI KBAT DALAM P&P BAHASA MELAYU


Satu lagi tugasan selesai, terima kasih kepada panitia BM SM All Saints kerana berjaya menganjurkan perkongsian berkaitan Aplikasi Kbat dalam p&p untuk panitia BM. Biarpun terdiri daripada guru-guru otai tetapi bersemangat dan sangat positif. 



Saturday, November 28, 2015

RAWATAN RABUN ReLEX-SMILE DENGAN PROF MUHAYA

Seperti yang dijanjikan saya akan kongsi pengalaman sendiri semasa menjalani rawatan rabun jauh menggunakan Teknologi terkini yang dinamakan ReLEX-SMILE. Seperti yang saya kongsikan sejak awal, masalah rabun jauh yang saya alami ini sudah sekian lama, sejak berada di sekolah rendah lagi sehinggalah mencecah degree yang agak tinggi iaitu 950 bagi kedua-dua belah mata. Mungkin juga ini salah satu penyebab migraine yang agak kerap juga datang. 

Harap keputusan untuk mengurangkan tahap kerabunan dan silau yang tinggi ini dapat membantu mengurangkan tekanan pada mata dan seterusnya mungkin mengurangkan migraine..haraplah., buat kesimpulan sendiri..hehe. Walaubagaimanapun, sejak awal saya tidak mahu mengharap terlalu banyak. 


Seawal 8.30 pagi saya sudah sampai ke Klinik Mata Prof. Dr. Muhaya yang terletak di Kajang. Selesai pendaftaran, saya terus dipanggil untuk menjalani ujian kesihatan mata. Bagaimanapun ujian tertangguh sekejap kerana gangguan migraine yang menyerang sejak awal pagi lagi. Setelah berehat dan makan ubat dalam 30 minit, ujian mata diteruskan. terdapat beberapa mesin ujian yang perlu dilalui dan akhir sekali ujian untuk menentukan kesesuaian pengelihatan setelah menjalani rawatan. Pada masa ini saya diberitahu bahawa degree mata setelah menjalani rawatan tidak boleh mencecah 0 degree kerana beberapa faktor antaranya untuk menyeimbangkannya dengan pengelihatan dekat. Saya akur, yang penting mata sihat dan sesuai untuk menjalani rawatan dan rabun dapat dikurangkan. 

Setelah selesai menandatangai borang yang disediakan, saya terus dipanggil untuk menjalankan prosedur ReLEX-SMILE. Sebenarnya saya boleh memilih sama ada menjalani Lasik atau reLEX-SMILE, bagaimanapun saya memilih teknologi ReLEX-SMILE kerana sejak awal saya difahamkan prosedur ini lebih cepat sembuh dan mata kurang kering.

Prosedur rawatan sangat cepat, kurang 10 minit kedua-dua belah mata selesai menjalani laser tanpa rasa sakit. Prof. Dr. Muhaya bukan sahaja pakar yang sangat cekap dalam pembedahan mata menggunakan laser tetapi juga seorang pakar motivasi yang sangat membantu saya agar tenang. Saya rasa sangat bertuah dapat menjalani rawatan laser ini dengan beliau. Terima kasih Prof. Soalan dari prof semasa konsultasi, "dari mana saya tahu tentang teknologi ReLEX-SMILE?" jawab saya,, Prof memang sangat terkenal, pastilah saya tahu" sepertinya tidak menjawab soalan. Tapi sebenarnya jawapan saya bermaksud, oleh kerana beliau sangat terkenal, pastilah rawatan yang beliau sediakan juga telah dikenali. Apatah lagi sekarang jiran kita semua Pakcik Google ada di mana-mana. 

Prof. Muhaya yang cantik, manis, lembut dan tenang orangnya

Selesai rawatan, penglihatan saya berkabus, kebetulan juga seluruh Semanjung dilanda jerebu yang teruk maka mungkin pengelihatan saya 2 kali ganda berkabus..hehe. Hari itu juga saya tidak boleh membaca tulisan dekat, bagaimanapun tulisan jauh agak baik, walaupun belum sepenuhnya baik. 

Prosedur kurang 10 minit

Selesai semuanya, saya balik ke hotel penginapan dan berehat, rasa sakit tidak ada cuma rasa tidak selesa seperti ada habuk dalam mata. Sebelum ini saya ada membaca banyak review dari pengalaman blogger yang lain, yang saya fikir pengalaman masing-masing adalah berbeza. Ada yang kata boleh terus membaca dan melihat dengan jelas. Jujurnya saya rasa pengelihatan berkabus dan masih tidak boleh membaca tulisan dengan baik maksud saya masih pengelihatan tidak sharp tetapi berbayang. Perkataan pertama yang saya dapat baca setelah selesai menjalani laser ialah tulisan pada dinding bilik pembedahan iaitu "Prof. Muhaya" (dalam gambar di atas)

Saya bagun dari tidur sekitar jam 3 pagi untuk ke bilik air, sempat meraba-raba spec seperti selalu...haha. Sampai di bilik air saya boleh membaca tulisan pada syampo, sabun dengan teruja sekali, baru sedar bahawa saya rupanya sudah boleh membaca tanpa kaca mata. 

Sekarang masuk hari ke 6 selepas pembedahan (masa artikel ini didraf), rasa kurang selesa kadang-kadang masih terasa, mungkin mata agak kering. Pengelihatan untuk jarak jauh dan dekat bertambah baik, bagaimanapun pengelihatan masih sangat silau jika tanpa kaca mata hitam. Sekarang ke mana-mana harus dengan kaca mata hitam.. ala ala panca sitara gitu. 

Kerisauan masih ada, itu saya akui, sebab pengelihatan masih tidak sejelas memakai kaca mata berkanta, bagaimanapun, saya tenangkan diri dan ingat prosedur rawatan baru masuk hari ke-6 dan jangan mengharap telalu banyak, apa-apapun tempoh pemulihan perlukan masa dan saya perlu membiasakan diri dengan situasi pengelihatan yang baru. 

selepas.. bye..bye spec tebal..

Oh ya, oleh kerana saya tinggal jauh dan bukan mudah untuk datang pemeriksaan semula, tiada sebarang temujanji diberikan, tetapi saya boleh datang bila-bila selepas 3 bulan. Mungkin trip percutian akan datang membolehkan saya singgah sekejap untuk membuat pemeriksaan semula.

Bayaran yang dikenakan untuk rawatan yang saya jalankan ialah RM11,700 untuk harga promosi. Saya pasti harga tidak sama untuk semua pesakit. Untuk itu tahun ini semua plan percutian harus disimpan jadi angan-angan...huhu.

Sehingga hari ini sudah hampir 2 bulan prosedur rawatan dijalankan (draf disambung).., mata sesekali masih terasa kering, masih menggunakan ubat penitis dengan kerap. Saya juga menggunakan spec untuk menghalang cahaya "blue light" tanpa degree bagi melindungi mata semasa menggunakan komputer atau smart phone.

Pastinya yang paling best ialah  saya tidak lagi meraba-raba saat kehilangan cermin mata selepas cuci muka. Bagaimanapun, rutin mencari cermin mata saat bangun dari tidur masih menjadi kebiasaan sekali sekali hingga kini. 

Apapun... betul kata prof. Muhaya... my dream is coming true, finally! Thanks God.


P/S: sepanjang prosedur, keluarga pesakit dibenarkan melihat keseluruhan proses pembedahan tersebut di ruang yang disediakan. Video juga boleh diambil dan skrin disediakan untuk melihat prosedur mata pesakit yang sedang menjalani rawatan.




Monday, September 14, 2015

MATA & LASIK


Sebelum tahun 2015 berakhir, saya harap dapat melihat dunia ini seterang-terangnya.. hmmm.. sekarang ini memanglah terang tetapi tanpa bantuan si kanta palsu aka cermin mata tentu hidup ini sungguh menyedihkan. Saya menjadi pengguna tegar cermin mata sejak di tahun 5 lagi, setelah dewasa pernah jugalah dalam 3 bulan tu beralih sekejap kepada contact lens, kononnya mau maintain cute lah tu.. hehehe.. tapi sayangnya kami tidak serasi bersama. 3 bulan gitu sudah berpisah talak 3..haha.. sebab seperti yang diceritakan dalam post lepas di SINI. Apapun saya sangat menghargai mata ini.. tentunya anugerah yang tidak ternilai. 



Oktober 2015 ini, harap impian melihat dunia seterang-terangnya tanpa bantuan cermin mata akan tercapai. Tiket kapal terbang telah ditempah dan temujanji doktor sudah dibuat. Saya memilih untuk terbang merentas laut China Selatan untuk mendapatkan perkhidmatan Prof. Dr. Muhaya Mohamad, seorang doktor pakar Surgeri Oftalmologi yang agak terkenal di Malaysia. Membaca banyak review tentang kejayaan beliau dalam pembedahan LASIK membuatkan saya yakin untuk memilih beliau. 

Hingga saat itu nanti, saya harap semuanya baik-baik saja.

Saya akan cuba update dalam blog ini tentang pengalaman itu nanti, tentunya sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang mungkin seperti saya. 

#cikidaut

Thursday, April 9, 2015

Misi yang Baharu

Sharing is caring.. begitulah diskripsi ringkas tentang tugas saya yang baharu. Bertemu dengan ramai rakan guru, ada yang menjadi kenalan baharu dan ada juga kenalan lama namun dipertemukan kembali. Pada awalnya, meninggalkan rutin di bilik darjah, berkongsi ilmu dengan anak-anak murid sememangnya satu yang sangat saya rindui. Meskipun masih tetap merindui saat tersebut namun tugas yang baharu ini juga mula saya hargai. Hmmm.. saya mahu berfalsafah.. yang dikatakan cinta itu bukan semestinya apa yang kita suka tetapi juga apa yang kita mula selesa. 


Berkongsi dengan guru-guru tentang penggunaan internet teaching tools yang amat mudah dikuasai iaitu Popplet.com dan Padlet.com di SM Shan Tao Kota Kinabalu.

*****

p/s: Kepada rakan guru di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang internet teaching tools yang saya maksudkan boleh klik link di bawah. Sangat mudah dikuasai, hanya perlukan masa 5 minit untuk menghasilkan satu bahan bantu murid belajar. Kepada golongan pelajar pula, boleh menjadikan laman ini sebagai ruang untuk belajar. Selamat mencuba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...