Pages

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Tumpas 80 Ribu Penyokong Hampa


Semalam akhirnya Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas bagi bola sepak bawah 23 tahun di temasya Sukan SEA Palembang-Jakarta. Pujian harus diberikan kepada barisan anak-anak buah Ong Kim Swee kerana telah berjaya menyerap segala tekanan meskipun bermain di depan lebih 80 ribu penyokong Indonesia yang agak fanatik. Seperti entri lepas di SINI sekali lagi Penyokong Indonesia nampaknya tidak serik apabila pada perlawanan final ini masih lagi seakan memperlekahkan negara ini dengan tidak menghormati apabila lagu negaraku berkumandang. Mungkin itu juga satu kelebihan kepada pasukan negara kerana tindakan penyokong fanatik Indonesia ini telah membakar semangat dan memberikan momentum hebat kepada mereka untuk terus berjuang memastikan kejayaan berulang.


Andai saja pasukan kita gagal tidak pasti apa pula kemungkinan yang akan berlaku, mungkinkah terus diperlekeh? Apapun, itu bukan lagi persoalan kini apabila pasukan muda kita berjaya membuktikan malah membuatkan ribuan penyokong Indonesia terpaksa akur dan meninggalkan stadium Gelora Bung Karno dengan penuh hampa.





Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan banyak cubaan dan asakan daripada pemain-pemain Indonesia sepanjang perlawanan. Beliau juga boleh digelar wira kerana prestasi yang ditunjukkan serta berjaya bermain dengan baik sepanjang sepakan penalty.





Sekali lagi TAHNIAH!!  kepada pasukan Harimau Muda kerana telah menunjukkan belang mematahkan sayap sang Garuda.


p/s:  apapun terima kasih juga buat Indonesia kerana telah bermain dengan baik sekaligus mempamerkan satu perlawanan yang menarik buat tontonan kita semua. 


Sunday, November 20, 2011

Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik FFM Ke-24 (Eja dan Shaheizy Sam)


Tahniah buat Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja dan Shaheizy Sam kerana telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 semalam. Eja menang melalui filem Janin sementara Sam melalui filem Kongsi. Eja mahupun Sam merupakan pelakon yang bukan sahaja memilih membintangi layar perak sahaja tetapi juga turut aktif berlakon dalam drama.  




Tidak lupa juga tahniah kepada pengarah muda Syamsul Yusof kerana memenangi Anugerah Pengarah terbaik bagi kali ke-2. Macam satu kebetulan pula mereka ini mempunyai pangkal nama yang bermula dari huruf "S". Apapun diharap dengan bakat mereka inilah industri filem Malaysia terus maju hingga mencapai tahap yang lebih membanggakan.

p/s: apasal majlis gala FFM ke-24 macam sunyi dan kurang sambutan? atau hanya mungkin nampak begitu kerana PICC tu terlalu besar? eerrmmm....harap lebih meriah pada tahun-tahun akan datang.


Saturday, November 19, 2011

Kota Kinabalu - Seoul Part 1


Percutian ke kota Seoul ini sudah 4 tahun berlalu iaitu pada November 2007. Bagaimanapun aku memang berazam blog pengalaman tersebut (memandangkan dulu belum punya blog dong..huhu..) agar dapat juga ditenung-tenung pada masa akan datang. Cuma banyak halangan bila bab memulakan entri baru ni....bagaimanapun sedikit catatan ketika itu diharap banyak membantu untuk bakal menyiapkan entri ini. Haraplah-haraplah.


Kenapa Korea Selatan? Pengaruh K-POP ..oowwhh tidak...masa tu lagu iklan aiskrim Walls "paddlePOP" ja yang femes...hehehe. Mungkinkah pengaruh drama? hhhmmm......mungkin tapi bukanlah peminat setia gila drama Korea ni. Sikit-sikit iya jugalah..pompuan...suka layan drama...ho ho ho. Salah satu yang tidak dapat dinafikan ialah kebijaksanaan pengiat seni mereka (drama & filem) yang bijak memanipulasikan keindahan alam semulajadi serta penggunaan teknik sinematografi yang hebat telah melonjakkan nama Korea Selatan dalam industri pelancongan di rantau Asia (wahh..bahasa karangan BM tu..)


Sebelum landing di Seoul, tekan play muzik di bawah...baru la ada feel......kan kan...




Annyeong haseyo....hamsamida.....dan beberapa perkataan dan ayat-ayat ringkas lain (sekarang da lupa) telah aku pelajari sebelum berangkat, dengan siapa? bukan dengan pakcik google tapi dengan pelajar aku yang ayahnya warga Korea tetapi ibunya Sabahan. Meskipun yang aku pelajari tu sikit sahaja tetapi sebenarnya banyak membantu sepanjang berada di sana.


Lapangan Terbang Antarabangsa Inceheon Seoul merupakan antara airport rangking terbaik dalam survey kepuasan penumpang dan menerima anugerah The Best Airport Award berdasarkan survey oleh Airports Council International. Memang tepatlah tu, aku merasakannya sendiri dalam keheningan subuh pun petugas Airport bertugas dengan mesra malah tiada kesesakan berlaku semasa melalui pintu imigresan. Padanpun warga Korea yang bersama-sama dengan kami ketika itu kedengaran merungut semasa melalui pintu imigresen Malaysia kerana kami terpaksa berbaris panjang lebih setengah jam. (bukan nak puji sangat negara orang ^_^ tapi itulah kenyataannya, harap pekerja imigresen kita ambil iktibar yeaaa..tingkatkan prestasi).


gambar ihsan pakcik google (kena panjat menara untuk view ni, klau tidak pun naik belon)

Inceheon International Airport...hahaha muka serabai baru bangun tidur....tengah seksa menahan sejuk


Destinasi pertama ialah Chuncheon. Sebelum itu, singgah sekejap di lokasi drama Dae Jang Geum (Jewel In The Palace) di MBC Studio ini.
tugasan pertama....posing...alahai...
Seram tau time ambik gambar ni....tengoklah view belakang tu...tup-tup muncul nenek kebayan.



Sampai sahaja di Chuncheon kami terus menaiki feri ke Nami Island yang mengambil masa kira-kira 8-10 minit. Nami diambil sempena nama seorang Pahlawan Diraja semasa dinasti Josean. Beliau dikatakan telah mati dibunuh pada usia 28 tahun. Namisoon (soon bermakna pulau) merupakan sebuah pulau buatan yang berbentuk seperti sehelai daun. Wah!..macam belajar sejarah, geografi pula.


Apa yang lebih menarik ialah di sinilah lokasi pengambaran drama terkenal Winter Sonata dirakamkan. Pengalaman berjalan sendiri di deretan pokok-pokok yang tersusun cantik yang juga dikenali sebagai “Happiness Road” memang mengasyikkan (teringat drama winter sonata....berangan..hahaha). Tidak hairanlah jika pulau ini mencatat pengunjung melebihi 5 juta setahun. Sayang sekali masa yang singkat mengekang keinginan untuk explore lebih-lebih kerana perlu segera balik ke Chuncheon.
Nami Island merupakan pulau buatan manusia, 




Pokok Krismas ini juga antara lokasi drama Winter Sonata di Myongdong Street. Pelbagai barangan dijual di sini antaranya pelbagai jenis cenderahati, pakaian dan buah-buahan. Sempat jugalah membeli sedikit souvenir, buah strawberry dan orange.

Buah strawberi ini berharga Won 18 ribu bersamaan RM57.00 (dalam gambar ini hanya tinggal yang belum habis dimakan pada hari ke-3 oleh itu bentuk dan struktur sudah mula rosak). 


Lokasi seterusnya tentu hotel untuk... zzzZZzzzZZzz.... Apapun, maaflah kawan-kawan gambar i memanjang.....huhuhuhu.... Oleh kerana percutian ini memakan masa 9 hari, maka cukup dulu untuk entri kali ini....apapun harap bakal diringkaskan dalam entri akan datang tidak larat buat 9 entri...huhuhu.....to be continue my dear.

Fakta Menarik: 


  • Hanya bawa telefon bimbit yang ada 3G jika ke Korea Selatan, kerana mereka hanya  menggunakan perkhidmatan 3G...masa tu lah..sekarang tidak tahu lagi apa mungkin lebih canggih kot. Telefon bimbit bukan 3G juga boleh dibawa bagi memberatkan beg...heheheh.
  • Mineral Water 500ml berharga lebih kurang RM7. Usah risau merata tempat di Korea Selatan ini menyediakan Water Dispenser dan anda boleh mengambil air secara percuma hanya perlu sediakan botol sendiri. (tips jimat cermat ^_^)



Thursday, November 17, 2011

95 Minit Mendebarkan, Perlukah Terlalu Extreme?


Akhirnya pasukan bola sepak muda Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan muda Indonesia dengan jaringan 1-0. Pasti ramai diantara kita yang tidak senang duduk sepanjang tempoh 95 minit permainan menentang Indonesia ini. Kemenangan ini pastinya menaikkan moral dan maruah apabila ribuan penyokong Indonesia mengeluarkan pelbagai bunyi bising dengan sengaja tidak menghormati apabila lagu Negaraku berkumandang. Bagaimanapun tabik springgg...tentunya kepada barisan permain negara yang tetap bersemangat menyanyikan lagu Negaraku meskipun dengan muzik yang tenggelam timbul oleh keriuhan hiruk pikuk lautan manusia.  

Bagaimanapun kita sering tidak peduli semua itu atau mungkin ini satu ekspresi bahawa rakyat Malaysia lebih matang dan tidak mahu membuang masa untuk memperjuangkan hal-hal remeh atau bersifat kebudak-budakan.

Pernah membaca satu artikel dalam laman blog penyanyi popular Indonesia Marcell Siahaan yang khusus menulis hal ini yang bertajuk: NASIONALISME? berikut sedikit dipetik antara kandungan tulisan beliau yang saya anggap seorang rakyat yang berpandangan jauh, relevan dan matang.

Marcell

Ngomong-ngomong, apa sih sebenarnya nasionalisme?

Apakah dengan sok-sokan melakukan aksi '
sweeping' warga negara Malaysia yang dilakukan di daerah Menteng, Jakarta Pusat yang (memalukannya) ternyata hasilnya nihil karena tidak ada satupun orang Malaysia yang lewat? Apakah dengan berorasi sambil menyebarkan spanduk dan pamflet bertuliskan 'Malaysia=Malingsia'? Apakah dengan sok-sokan bakar-bakar bendera Malaysia (sedangkan di Malaysia tidak ada satupun yang melakukan hal yang sama) tanpa pernah memikirkan efeknya pada hubungan bilateral yang sudah terjalin baik sejak dulu? Apakah preman-preman (ya, PREMAN, karena mereka bukan aparat berwenang serta tidak punya dasar hukum yang kuat dan valid untuk melakukan sweeping sehingga lebih mirip tukang palak di terminal bis) kampungan yang melakukan sweeping ini memikirkan bahwa ada jutaan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di Malaysia dan tentunya ini akan berakibat buruk pada para pekerja Indonesia ini jika mereka dipulangkan? Karena saya yakin, preman-preman kampungan dan pahlawan-pahlawan pembela 'kebetulan' ini tentunya tidak akan pernah sanggup memberi makan (apalagi memberikan lapangan pekerjaan) kepada para TKI ini jika mereka dipulangkan. Ya, merekalah justru 'teroris-teroris' yang merusak citra bangsanya sendiri, yang membuat orang luar malas dan takut untuk datang ke Indonesia, yang membuat konser-konser musik mancanegara batal karenaTravel Warning, yang membuat rupiah kita melemah, yang menyengsarakan rakyatnya sendiri.

Jika ingin membaca lebih lanjut kunjungi blog rasmi beliau marcell.blogspot.com 

Sebagai negara yang berjiran malahan serumpun adalah lebih manis jika kita saling menghormati dan andai bersaing biarlah secara bermoral dan bijaksana. Apapun, pastinya dalam lebih 200 juta rakyat Indonesia hanya segelintir bersikap extreme ini dek terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan negatif oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



********

Saya punya beberapa orang sahabat dari Jakarta dan Bandung, ternyata hubungan kami tetap baik sehingga kini malahan saya pernah berkunjung ke rumah salah seorang daripada sahabat saya ini. Sepanjang di sana beliau juga banyak membantu termasuklah berusaha mendapatkan hotel dan pengangkutan bagi kemudahan kami. Terima kasih ibu Yuni.


Wednesday, November 16, 2011

Aishwarya Rai Selamat Melahirkan Bayi Perempuan


Aktres yang pernah memegang gelaran Miss World Aishwarya Rai Bachchan yang juga isteri kepada aktor Abhishek Bachchan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan awal hari ini 16 November 2011. Aishwarya telah melahirkan bayinya di Hospital Seven Hills Marol, Mumbai dan berita ini telah tersebar apabila ayah mertua beliau yang juga aktor popular Amitabh Bachchan menulis dalam tweeter beliau : "I AM DADA to the cutest baby girl!" pagi tadi. Sementara Abhishek menulis: "IT'S A GIRL !!"

sumber: CBB

Tahniah kepada Abhi-Ash. Pastinya bayi pasangan ini tersangat comel dan mungkinkah seorang lagi bintang telah lahir dan bakal mewarisi legasi keluarga ini dalam dunia perfileman. Pasangan ini telah berkahwin mengikut upacara Hindu pada 20 April 2007 di Juhu, Mumbai.

p/s: take a break: hiburan suka-suka....bah.

Saturday, November 12, 2011

Harga Rumah di Sabah Semakin Tinggi


Harga rumah pada hari ini semakin mencekik darah.. itulah istilah yang mungkin sesuai. Berdasarkan pemerhatian dalam sekitar 4 tahun kebelakangan ini harga rumah melambung melebihi 100% kenaikan. Persoalannya, wajarkah peningkatan sehingga 100% dalam tempoh 4 tahun bagi negeri yang mempunyai pendapatan perkapita rakyat antara yang terendah di Malaysia. (Sedih dengan kenyataan tersebut) Kadar perdapatan perkapita penduduk Nasional hanya RM26,355 pada tahun 2010 ini maksudnya kadar pendapatan perkapita penduduk Sabah di bawah paras itu lagi. 



Sumber: Google


Tidak mahu bercakap lebih banyak, cuma cuba anda sendiri buat tinjauan mana-mana projek perumahan baru sekitar Tuaran, Telipok, Inanam, Likas, Luyang, Kota Kinabalu, Petagas, Putatan dan Lokawi rata-rata rumah teres dua tingkat sudah tidak mampu untuk dimiliki. Kawasan Tuaran dan Telipok contohnya dengan keluasan sekitar 20' X 80' atau hanya 18' X 75' hartanah di kawasan ini dijual dengan harga sekitar RM 350K ke atas sedangkan 4 tahun lalu hanya sekitar RM 175K. 


Mungkin bukan fakta yang tepat tetapi cuba anda lihat sekitar Kota Kinabalu rata-rata Apartment dengan keluasan 850 sq ft. dijual pada harga RM175K paling murah (itu pun kalau anda sempat berebut dengan pembeli lain) Pendek kata, rumah Apartment kini turut juga sukar dimiliki kerana rata-rata pada harga RM 200K ke atas biarpun hanya sebesar lubang hidung. Persoalan yang tinggal, apa yang mampu warga ini miliki dengan pendapatan yang rendah sementara kos rumah yang melambung tinggi? 



show house - salah sebuah apartment (gambar hiasan)


Jika dilihat pemaju seenaknya menaikkan harga rumah mengikut kadar kelayakan loan kerajaan seperti yang diperolehi oleh penjawat awam. Jika kelayakan loan perumahan penjawat awam dijadikan kayu ukur dalam menentukan kuasa beli bagaimanalah nasib mereka yang tidak berkerja di sektor tersebut.


Mungkin sesuatu perlu dilakukan demi kesejahteraan masyarakat, kerana rumah merupakan keperluan ASAS manusia. 


Sesungguhnya sesebuah NEGARA hanya wujud dan diiktiraf sebagai sebuah NEGARA apabila ada RAKYAT didalamnya. Memang wajarlah jika rakyat didahulukan. Untuk membuktikan kata-kata tersebut kerajaan juga perlu memikirkan fomula tertentu untuk menangani masalah ini. Dalam konteks ini pemaju pula perlu sedar dan mengambil iktibar bukan memikirkan keuntungan semata-mata dalam membantu kerajaan memacu pembangunan negara.


Apa pula kata anda.........



Friday, November 4, 2011

Hello My Dear BLOG.....I'M COMING BACK!!!!


Kenyataan pertama setelah lama tidak membuat apa-apa post baru dalam blog ini. Bersalah rasanya setelah lama menyepi....bersalah dengan blog ni, bersalah dengan kawan-kawan yang follow mahu pun yang tidak tapi tetap berkunjung ke laman bonda....hehehe. BONDA????


Errrmmmm.....ikutkan ada juga beberapa draf yang menunggu untuk di-edit dan untuk diterbangkan ke peti post... tapi entah kenapa macam banyak juga halangan atau mungkin ALASAN....huhuhu. 


Sepanjang ketiadaan itu, ada beberapa hal yang berlaku antaranya ini:


sempat check in di hospital SMC (KPJ) sekejap


 hidangan tengahari....huhuhu...


Hiburan masa susah @ /!8*#


nurse yang ambik darah tu cucuk tangan ni 2 kali baru berjaya...


Bosan......pandang sini jeww.......


Biarpun ini memang alasan semata (kata2 untuk diri sendiri)......antara punca terhenti sekejap buang tebiat dalam blog ni apabila tuannya kurang sihat hari tu.....(biasalah bila da ter-rehat sekejap tu....memandai-mandai lah pula rehat lebih)....tapi usah risau kawan-kawan, my friends, my love, my sweethearts, my darling.....everythings gonna be okayyy....yeeeaaahhhhh. Maksudnya i sihat lah tu.

****

Mungkin ini hanya sekadar ingatan pada diri sendiri agar ingat-ingat juga bahawa kita bukan robot...atau RoboCop....Suka dengan kata-kata ini "The time to relax is when you don't have time for it"  mungkin saja tu doctor berikan cuti rehat setelah hampir genap 2 tahun tidak pernah bercuti sakit ni...hehehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...