Minggu lepas seorang staf kami telah bersara. Mr. Kenneth telah bersara dengan jawatan Guru Cemerlang DG54. Saya fikir satu pencapaian yang hebat dan bukan ramai yang seangkatan dengan beliau bersara dengan pencapaian tersebut. Selaku orang yang banyak pengalaman, saya sering kali tertarik dengan setiap kali ucapan beliau sama ada di perhimpunan mahupun dalam majlis tertentu. Dalam satu majlis bersama pelajar minggu lepas, beliau mengajak para pelajar memikirkan kembali dan mengupas nilai yang terkandung dalam lirik lagu Jimmy Palikat "Anak Kampung". antara liriknya...
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
....
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
....
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
....
Kata beliau: "tiada salahnya menjadi anak orang miskin....sebab kita tidak tahu kesusahan generasi terdahulu mengharungi kehidupan (lebih-lebih lagi merujuk diri beliau yang lahir semasa pra merdeka) .....juga tiada salahnya menjadi anak orang kampung.
Bagaimanapun....adalah salah jika generasi kini tiada pelajaran....kerana sekolah terbentang di depan mata, adalah tidak patut untuk menjadi kuli-kuli sahaja, kerana apa yang anda akan jadi itu adalah "PILIHAN". Hak anda untuk menentukan. Jika tiada kereta mungkin tidak mengapa tetapi jika rumah pun tiada adalah tidak wajar sedangkan bapa yang susahpun mampu sediakan rumah".
p/s: Errmmmm....memang ada benarnya juga, harap para pelajar yang mendengar dapat memahami moral disebalik kata-kata beliau.