Sebelum tahun 2015 berakhir, saya harap dapat melihat dunia ini seterang-terangnya.. hmmm.. sekarang ini memanglah terang tetapi tanpa bantuan si kanta palsu aka cermin mata tentu hidup ini sungguh menyedihkan. Saya menjadi pengguna tegar cermin mata sejak di tahun 5 lagi, setelah dewasa pernah jugalah dalam 3 bulan tu beralih sekejap kepada contact lens, kononnya mau maintain cute lah tu.. hehehe.. tapi sayangnya kami tidak serasi bersama. 3 bulan gitu sudah berpisah talak 3..haha.. sebab seperti yang diceritakan dalam post lepas di SINI. Apapun saya sangat menghargai mata ini.. tentunya anugerah yang tidak ternilai.
Oktober 2015 ini, harap impian melihat dunia seterang-terangnya tanpa bantuan cermin mata akan tercapai. Tiket kapal terbang telah ditempah dan temujanji doktor sudah dibuat. Saya memilih untuk terbang merentas laut China Selatan untuk mendapatkan perkhidmatan Prof. Dr. Muhaya Mohamad, seorang doktor pakar Surgeri Oftalmologi yang agak terkenal di Malaysia. Membaca banyak review tentang kejayaan beliau dalam pembedahan LASIK membuatkan saya yakin untuk memilih beliau.
Hingga saat itu nanti, saya harap semuanya baik-baik saja.
Saya akan cuba update dalam blog ini tentang pengalaman itu nanti, tentunya sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang mungkin seperti saya.
#cikidaut