Saturday, November 12, 2011

Harga Rumah di Sabah Semakin Tinggi


Harga rumah pada hari ini semakin mencekik darah.. itulah istilah yang mungkin sesuai. Berdasarkan pemerhatian dalam sekitar 4 tahun kebelakangan ini harga rumah melambung melebihi 100% kenaikan. Persoalannya, wajarkah peningkatan sehingga 100% dalam tempoh 4 tahun bagi negeri yang mempunyai pendapatan perkapita rakyat antara yang terendah di Malaysia. (Sedih dengan kenyataan tersebut) Kadar perdapatan perkapita penduduk Nasional hanya RM26,355 pada tahun 2010 ini maksudnya kadar pendapatan perkapita penduduk Sabah di bawah paras itu lagi. 



Sumber: Google


Tidak mahu bercakap lebih banyak, cuma cuba anda sendiri buat tinjauan mana-mana projek perumahan baru sekitar Tuaran, Telipok, Inanam, Likas, Luyang, Kota Kinabalu, Petagas, Putatan dan Lokawi rata-rata rumah teres dua tingkat sudah tidak mampu untuk dimiliki. Kawasan Tuaran dan Telipok contohnya dengan keluasan sekitar 20' X 80' atau hanya 18' X 75' hartanah di kawasan ini dijual dengan harga sekitar RM 350K ke atas sedangkan 4 tahun lalu hanya sekitar RM 175K. 


Mungkin bukan fakta yang tepat tetapi cuba anda lihat sekitar Kota Kinabalu rata-rata Apartment dengan keluasan 850 sq ft. dijual pada harga RM175K paling murah (itu pun kalau anda sempat berebut dengan pembeli lain) Pendek kata, rumah Apartment kini turut juga sukar dimiliki kerana rata-rata pada harga RM 200K ke atas biarpun hanya sebesar lubang hidung. Persoalan yang tinggal, apa yang mampu warga ini miliki dengan pendapatan yang rendah sementara kos rumah yang melambung tinggi? 



show house - salah sebuah apartment (gambar hiasan)


Jika dilihat pemaju seenaknya menaikkan harga rumah mengikut kadar kelayakan loan kerajaan seperti yang diperolehi oleh penjawat awam. Jika kelayakan loan perumahan penjawat awam dijadikan kayu ukur dalam menentukan kuasa beli bagaimanalah nasib mereka yang tidak berkerja di sektor tersebut.


Mungkin sesuatu perlu dilakukan demi kesejahteraan masyarakat, kerana rumah merupakan keperluan ASAS manusia. 


Sesungguhnya sesebuah NEGARA hanya wujud dan diiktiraf sebagai sebuah NEGARA apabila ada RAKYAT didalamnya. Memang wajarlah jika rakyat didahulukan. Untuk membuktikan kata-kata tersebut kerajaan juga perlu memikirkan fomula tertentu untuk menangani masalah ini. Dalam konteks ini pemaju pula perlu sedar dan mengambil iktibar bukan memikirkan keuntungan semata-mata dalam membantu kerajaan memacu pembangunan negara.


Apa pula kata anda.........



5 comments:

eda said...

kalu mcm ni x bli la rumah kat sabah ni..kalu setakat sebesar lubang hidung..:) mna cukup kalu penduduk didlmnya 10 org

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Admin said...

malas mo cakap...x tahulah apa mo jadi di sabah ni!!!

Dorris Angel said...

eda: hahaha....x payah beli rumah, beli tangga ja...paling mudah lif.. :)


B: cakap saja ba....

mr.kulitzkuku said...

betul ,,,inilah kenyataannya.sandi bah urang sabah kana guring,mau marah pun tiada guna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...