Thursday, April 12, 2012

Kaamatan Pesta Bulan Lima


Hari ni tengah-tengah meeting dapat satu call dari seorang kenalan semasa di Kudat iaitu kak Norma orang kuat Persatuan Wanita (kalau tidak silap) dan isteri kepada District Officer. Oleh kerana tidak dapat menjawab telefon pada ketika itu saya menghantarkan SMS padanya. Rupanya beliau meminta saya membantu untuk menjadi juri pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Kudat. Alamak tergamam seketika, terharu pasal masih diingati, terkezut pasal rasa "siapalah i?" huh!!! bab cantik-cantik, ayu, jelita ni rasanya i tak layak. Bagaimanapun tetap rasa terkilan....pasal rasa sedih juga tentunya kerana tidak dapat menghulurkan apa-apa bantuan....maksud saya meskipun bukan di arena juri menjuri...bukan apa, daerah Kudat memang sangat dekat di hati meskipun hanya sekejap menabur bakti di sana.


Apapun musim Kaamatan sudah bermula....errmm...sedar tak sedar hampir setengah tahun 2012 sudah berlalu. Pesta Kaamatan tahun ini akan muncul lagi sorang jelitawan....errmmm...beauty with brain.. Semestinya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...