Flu datang lagi...nampaknya di penutup tahun 2012. Dua hari lepas, sendi rasa sakit-sakit...nah tentunya merupakan amaran dari sistem imun yang sedang berkerja keras menentang virus selesema. Sejak balik kampung 4 hari lalu my niece paling kecik kena panggil Zezel sedang flu, mungkin sebab itulah virus selesema berjaya membiakkan dirinya...huhu....atau juga hari tu dalam Supermarket terjumpa orang tengah bersin. giler tu orang main tibai ja bersin selamba. Dulu-dulu itulah pantang datuk nenek yang wajib dielak (kalau terelak lah) sebab kalau tidak besoknya confirm 100% jadi mangsa flu. Sejak dua tahun lepas flu hanya datang sekali sekala....tahun ini rasanya ini pertama kali. Ikut rekod cuti sakit tahun ini baru sehari itupun gara-gara food poisoning. Nah nampaknya sistem imun kali ini dapat dikalahkan oleh virus selesema. Bagaimanapun sangat-sangat bersyukur kerana sistem imun badan atau kata lain my personal doctor telah berjaya menjaga tuannya dengan baik sehingga ke penghujung tahun.....Bravo..bravo.
inilah makanan penting bagi my personal doctor....imune system
Tahun ini macam-macam dalam kepala untuk pengisian cuti. Bagaimanapun macam semua yang dirancang tidak menjadi. Harap-harap sebelum cuti melabuhkan tirainya dapatlah laksanakan 1 atau 2 plan. Last week hari selasa kami mendapat berita sedih, my uncle (abang bapa) yang kami panggil 'amai' telah meninggal dunia. Mendiang berusia 74 tahun dan dalam 3, 4 bulan lepas memang sedang sakit-sakit. Kunjungan melawat amai kali terakhir dalam bulan october dan sepatutnya rabu minggu lepas ingin berkunjung lagi. Tapi itulah.....
Last week empat hari penuh berkunjung ke rumah amai. Dalam suasana berkabung ramai saudara-mara datang berkunjung...yang dekat, yang jauh waima yang sudah lebih 20 tahun tidak bertemu dapat bertemu kembali. Dalam hati kata "eh! macam reunion family pula". My cousin dari Labuan yang sudah hampir hilang dari susur galur keluarga pun datang bertandang...itu hanya sebahagian ada antaranya sudah lama bermastautin di negara Brunei dan Singapura sudah tidak dapat dijejaki bersama perginya generasi terdahulu.
Sebut reaunion, sepatutnya 26 Disember akan datang ni, family sebelah my mam rancang buat family gathering 'Anson Family', jadi kami plan tahun ni family kami pakai T'shirt kaler sedondon, baru fikir-fikir kaler apa...top.top..ditunda. Ayoo.yooo...khabarnya orang penting (pengerusi penganjur) ada kerja nun di bumi kangaroo. Kalau tidak pastinya meriah kumpul sedara-mara yang ramainya bukan kepalang.
p/s: moralnya...apa yang terjadi selalunya tidak seperti yang dirancang....apapun..life must goes on.
sekarang my wisdom teeth pula muncul buang tabiat...sakit dan eeeeeeeeee...
sekarang my wisdom teeth pula muncul buang tabiat...sakit dan eeeeeeeeee...