Friday, June 13, 2014

Jeju Island: Seongsan Ilchulbong #1


Keindahan Pulau Jeju memang tidak boleh dinafikan lagi sehingga tersenarai dalam New 7 Wonders of Nature. Hah!! bukan alang-alang tu. 3 hari 3 malam memang tidak cukup untuk meneroka keindahan pulau valcano ini. Pemandangan laut dan pesisir berbatu dari atas kapal terbang lagi memang sangat mengujakan. Untuk sampai ke jeju kami telah memilih untuk terbang dengan Easterjet dari bandar Busan. 3 hari tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana 2 hari tersebut hujan...satu rahmat tentunya bagi Jeju tapi ralat bagi kami...inilah yang dikatakan sedih lagi pedih. Bagaimanapun, dalam keterbatasan hujan kami tetap cuba meneroka Jeju nasib baik hari pertama kunjungan ke Seongsan Ilchulbong atau dikenali juga sebagai The Sunrise Peak cuaca cerah...spoting gituuu.

# Perjalanan ke Sunrise Peak atau Seongsan Ilchulbong


Perjalanan ke Sunrise Peak memang cantik, meskipun berdebar kerana kami memandu sendiri dengan hanya berpandukan GPS bertulisan Hangul. Sebagai pembantu driver, membaca GPS (membacalah sangat..preggghh) cabaran sungguh terasa, kadang bagaikan jantung jatuh di riba..fuhhh!!! apabila driver tiba-tiba menekan break apabila tersalah laluan...aduiiii...ini bukan ki'ki bah.




Had pemanduan di Jeju ialah 60 -70 KM sejam sahaja...masa ni terkagum sekejap..bersih dan cantik saja mata memandang.
(benda macam bukit-bukit tu lah The Peak Sunrise)


Nampak saja dari kejauhan The Peak Sunrise, baru rasa lega maknanya kami memang on the right track..akhirnya jumpa juga benda alah ni.


Sebelah tepi jalan nampak tempat hentian tetapi oleh kerana tidak perasan dari awal maka kami terpaksa meneruskan saja perjalanan. Kalau sempat berhenti di sini memang awesome. Tempat ini sangat cantik, terutamanya melihat batu volcanic yang membentuk bukit yang dipanggil The Sunrise Peak dari pandangan sisi di tepi laut. 

Ini macam cop mohorlah kononnya..cop kaki sudah jejak di sini. 


 Masa naik satu hal... turun dua hal......nah ambik. 



Pemandangan memang super..super awesome tetapi perlu bersedia dengan bekalan coklat dan kopi panas untuk mendaki terutama dalam cuaca super sejuk...ahhh baru sesuai. 



Sebelum balik belilah apa-apa yang patut...


dan pose apa-apa yang patut... hehe 

ini bukan iklan jual kereta...jom balik. 



p/s: Kalau ke jeju tidak mengunjungi The Sunrise Peak memang satu kerugian yang besar. Kalau boleh menginaplah semalam di kawasan sekitar kerana di kawasan ini banyak sangat tempat menarik.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...