Pages

Wednesday, December 19, 2012

Antara Flu, Cuti dan Reunion


Flu datang lagi...nampaknya di penutup tahun 2012. Dua hari lepas, sendi rasa sakit-sakit...nah tentunya merupakan amaran dari sistem imun yang sedang berkerja keras menentang virus selesema. Sejak balik kampung 4 hari lalu my niece paling kecik kena panggil Zezel sedang flu, mungkin sebab itulah virus selesema berjaya membiakkan dirinya...huhu....atau juga hari tu dalam Supermarket terjumpa orang tengah bersin. giler tu orang main tibai ja bersin selamba. Dulu-dulu itulah pantang datuk nenek yang wajib dielak (kalau terelak lah) sebab kalau tidak besoknya confirm 100% jadi mangsa flu. Sejak dua tahun lepas flu hanya datang sekali sekala....tahun ini rasanya ini pertama kali. Ikut rekod cuti sakit tahun ini baru sehari itupun gara-gara food poisoning. Nah nampaknya sistem imun kali ini dapat dikalahkan oleh virus selesema. Bagaimanapun sangat-sangat bersyukur kerana sistem imun badan atau kata lain my personal doctor telah berjaya menjaga tuannya dengan baik sehingga ke penghujung tahun.....Bravo..bravo.



inilah makanan penting bagi my personal doctor....imune system 


Tahun ini macam-macam dalam kepala untuk pengisian cuti. Bagaimanapun macam semua yang dirancang tidak menjadi. Harap-harap sebelum cuti melabuhkan tirainya dapatlah laksanakan 1 atau 2 plan. Last week hari selasa kami mendapat berita sedih, my uncle (abang bapa) yang kami panggil 'amai' telah meninggal dunia. Mendiang berusia 74 tahun dan dalam 3, 4 bulan lepas memang sedang sakit-sakit. Kunjungan melawat amai kali terakhir dalam bulan october dan sepatutnya rabu minggu lepas ingin berkunjung lagi. Tapi itulah.....


Last week empat hari penuh berkunjung ke  rumah amai. Dalam suasana berkabung ramai saudara-mara datang berkunjung...yang dekat, yang jauh waima yang sudah lebih 20 tahun tidak bertemu dapat bertemu kembali. Dalam hati kata "eh! macam reunion family pula". My cousin dari Labuan yang sudah hampir hilang dari susur galur keluarga pun datang bertandang...itu hanya sebahagian ada antaranya sudah lama bermastautin di negara Brunei dan Singapura sudah tidak dapat dijejaki bersama perginya generasi terdahulu.


Sebut reaunion, sepatutnya 26 Disember akan datang ni, family sebelah my mam rancang buat family gathering 'Anson Family', jadi kami plan tahun ni family kami pakai T'shirt kaler sedondon, baru fikir-fikir kaler apa...top.top..ditunda. Ayoo.yooo...khabarnya orang penting (pengerusi penganjur) ada kerja nun di bumi kangaroo. Kalau tidak pastinya meriah kumpul sedara-mara yang ramainya bukan kepalang.


p/s: moralnya...apa yang terjadi selalunya tidak seperti yang dirancang....apapun..life must goes on.
sekarang my wisdom teeth pula muncul buang tabiat...sakit dan eeeeeeeeee...


Tuesday, November 27, 2012

Pusat Rawatan Thalassaemia Hospital Likas

Hari ini saya mengikuti lawatan persatuan Pewanis (SMKKL) ke pusat rawatan Thalassaemia Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Kota Kinabalu. Banyak info yang diperolehi disamping dapat menghiburkan anak-anak pesakit Thalassaemia di sini.



Dekorasi bilik rawatan harus comel dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak.




Pelbagai aktiviti untuk menghiburkan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan antaranya nyanyian dan bercerita.



Sebahagian daripada kanak-kanak yang datang untuk tranfusi darah. Mereka turut menerima goodies bag yang kami bawa. 


Info yang harus kita ketahui tentang Thalassaemia:-

1. Penyakit genetik yang bakal diturunkan kepada generasi seterusnya sekiranya individu itu pesakit atau pembawa.

2. Mengetahui lebih awal status (sama ada pembawa atau pesakit) sangat penting untuk mengelak lebih awal perkahwinan yang bakal membawa kepada lahirnya zuriat Thalassaemia Major. (masalahnya bila cinta sudah melekat gula jawa rasa coklat..huh!!...tapi ingat prevention is better than cure)

3. Hemoglobin (memberi warna merah pada darah) biasanya tidak bertahan lama, Hemoglobin pesakit akan pecah sebelum sempat untuk matang.

4. Hemoglobin seseorang yang normal boleh bertahan selama 120 hari. Semantara pesakit tidak sampai 28 hari.

5. Rawatan pemindahan tulang sum-sum (bone marrow) satu-satunya harapan untuk pesakit sembuh ataupun hanya menjadi pembawa.

6. Negeri Sabah mencatat kes tertinggi Thalassaemia dan ini dipengaruhi oleh perkahwinan yang berlaku dalam kalangan ras yang sama.


********

p/s: terima kasih banyak kepada staff unit Thalassaemia Hospital Likas atas keramahan dan senyuman melayan keranah anak-anak kecil yang datang mendapatkan rawatan di sini...sesunguhnya empati lebih bermakna daripada sekadar simpati.


Monday, November 26, 2012

5 Air Terjun yang cantik dan popular


Selain gunung ganang, tempat yang menarik pada pandangan mata ini ialah kawasan air terjun. Berikut 5 air terjun yang cantik dan popular di dunia. Harap dalam 5 ini ada antaranya yang dapat dikunjungi satu hari nanti. 


Iguassu klik iguassufallstour


Maklumat lanjut tentang air terjun  Kaieteur Falls di sini kaieteurpark


Air Terjun Niagara clik sini niagarafallslive (kalaulah buka tingkap pagi-pagi nampak pemandangan ni pasti awet muda...lol)

Air Terjun Rhine terletak di Negara yang cukup terkenal dengan keindahan alam semulajadi iaitu Switzerland...hhmmmm..bestnya. Terletak di utara negara itu air terjun ini merupakan yang terbesar di Eropah. Lebih info di sini rhinefalls


Air Terjun Angel (wahhh...mcm kenal jer nama tu..)terletak di Canaima National Park Venezuela iaitu satu kawasan  yang telah diwartakan sebagai World Heritage of Humanity oleh UNESCO sejak tahun 1994. Setinggi 979 meter menjadikannya air terjun yang tertinggi di dunia.



Air terjun Victoria terletak di sungai Zambezi Zimbabwe, memiliki 1.6 km lebar dan kawasannya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.


K...Bye..



Friday, November 23, 2012

I' m a Billionaire

Wahhh....gila perasan punya tajuk......tapi serius itulah yang berlaku semalam. Ha.ha.ha....(ketawa 3 X.. ketawa orang kaya) hmmm...semalam dek kerana pujuk rayu yang maha hebat dari anak-anak di rumah yang tengah boring bercuti maka akupun terjerumuslah ke dunia koprat..bukan kaparat aahh. 

Jual beli hartanah memang satu urusniaga yang hebat sebab tak sebut puluh-puluh ringgit tapi puluh-puluh ribu dan ratus-ratus ribu ringgit...pastu juta-juta...ha.ha.ha...(ketawa lagi...yarkkk..) Pas beli hartanah, bina rumah, bina hotel....mudah giler uolls...susah lagi buat dodol...(sehari suntuk kena kacau sampai berpeluh2 ketiak..huhu)......tarraaaaa....akhirnya aku pemilik aset jutaan ringgit...masatu mata pun berpinar-pinar..jiwa kacau...pantang jiran sebelah ada hutang mesti paksa bayar cash biarpun jiran tu terpaksa berhutang keliling pinggang....yang penting my money!!! Jiran sebelah sudah berkali-kali buat bank loan...beberapa hartanah sudah digadaikan...tapi aku buat selambaland ja.




Giler punyalah strict....tapi syukurlah itu bukan di alam nyata. Hanya permainan Jutaria @ Billionare. Syukurlah nak....andai saja itu sikap sebenar...ish.ish.ish..sungguh tak baik. Padanpun tidak kaya-kaya...tidak apalah...jangan kayap sudah..huhuhu. 

.



p/s: serius tau masa main ni muka ketat memanjang....kalau lama2 camtu berkedut seribulah jawabnya, macam nenek sihir dalam ceta Brave....ohh....tidaaaakkkkk.


Thursday, November 22, 2012

Exam Oh Exam


Tips: Untuk Sekalian Alam...Jangan ambil alih tugas pemeriksa...

Sempena Bulan Peperiksaan...


Ramai pelajar yang suka bertanya jawapan pada guru sejurus sahaja menjawab kertas peperiksaan. Kalau tidak pun bertanya pada guru mungkin membincangkan jawapan dengan kawan-kawan....hah!!..betul kan? (pengakuan ikhlas.. saya dulu-dulu pun sama..huhuhu) tapi sesungguhnya kita perlu belajar daripada kesilapan.

kenapa tidak perlu perlu??? ingin tahu memanglah bagus, tapi pada keadaan tertentu seperti situasi di atas..elakkanlah... kerana:

1. Jika anda mendapati bahawa jawapan anda banyak yang betul mungkin satu motivasi tetapi jika sebaliknya anda hanya akan kecewa, tertekan dan mungkin hilang keyakinan.

2. Daripada membuang masa mencari jawapan yang betul atau tidak...lebih baik masa yang tersisa anda gunakan untuk berehat bagi mengurangkan tekanan atau mengulangkaji mana yang patut.

3. Kerana... apa yang telah anda jawab tidak mungkin dapat diubah. Kesilapan hanya akan jadi pengajaran.

Moralnya....apabila menduduki peperiksaan laksanakan tugas anda untuk menjawab sebaiknya....jangan ambil alih tugas pemeriksa....biarkan pemeriksa menjalankan tugasnya....cheers!!



p/s: bagaimanapun....sekiranya peperiksaan yang diambil hanya peperiksaan di peringkat sekolah....dan anda ingin mengetahui jawapan, berbincanglah selepas semua kertas peperiksaan selesai...tetapi untuk UPSR/PMR/SPM biarkan saja. 




Wednesday, November 21, 2012

Istanbul Aku Datang - Lisa Surihani Best


Tidak pernah rasanya blog ini review pilem filem...hanya ada sekali drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang actor Randy Pangalila. Oleh kerana aktres kali ini Lisa Surihani maka tergerak sangat kaki untuk ke panggung...untuk pertama kali menyaksikan Lisa di layar besar. Sebelum ini memang tidak pernah biarpun sudah banyak filem Lisa....huhuhu.

Love story dengan cerita yang simple, watak-watak yang tidak banyak....(untung tidak perlu bayar banyak artis) tetapi sangat SWEET dan yang penting menarik. Hari tu memang beruntung kena belanja RM10 untuk menyaksikan Lisa. 



Filem ini mengisahkan Dian (Lisa) yang juga seorang penulis blog datang ke Istanbul untuk menjejaki kekasihnya Farouk (Tomok) yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Tujuan Dian agar Farouk lebih merasai kesungguh hubungan mereka dan Farouk bakal melamarnya. Bagaimanapun kehadiran Dian di Istanbul agak kurang mendapat sambutan mesra daripada kekasih hatinya. Dalam kemelut hubungan mereka, Dian telah bertemu Harris (Beto) yang telah menjadi rakan serumahnya. Hubungan Dian dan Harris juga tidak baik dan sering bertengkar akibat ketidakpuashatian Harris apabila mendapati Dian menyewa apartment yang sama dengannya. Lanjutan  peristiwa Dian sangat kecewa apabila mendapati  Farouk sebenarnya telah punya kekasih yang lain dan pada masa yang sama Dian yang tertipu kerana menyewa apartment yang telah disewa Harris telah dihalau keluar oleh pemilik apartment tersebut. Dian yang terlalu sedih telah mengambil keputusan kembali ke Malaysia kerana merasakan Istanbul bukan untuk dirinya. Bagaimanapun Harris yang bersimpati dengan nasib Dian mengajaknya untuk menikmati keindahan Istanbul untuk kali terakhir sebelum balik ke Malaysia. Pastu....pendekkan cerita...Dian harus memilih Farouk yang datang kembali memujuk atau Harris? (Masih ditayangkan di panggung jadi nak tahu lebih banyak pi lah tengok....eh, tolong promosi pla...)


Part yang best dalam filem ini ialah:

1. Lisa semamangnya berjaya menghidupkan watak Dian. Macam 85% dia menguasai filem ni. maksudnya filem ni berjaya menjadi menarik dengan gaya sempoi Lisa. Yang lain2  pastinya Beto...dia memang sentiasa berkaraktor juga best.

2. Istanbul...yes! lokasi pastinya. 

3. Olahan plot yang baik. (cheewahhh...cakap pasal plot segala bagai..haha)

p/s: kalau ada watak2 kaku sikit sila abaikan...tapi serius untuk saya (yg sesekali tidak mahu bebankan minda) filem ini memang  menarik dan tidak membosankan...tq lisa u memang cool. ^_^



Sunday, November 18, 2012

Soichiro Honda


Entri lepas di SINI ada menyebut nama ini....SOICHIRO HONDA...

Sebut Soichiro siapa yang agak-agak mengenalinya? Hmmm.....mungkin anda akan kata "tak kenal pun"... mungkinkah adik beradik Nobita?, Gaint? atau Shizuka? antara watak yang mewarnai dunia kanak-kanak kita dengan nama-nama Jepun. Bagaimanapun sebut Honda pasti ramai yang tahu....paling tidak mesti di minda terbayang kereta ataupun motorsikal Honda. Hhmm....betullah tu. Satu hari tu, kunjungan ke Pusat Sumber Sekolah menemukan kami berdua....bertemu, dating dan terus jatuh cinta. Wah...semudah A B C.





Mengenali riwayat Soichiro Honda memang amat menggagumkan. Bukan anak kepada tauke balak, tauke tayar atau tauke kereta, cuma anak orang miskin yang ayahnya tukang baiki basikal buruk. Tidak memiliki pendidikan yang hebat kerana beliau tidak cemerlang dalam akademik. Malah pernah hanya menjadi kuli-kuli sahaja, kerana apabila diterima bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Tokyo tugasan pertama yang diberikan kepada beliau bukanlah sebagai mekanik tetapi hanya sebagai budak suruhan. 


Bagaimanapun kesudahannya beliau telah diiktiraf dunia sebagai seorang Jurutera yang sangat hebat. Berjaya mencipta 470 ciptaan dengan 150 ciptaan yang telah dipatenkan. Menerima banyak anugerah termasuk Kedoktoran Kehormat dari Michigan Teknikal Universiti dan Ohio State University AS. Kini Syrikat Honda Motor Co. Inc berdiri gah dengan mencatat pendapatan melebihi $30 bilion dolar setahun. 


Hari ini kita wajar bersyukur dengan adanya seorang budak miskin bernama Soichiro Honda, sanggup menjadi kuli-kuli sahaja, kini Honda berada di jalan raya. 




Success Is 99 Percent Failure - Soichiro Honda


Tukar Baju


Update untuk semangat berbaju baru.....hik.hik.hik..


Sempena tetiba rajin meng-cartoonizer-kan gambar...ginilah jadinya...




Happy Birthday Sweetie...(11.11.12)


K...Bye.


Sunday, October 21, 2012

Anak Kampung...

Minggu lepas seorang staf kami telah bersara. Mr. Kenneth telah bersara dengan jawatan Guru Cemerlang DG54. Saya fikir satu pencapaian yang hebat dan bukan ramai yang seangkatan dengan beliau bersara dengan pencapaian tersebut. Selaku orang yang banyak pengalaman, saya sering kali tertarik dengan setiap kali ucapan beliau sama ada di perhimpunan mahupun dalam majlis tertentu. Dalam satu majlis bersama pelajar minggu lepas, beliau mengajak para pelajar memikirkan kembali dan mengupas nilai yang terkandung dalam lirik lagu Jimmy Palikat "Anak Kampung". antara liriknya...

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
....
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
....
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
....



Kata beliau: "tiada salahnya menjadi anak orang miskin....sebab kita tidak tahu kesusahan generasi terdahulu mengharungi kehidupan (lebih-lebih lagi merujuk diri beliau yang lahir semasa pra merdeka) .....juga tiada salahnya menjadi anak orang kampung. 

Bagaimanapun....adalah salah jika generasi kini tiada pelajaran....kerana sekolah terbentang di depan mata, adalah tidak patut untuk menjadi kuli-kuli sahaja, kerana apa yang anda akan jadi itu adalah "PILIHAN". Hak anda untuk menentukan. Jika tiada kereta mungkin tidak mengapa tetapi jika rumah pun tiada adalah tidak wajar sedangkan bapa yang susahpun mampu sediakan rumah".


p/s: Errmmmm....memang ada benarnya juga, harap para pelajar yang mendengar dapat memahami moral disebalik kata-kata beliau.

Saturday, October 20, 2012

Malaysia Ku Yang Tercinta


Hasil kajian tentang kesantunan courtesy oleh majalah Reader Digest di kota-kota utama seluruh dunia baru-baru ini, Kuala Lumpur mencatat ranking tercorot iaitu ke 34 daripada ranking 36 kota-kota lain. Bukan sesuatu yang memeranjatkan lantaran hasil kajian ini bukan yang pertama kali meletakkan negara ini dalam ranking bawah. Beberapa tahun sebelum ini keputusan yang sama turut dicatat malahan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. 


Kita sering berbangga dengan nilai ketimuran dan budaya bersopan santun yang kita dimiliki. Budaya itu sepatutnya terus diwarisi dari nenek moyang terdahulu. Entah di mana silapnya apabila budaya itu telah luntur ditelan zaman. Budaya yang menjadi kebanggaan itu telah tidak lagi diwarisi malah pergi bersama generasi terdahulu. Tidak perlu menuding jari menyalakan mana-mana pihak kerana itu hanya perbuatan sia-sia. Pasti "sesuatu" perlu dilakukan agar generasi ini moralnya terpelihara dan santunnya terjaga.

Dasar Pendidikan Negara telah jelas menyebut bahawa elemen JERIS itu amat penting dalam proses melahirkan modal insan. Bagaimanapun sejauhmana implementasinya mungkin perlu dilihat dan dikaji semula. Apabila kita ingin melahirkan modal insan sebagaimana yang diaspirasikan oleh negara biarlah "modal" itu bukannya berpaksikan "ekonomi" atau istilah lain "aset" yang membawa keuntungan semata-mata. Sekiranya hanya sekadar "aset" yang kita inginkan maka lahirlah generasi berilmu tetapi kosong jiwa dan miskin pekertinya. Kata lain intelek didahulukan semantara emosi dan sosial terabai 

Sepekara lagi yang menjadi "duri dalam daging" dan sewajarnya telah lama disedari oleh pihak-pihak yang tertentu ialah kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) yang semakin bermaharajarela di bumi kita ini. Mereka datang dengan budaya dan kebiasaan asal yang akhirnya disangka budaya tempatan apabila akhirnya mereka berkembang biak di sini. 

Banyak persoalan yang dapat dikupas dan dikaitkan dengan isu ini namun "fakta" menduduki tangga antara yang tercorot tentunya tidak mengembirakan.

Kebetulan entry sebelum ini amat berkait rapat dengan isu ini. Entry: Baikkah Sikap Kita?

Sekadar pendapat.


p/s: Entri yang lama terjeruk dlm draf...huhuhu.



Friday, October 19, 2012

Kamera cikai jer..


Kamera cikai beraksi....dengan sedikit makeup ^_^


 Over la pulak....


sila abaikan makluk hijau di atas tu....penyibuk yg gila glamer..



Lokasi gambar:

Pantai Tempurung Kuala Penyu, Sabah


K.....Bye.


Thursday, October 18, 2012

When I Look At You...


When I Look At You

Everybody needs inspiration
Everybody needs a song
A beautiful melody
When the nights are long

cause there is no guarantee
That this life is easy

Yeah when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I, I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I, I
I look at you

When I look at you
I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong
And I know I'm not alone

Yeah when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I, I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I, I
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like kaleidoscope colors that cover me
All I need
Every breath that I breathe
Don't you know you're beautiful
Yeah yeah

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I, I
I look at you

I look at you
Yeah
Whoa-oh
You appear just like a dream to me





p/s: when i smile...deep inside i want to frown...when i laugh...deep inside i want to cry....
when i....when i.....look at you...

Thursday, October 4, 2012

MEMORI....Indahnya ^_^


Kenangan ada banyak jenis kenangan. Pahit, manis, masin, tawar semuanya ada. Kenangan manis tentunya lebih indah untuk dikenang. Kalau diberi pilihan semua orang inginkan kenangan yang indah-indah....macamana arr??....eerrrmmmm...mungkinkah guling-guling di hamparan rumput yang hijau ala-ala aksi filem Hindi...teringat pula zaman sekolah rendah dulu-dulu...bila masa pakcik tukang kebun sekolah potong rumput...kami (and the geng) kanak-kanak riang masa tu bakal jadikan hamparan rumput tu permaidani tempat bermain-main...dengan aroma bau rumput yang baru kena potong tu memang rasa fresh. Tangkap belalang, tangkap droganfly....pastu ambik rumput sundal kasi cucuk sana ekor dragonfly (aksi jangan ditiru) untuk kasi terbang konon tu jadi helikopter. Memang jadilah experiment...kecik-kecik lagi ada otak penjahats owhhh....sebenarnya bukan penjahat ba tu tapi minda kreatif ala-ala MacGyver, sekarang ni macam Backyard Science...hehe (alasan bela diri) Ya zaman kanak-kanak biasanya dipenuhi dengan macam-macam ulah...nya orang Brunei.

Kenangan pahit ada kalanya boleh bertukar manis mengikut edaran waktu. Antara yang pahit pada masa itu tapi terasa manis sekarang ialah bila kecik-kecik lagi sudah duduk asrama. Masa Tingkatan 1 tu terpaksa duduk asrama....kononnya budak 'pandailah sikit'..sikit jer pun...haha...masuk Sekolah Berasrama Penuh. Padan pun spec saya tebal sudah masa tu...huhu..sungguh tidak comel. Tapi lucunya saya orang pertama pakai spec di sekolah masa tu..kira-kira peloporlah....hahaha...(kalau pencipta spec bolehlah bangga...ini....kui.kui.kui) Biasalah bila duduk asrama ni pastinya homesick....bila demam tu datang kami selalunya melalak...menyanyi biarpun suara sah-sah ke laut. Lagu yang selalu kami nyanyi "County Road" oleh John Denver antara liriknya..."country road....take me home...to the place i belong..." wah..memang tangkap sayu punya. Satu lagi lagu sampai sekarang saya ingat liriknya...lagu jepun tau bukan calang-calang..hehe. Tajuknya "Kokoro No Tomo" nyanyian Mayumi Itsuwa, kalau tidak silap band dari Indonesia kumpulan Zivilia telah menyanyikan lagu ini kembali dengan sedikit ubah suai. 

Kenangan masin dan tawar tidak yah ceritalah. Pasal telampau banyak 10 hari 10 malam pun belum tentu habis hikayat. Semua itu biarlah terakam dalam kotak ingatan kita. Cuma sekarang ini kehebatan teknologi membuatkan minda kita kurang berkerja untuk merakam banyak memori. Misalnya berapa orang antara kita yang ingat nombor telefon ibu bapa dan adik-beradik?...ingat?....saya sendiri pun tidak ingat. Paling comel kalau nombor sendiri pun tidak ingat...huhuhu. Kalau hp tertinggal di rumah, memang parah....boleh lose seketika tau. Errmmmm...itulah keburukannya bila berlaku 'kebergantunggan' kepada memori ke dua.  

Sebelum tu mari dengar lagu ini...tiada kena mengena dengan cerita tetapi sekarang tengah ditayangkan Senetron Bayu Cinta Luna di chanel 119 dan lagu ni lagu tema. Lagu berjudul Kerana Ku Cinta Kau oleh Bunga Cinta Lestari.






Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 (Video)


Bangga!! itulah kata-kata yang tepat mengambarkan perasaan jutaan rakyat Malaysia atas kejayaan penyanyi Shila Amzah menjuarai pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai China semalam. Shila merupakan salah seorang daripada 12 peserta akhir membawa lagu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin yang berjudul Zheng Fu (Na Ying)

Melihat 2 persembahan Shila pada pusingan awal (sebelum ini) semasa menyanyikan lagu (Adele) Set fire to the rain dan lagu Mandarin Forever love (Wang Lee Hom) telah memberi gambaran awal yang dia mampu memberikan saingan yang hebat. 

Ketiga-tiga persembahan Shila semalam telah mendapat tepukan gemuruh penonton dan standing ovation daripada para juri. Tidak mahu banyak komen saksikan sendiri kehebatan Shila menawan hati penonton Shanghai.

sumber video youtube













p/s: paling best dia nyanyi lagu mandarin ni, best biarpun tidak faham.. ^_^



Wednesday, September 19, 2012

Little Sara Edrea


Precious baby....lahir dulu tersangatlah kecik pasal her mum mengalami placenta previa (macam sedap ja nama tu) yang menyebabkan baby Sara lahir lebih awal iaitu di usia kandungan baru 7 bulan.

Masa gambar di bawah diambil semasa baby Sara baru berusia 2 tahun setengah...masalah 
utama ialah sukar diambil gambar...hampir semua gambar hanya candid.  




Sekarang sudah 3 tahun setengah....



hobi memang bergaya sakan...huh!!


jangan lupa, ada masanya...angin kus-kus datang...jual mahal no.1....but she's so adorable ^_^


Sunday, September 9, 2012

Pekan Nabalu Jalan Terus


Semasa perjalanan ke Pekan Nabalu aritu dengan misi mencari 'honey..honey' yes!! real honey tapi akhirnya terjebak membeli Orkid hybrid made in Taiwan (macamlah sini Inanam tiada orkid, padahal Orkid De Villa tu belambak orkid)

Cerita orkid bukan motif utama sebab:

1. Ada benda lebih menarik yang menyebabkannya hanya menjadi watak sampingan ^_^

2. 4 pasu pokok orkid yang kami beli, mati satu persatu.....memang sadis.


Sebenarnya yang menarik tu ialah ini.......








dengan tangan bergagar bergegar dan hanya menggunakan kamera hp gambar ini dapat diambil dari tingkap Nissan Frontier yang dipandu laju oleh si pemburu honey. Sebenarnya pemandangan pada petang itu menampakkan satu 'view' yang memang 'superb'. Sukar digambarkan dengan kata-kata tapi kelihatannya gunung Kinabalu seperti dalam kayangan (eh..ceh macam pernah pergi kayangan....perghh)





wire elektrik yang melintang tu sila abaikan ^_^



Masa ni sempat berangan sedang berada di Jepun melihat gunung Fuji diliputi salji...huh!! 
macam kan???


Layan dulu lagu Jepun best di SINI entry lepas Selipar Jipun




Tuesday, September 4, 2012

Jika Berani....Selasaikan Masalah Ini.


Lelaki (A) pergi membeli belah di sebuah pasaraya dengan memandu kereta kancil. Memandangkan barangan yang dibeli terlalu banyak, dia terpaksa memuatkan barangan tadi di tempat duduk penumpang setelah ruangan penyimpanan di belakang penuh. Semasa memandu untuk balik ke rumah, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Sampai di satu simpang, lelaki A mendapati air mula naik dan banyak kenderaan rosak dan tersadai di tepi jalanraya. Dari kejauhan lelaki A melihat dua orang yang sangat dia kenali duduk di hentian bas bersama beberapa orang yang lain. Lelaki A pun memutuskan untuk berhenti bagi menghulurkan bantuan.

Mereka yang dikenalinya ialah:-


Lelaki B (separuh umur, seorang doktor yang pernah menyelamatkan lelaki A dan kereta dipandunya rosak  lalu tersadai di tepi jalan)

Gadis C (jiran setaman perumahaan, seseorang yang lelaki A minati dan telah lama ingin dikenalinya buat jantungnya dup,dup,dup..:)

Bagaimanapun duduk di sebelah Gadis C ialah:

Wanita D (wanita tua, tengah mengigil kesejukan, pucat dan pesakit asma kronik)


Rasa-rasanya jika anda adalah lelaki A tadi, siapa antara mereka yang anda bakal bawa untuk duduk di sebelah pemandu iaitu satu-satunya 'seat' yang 'available'?

Hanya 2 orang boleh menaiki kereta tersebut.


""


""


""


""


""


""


""


""


""


""


sudah fikir?????


Hahahahah....mesti bagi jawapan skema kan....mesti jawab "bawa makcik yang sakit tu atau wanita D. Ya la...pesakit asma kronik tu, lambat sikit nyawa boleh melayang. Bagus..bagus...sah!! memang lu punya hati banyak baik.  (Selalunya ramai yang baik hati ni)


Jawapan ke 2 bawa doktor untuk balas budi. Ini hati ada, tapi itu perut banyak kurang.....hehehehe. Ramai juga yang bersikap begini, ya la orang berbudi kita berbahasa...hhmmmm.


Jawapan ke-3...aahhhh.....sudah boleh agaklah kan. Bawa ja la wanita muda yang diminati tu, sambil-sambil tu bolehlah berkenalan dan usha-usha....^_^  bila lagi? da peluang depan mata.....gitu boleh???
Ini bukan gentlemen tapi gatalmen....pasal orang muka tembok ja yang buat benda macam ni.  Meskipun pada hakikatnya pedulilah orang nak kata apa kan?...huhuhu.

""

""

""

""

""


Baiklah kalau saya bagi cadangan macam ni bagus tidak?


Apakata u bagi kunci kereta u tu pada doktor agar dia boleh pergi workshop untuk cari mekanik, kemudian dalam masa yang sama minta dia bawa makcik (wanita D) tu sekali untuk dihantar ke hospital. Doktor tu pula boleh juga tengok-tengokkan makcik yang tengah sakit tu kan. Pastu....pastu jangan pula buat muka bengang. Sudah ada peluang berdua, berkenalanlah sepuas-puashati dengan wanita C.....kan da Selesai.


Akhirnya, lelaki A bukan saja dapat membalas budi malahan dapat pula membantu orang tua yang tengah sakit. Selain itu "markah bonus" dari gadis C pasti dia perolehi lantaran kebaikan hati yang ditunjukkannya. eerrrmmm....lebih mudahlah proses berkenalan.


***********


p/s: moralnya....bagaimana kita berfikir dan bertindak bakal menghasilkan keputusan yang berbeza. 

&

Belajarlah untuk "**melepaskan" sesuatu jika inginkan "sesuatu".  



**(melepaskan) kunci kereta dan memberi kepada orang lain.



Sunday, September 2, 2012

BI vs BM : oh my english


Perbincangan Serius ^_^ (muka harus ketat)

Bulan lepas satu perbincangan hangat di kelas saya...isu "seberapa penting penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam misi mencapai wawasan negara"

Saya: siapa yang setuju dengan pendapat bahawa penguasaan bahasa Inggeris "wajib"....(belum habis cakap..) 
Murid:  Setuju.....(semua sudah angkat tangan)
Saya: Macam ni susahlah nak berdebat, semua orang penyokong tanpa ada pembangkang....
Murid: Cikgulah jadi pembangkang!
Saya: (Alamak...kurang asam budak-budak ni...pandai pula buat cabaran) Baik seorang lawan 45 pendebat..errmmmm....agak-agak siapa menang....


Macam biasa pihak pencadang aka penyokong harus mendahului hujah....seronok juga melihat keberanian mereka berhujah.

Antara hujah mereka:

1. Banyak teknologi menggunakan bahasa Inggeris, kegagalan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bermakna gagal menguasi teknologi.

2. Sains dan teknologi bermakna kemajuan, tanpa teknologi bermakna kita tidak akan maju.

3. Bahasa Inggeris bahasa antarabangsa, mudah berkomunikasi dengan orang luar.

4. Revolusi perindustrian bermula di eropah bla..bla..bla...(kening naik da masa ni....berkaitan kah????)

Kata saya: 

Penguasaan teknologi bukan bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris. Biarpun pada masa kini di Malaysia kebanyakan teknologi masih menggunakkan bahasa Inggeris lantaran buku-buku rujukan yang  menggunakan bahasa tersebut. Bagaimanapun, masalah ini merupakan ciptaan sendiri. Kita tidak berusaha memantapkan bahasa Malaysia dan menjadikan bahasa Malaysia merentas teknologi. Apa yang kita lakukan ibarat menyimpan yang lusuh, menjadikannya buruk dan akhirnya menjadi busuk. Begitulah hakikatnya,, apabila penguasaan bahasa Inggeris diutamakan atas sebab pemikiran konyol bahawa hanya bahasa Inggeris membawa kita kepada sains dan teknologi. Akhirnya bahasa Malaysia diabaikan, statik, tidak mengalami perubahan, tidak menerima penambahbaikan, tidak mencapai taraf yang tinggi dan sentiasa goyah  ibarat kain yang lusuh. Menunggu masa untuk buruk dan dibuang. 


Sedangkan bahasa Inggeris terus mendapat "layanan mesra lagi istimewa" tanpa ramai menyedari genarasi kini semakin buta bahasa rasmi. 


Orang Jepun menguasai teknologi bukan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Negara lain di Eropah seperti German, Spanyol, Itali, Prancis, Sweden, semuanya menggunakan bahasa masing-masing. Britian yang menggunakan bahasa Inggeris tidak dapat menandingi German dalam teknologi pembuatan kereta. Samsung membangunkan teknologi dari awal hingga kini tidak bergantung dengan bahasa Inggeris. Malahan jelas sekali pemerintah, masyarakat waima pihak swasta di Korea begitu mengaggungkan bahasa Korea itu sendiri sehingga amat sukar ditemui papan tanda iklan menggunakan bahasa asing. Lagu KPop menjadi kegilaan bukan saja di Korea tetapi di mana jua ceruk bumi ini tanpa mengira bahasa itu difahami atau tidak. Akhirnya Wonder Girls turut mengungguli carta lagu hits di Amerika Syarikat. Negara jiran kita Pilipina telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama sejak sekian lama namun hakikatnya mereka masih jua di takuk lama. 


China merupakan negara yang kini boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Amerika Syarikat dan Jepun sebagai kuasa baru ekonomi dunia. Adakah kerana bahasa Inggeris? Tidak. Jangan silap buat perhitungan, mereka menjadikan bahasa mereka sendiri menguasai sains dan teknologi bukan sebaliknya. Lihat saja barangan dari negara China, penerangan produk biasanya dibuat dalam bahasa tempatan. Cuba imbau kembali bagaimana masyarakat Cina di negara ini mempertahankan agar dikekalkan SJK Cina dengan alasan kukuh ingin memelihara bahasa ibunda mereka agar terus mekar hingga ke generasi mendatang. 


Kita harus sedar, bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang dikatakan sangat sinonim dengan teknologi hanya satu stigma yang akhirnya hanya menjadikan bahasa Malaysia tidak bernilai. Akhirnya apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 hanya menjadi hiasan sahaja. Sepatutnya sebagai bahasa rasmi, bahasa ini harus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Barulah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan status bangga menuturkannya.

Akhir kata saya:

Pelajarilah semua bahasa (selagi larat) namun jangan sesekali menanam stigma yang tidak betul dalam minda. Jika selalunya slogan "Malaysia boleh" kenapa pula bahasa Malaysia tidak boleh? Jangan kerana mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. 


Kita hilang identiti....ibarat rambut semua perang hakikatnya hidung masih kemek.

**********

Akhirnya.......lebih dari majoriti setuju....yang tidak setuju dan masih tidak berpuashati pastinya seorang dua pencadang yang berkobar-kobar tadi. Mereka tidak salah hanya "sistem" yang ada telah mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan mereka. Sebenarnya saya tidak fikir pun menang atau kalah, apa yang jauh lebih penting ialah sedikit kesedaran dalam minda mereka bahawa apapun bahasa, di mana pun kita berada, apa jua status kita,  siapa pun kita di mata orang lain, kita masih boleh berjaya dengan identiti diri sendiri.


you must should learn english properly......oopppsss!!!...Oh My English!!


Friday, August 31, 2012

Women Without Her Man is Nothing


" Woman without her man is nothing "

Seorang professor di sebuah Universiti menulis ayat di atas pada papan putih dan meminta pelajarnya meletakkan tanda bacaan agar ayat tersebut dapat dibaca dengan intonasi yang betul.


Keluar seorang pelajar lelaki dan menulis: "Women, without her man, is nothing"


Pelajar perempuan pula tampil dan menulis: "Women, without her, man is nothing"



p/s: congrats to all u who opened ur eyes!!! ^_^ two meanings come across.

Wednesday, August 22, 2012

Haru Biru di Kota Shenzen

Ini entri tahun lepas...sepatutnya ^_^ namun oleh kerana lama ter'jeruk dalam 'draft' lantaran faktor lupaan... kesibukan...pekerjaan...dan pelbagai ..an...cuma bukan alasan. Rupanya dalam diam tak diam (jika umur panjang) sekali lagi saya bakal terbang ke negara Puteri Hang Li Po itu. Kali ini misi menjejaki Miss World 2012....ahaks...perasan urusan penting...tapi sebelum itu....

********

Ini ialah Luoho Commercial City (LCC) yang terletak hanya bersebelahan dengan Railways Station Luaho (Lu wo) iaitu sempadan imigresen HK-Shenzen. Khabarnya LCC sangat terkenal sebagai pusat membeli belah dengan pelbagai pilihan. Tentunya itu antara perangsang kenapa ramai pengunjung ingin ke sana.




Berbekalkan sedikit maklumat dari Lily dan internet kami berlima beranikan diri meredah malam Shenzen yang bermandikan cahaya neon. Menaiki teksi dari hotel dengan tambang RMB10 lebih kurang RM5. Setiba di LCC, pintu teksi kami dibuka seseorang, awalnya saya fikir pekerja LCC, namun selesai kami semua turun orang itu menghulurkan tangan meminta wang, dalam kebingungan my brother in-law menghulur beberapa RMB mungkin juga baki membayar teksi. Rupanya insiden itu diperhatikan oleh yang lain yang berada di situ, sepantas kilat juga seorang lagi pengemis datang kepada kami, melihat keadaan tersebut kami mempercepatkan langkah, namun semakin cepat kami berjalan semakin laju pula dia mengejar. Haru biru sekejap kerana kami belum tahu ke mana arah perlu dituju. Mujur saja setelah kami tiba di tempat yang lebih ramai pengunjung, 'si pengemis' menghilang. Cuma debaran di dada Tuhan saja yang tahu...cis!!


Dalam kekalutan mencari entrance LLC, kami cuba bertanya dengan beberapa orang awam di situ, sayang mereka tidak banyak membantu kerana kebanyakan mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sehinggalah kami bertemu dengan seorang lelaki yang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan agak baik. Bagaimanapun tujuan bertanya arah tadi, telah lain jadinya. Lelaki itu memujuk kami untuk mengunjungi kedainya yang menurutnya hanya terletak di ground floor yang tidak jauh dari situ. Bagaimanapun, pengalaman pertama tadi sudah membuatkan minda kami sentiasa dalam keadaan was-was, ini menyebabkan kami bertindak cepat meninggalkan lelaki itu. Mujur dia tidak pula mengejar kami seperti pengemis tadi.


macam-macam ada....

Akhirnya kami menemui entrance LCC. Masuk-masuk saja terkejut beruk juga melihat harga barang yang dipamerkan di situ. Bayangkan sehelai kemeja T dengan harga 3 angka. Boleh dikatakan kebanyakan barangan diletakkan harga tinggi, mungkin itu sebabnya di sini boleh tawar menawar harga sehingga  50%-60%. Bagaimanapun melihat cara mereka berurusniaga memang menyeramkan. Bayangkan jika bertanya sahaja jurujual akan terus-terusan memaksa untuk membeli. Malahan gadis-gadis jurujual di situ tanpa segan silu bakal menarik tangan pengunjung untuk masuk ke dalam kedai walaupun sekadar berhenti di luar kedai. 


Tidak suka dengan situasi itu saya pulang tanpa membeli apa-apa. Saya hanya membeli di Dongmen seperti yang saya ceritakan pada entri lepas. Kenapa Dongmen? klik SINI.


lokasi lelaki yang menawarkan teksi dengan charge RMB50 sekitar RM25


Semasa mencari teksi untuk balik ke hotel, kami didatangi oleh seorang lelaki yang cuba menawarkan perkhidmatan teksi dengan harga RMB50. Memang GILA!!!...mujur semasa dari hotel tadi kami sudah tahu jika harga teksi hanya sekitar RMB10. Andai saja tidak tahu sudah pasti menjadi mangsa. Akhirnya kami mengambil teksi dari tempat mula-mula diturunkan tadi. Di situ terlalu ramai orang yang berbaris menunggu perkhidmatan teksi dan di situ jugalah 'lubuk' pengemis dalam pelbagai rupa menunggu malahan berbaring di line Q meminta sedekah. Sesak nafas seketika dalam situasi itu, lebih-lebih lagi sempat pula kasut saya disentuh oleh seorang pengemis. Wahhh memang terlebih sudah.... hampir saja dia kena kungfu panda. ^_^


Meskipun kepesatan pertumbuhan bandaraya Shenzen ini mengagumkan namun dari aspek kemanusiaan  sedikit mengecewakan. Mungkin tidak adil untuk membuat penilaian sebegitu rupa dalam lawatan yang singkat ini bagaimanapun saya membuat konklusi bahawa Shenzen bukan untuk orang yang buta bahasa mandrin seperti saya. (tapi tetep tidak insaf juga)

*******
Fakta Menarik:

1. Niat nak shopping sakan? lupakan saja jika tak tahan tukul.

2. Masuk tandas kena Q. Bayangkan rakyat China ni berapa ramai...huhu.

3. Jangan berangan nak buka Facebook, di China Facebook dan twitter diharamkan.

4. Wang kecik (syiling) terdapat juga dalam bentuk wang kertas, jangan keliru. contohnya RMB 0.5 boleh keliru dengan RMB 5.

5. Penipuan sini sana....be aware!

Wednesday, August 8, 2012

Dato Lee Chong Wei, Facebook & Twitter


Gambar ini muncul dalam Facebook ketika perlawanan akhir Persorangan Badminton Olympic London 2012 antara Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan. 


Eh.eh, sudah tentu 28 juta rakyat Malaysia bersatu hati mahu "Share" gambar ni. Jika ada yang mau "Like" pastikan tukar dulu kewarganegaraan.


Kalaulah perlawanan tersebut ditentukan oleh jumlah orang yang "like" dan "Share" dalam Facebook, agak-agak kita boleh menangkah? (soalan tak seberapa nak pandai) juta2 lemon tu rakyat.


Malaysia

Pasti 


BOLEH!!!!!


kerana 1,339,724,852 juta rakyat China tidak berpeluang pun untuk 'nampak' gambar ini apatah lagi untuk "Like" kerana Kerajaan China mengharamkan penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu. Yeeeaahh.......kita menang. 


********


Apapun sejarah sudah terlakar, akhirnya kita akur bahawa masih banyak yang perlu dilakukan demi pembangunan sukan di negara ini. Semoga kita bakal melahirkan lebih ramai ahli sukan sekental semangat juang Dato Lee Chong Wei.


Bukan sekadar generasi yang "angau" dengan dunia facebook yang sentiasa update dengan gambar-gambar seksi, status-status palsu, tagging-tagging, liking-liking, poking-poking....segalanya.
Aik!!! macam pernah dengar lirik....hahaha.


p/s: DLCW selesai perlawanan terus tweet kepada 28 juta rakyat Malaysia dengan 2 kata 'i'm sorry' ........eh, macam Amir Raja Lawak pula. 
i tolong jawab wakil 28 juta Malaysian: tidak mengapa Dato, we r proud of you. 

Lin Dan....... ko ada????? hehehehehehe...




Tuesday, August 7, 2012

Lagu Hangit Hot FM Jom Ketawa Guling-Guling


Ketawa penawar duka, namun yang paling penting ketawa mengurangkan rembesan hormon stress Cortisol. Sekaligus senaman muka yang sinonim sebagai vitamin untuk awet muda. Khasiat 'ketawa' memang berganda, jadi amat rugi bagi orang yang serius gila, muka ketat, kedekut senyuman. Sesiapa saja yang ingin awet muda....jom..jom..i bagi petua. (sshhhhuuuuuttttttt.....cakap pelan-pelan, bisik-bisik nanti ganggu jiran sebelah.....resepinya 3 dulang hati nyamuk...eh, salah....elakkan 3 kriteria di atas)


eeeeeerrrrrrrrrmmmmmmm......itu ja poooonnnnnn. ^_^


Semenjak dua menjak bulan puasa ni ramai rakyat Malaysia (ayat bajet pemberita) yang rajin kerana ramai yang keluar kerja lebih awal dari biasa. Buktinya kalau sebelum bulan ramadhan setakat jam 6.05 pagi belumlah waktu-waktu yang diisytiharkan jammed gilaaarr. Maknanya masih boleh berfoya-foya, enjoy-enjoy menikmati embun subuh......sekarang start ja engine kereta terus kk drift gitu...hakikatnya....tetap sama. nah apalagi STRESS lah ba kan!!!!!! 


(speaking sabah dulu) Dulu-dulu sia suka dengar Hot FM masa driving tapi semenjak dua menjak ada Suria Sabah, KK FM ni sia pun tukarlah chanel mau juga ba dengar radio Sabah.....we love sabah...wah terlebih sudah. Kira-kira berpaling tadahlah  sekejap. Pastu rindu pula dengar 'Panggilan Hangit' yang bikin panas tu tapi lawak tahap gaban jugalah. Nah dijadikan cerita hari tu....terdengar pula 'lagu hangit' di Hot FM. Alamak! memang lawaklah, kali ni i bagi rating tinggi sikit, lawak tahap 7 petala langit. 


gua cakap pun tak guna...lu layan lah sendiri....kata nabil.



apa kata???? pecah perut? Memang kreatif giler otak 3 orang ni, bab bahasa memang hancur jadi amaran kepada anak-anak kapal bawah umur yang baru kenal mengarang agar berhati-hati ini hanya sekadar hiburan semata. Bab suara fafau memang ke laut jadi amaran kepada pengarah2 muzik jangan bagi budak ni jadi penyanyi...hehehe. Apapun terima kasih kepada Fafau, FBI dan AG kerana kegilaan anda bertiga menghalang hormon stress Cortisol i membuak-buak pada hari itu kerana terperangkap dalam jammed. 

dan banyak lagi versi untuk ketawa guling-guling 

antaranya yang ini....



p/s: selamat bersenam wahai pipi bukan fifi okeh...^_^

Thursday, July 19, 2012

Punca Obesiti


Fakta 1.7 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti sekali gus meletakkan negara ini sebagai juara dalam kalangan negara-negara ASEAN. Sudah tentu kejuaraan kali ini bukan berita gembira.


Beberapa faktor ini mungkin antara punca:


Sikap Orang Tua : 

Anak yang gebu montel itu cantik, comel, cute....dan nampak sihat. Lagi parah apabila ibu bapa mula merasa kasihan bila anak sudah pandai merayu meminta itu ini. Akibatnya semua nafsu anak dilayan saja.


Nafsu:

Nafsu ialah jawapan segala-galanya. Ramai orang tidak dapat mengawal nafsu makan yang membuak-buak terutamanya yang sudah sedia berbadan besar. Kawal nafsu memang bukan mudah apatah lagi jika nampak hidangan yang enak-enak di depan mata. Bagaimanapun semua ini merupakan tindakan dalam "kawalan".  


Kurang Bersenam:
Tidur, makan, video game, tv, tidur, makan, tv......inilah antara vitamin yang paling berkesan untuk membesar bagai johan.



Tabiat Pemakanan:

Makan ikut keperluan bukan kemampuan. Oleh kerana piramid makanan tradisional dikatakan agak sukar difahami dan diaplikasi dalam hidangan sebenar maka pihak USDA telah memperkenalkan Myplate agar dapat mendidik masyarakat untuk memahami konsep pemakanan sihat.



Paling penting kesedaran diri sendiri, semuanya merupakan PILIHAN masing-masing. Cuma sedihnya masyarakat kita segelintirnya terlalu sensitive apabila ditegur atau dinasihati.


Apapun jangan pula menahan lapar, kata-kata ini mungkin berguna...



Bersarapanlah seperti raja, makan tengahari seperti rakyat jelata 
dan makan malam ibarat si papa kedana.

p/s: berkongsi tanpa prejudis...


APA KATA KLIK IKLAN DI BAWAH UNTUK INFO SIHAT DARIPADA KEVIN ZAHARI




Wednesday, July 18, 2012

Selipar Jipun


Tetiba i realise yang bahasa jipun Jepun tu sedap didengar...walaupon dinyanyikan oleh bebudak KPop.

jom dengar lagu ni....tangkap jiwang..tapi macam bestlah pulak...

part ni paling best.....

Kimi ga suki de
Kimi ga koishikute
Hateshinai kodoku kara
Sukui dashite

Aishiteru, ah
Douka ikanai de
Shinde mo kimi wo zutto
Hanashita kunai

ada faham?????? hahaha....

paling pun hanya perkataan "Aishteru" ^_^ (i love you)


2AM


sambil layan lagu ni bayangkan musim bunga sakura....cheng..cheng...cheng...


tapi i tengah terbayang SOICHIRO HONDA .....hhmmm...


SAYONARA..

p/s tajuk memang tiada kaitan...cuma sebut jepun dalam minda ini selipar...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...