Pages

Sunday, March 31, 2013

Noah Ark Hong Kong

Replika "Noah Ark" atau nama lain yang lebih familiar "Bahtera Nuh" yang terletak di Ma Wan Hong Kong kurang mendapat perhatian berbanding Hong Kong Disneyland, Ocean Park mahupun The Peak. Meskipun hanya replika tetapi keluasan Bahtera ini dibina menyerupai keluasan sebenar Bahtera Nabi Nuh yang dikenali dalam kalangan penganut agama Kristian dan Islam.

Dihubungkan oleh Tsing Ma Bridge iaitu jambatan yang menjadi ikon Hong Kong, kawasan Noah's Ark Theme Park ini tidak boleh dimasuki oleh kenderaan persendirian. Hanya pengangkutan feri, bas dan teksi menghubungkan taman ini dengan dunia luar. Teksi dikenakan bayaran tol sebanyak HKD20.

Perjalanan untuk ke sini, kami menaiki Teksi daripada Hotel penginapan (Panda Hotel, Sheung Wan) dengan bayaran HKD105 untuk berempat termasuk bayaran tol.

Tiket masuk untuk dewasa HKD155 sementara orang tua dan kanak-kanak HKD125. Untuk info lanjut lihat link ini Noah's Ark

Gambar sekitar Noah Ark yang sempat dirakamkan





Sebenarnya banyak infomasi menarik dapat dipelajari di sini. Tayangan video dan 4D juga ada untuk disaksikan. Meskipun binatang juga replika tetapi kehalusan binaan dan rekaan setiap sudut taman ini memang superb.

Banyak pertingkaian tentang lokasi sebenar Bahtera asal ini ditemui bagaimanapun itu bukan perkara yang sangat penting, yang paling penting ialah nilai sejarah dan pengajarannya kepada manusia. Menurut National Geographic Bahtera asal dikatakan ditemui di pergunungan Ararat Turki. Bagaimanapun lokasi tersebut telah diselaputi salji tebal ribuan tahun yang lampau. 


Di kawasan pergunungan inilah dikatakan tersadainya Bahtera Nuh. Gambar: Sumber Google



p/s: berbanding Sympony of light yang fames amos tp ntah apa-apa tu....sebenarnya ni lagi berbaloi-baloi. ^_^



Thursday, March 28, 2013

Hong Kong Lagi 6D5N

6D5N Hong Kong aku datang lagi.... ^_^

Selesai ja kelas 12.35 aku terus balik rumah rushing kononnya utk percutian ke-2 Hong Kong. Tidak macam pertama kali pergi aritu November 2011 hampir tertinggal kapal terbang kali ni harus lebih efisien...ayat..boleh blah... 

Oleh kerana kali ni aku merangkap tour guide my mum ^_^ makanya aku kenalah lebih efisien...itu yang kena guna perkataan ni. Kenapa berdua???.....cetanya gini kami berdua tertinggal rombongan 9 orang untuk meminang Puteri Hang Li Po. Masa beli tiket AA aritu kalender cuti sekolah belum keluar, jadi untuk mengurangkan keberangkalian terpaksa bercuti panjang lebih dari 3 hari maka ambiklah tiket petang pas sekolah. Nasib baik hari tu boss tidak panggil meeting bagai...kalau tidak ayooo...amaaa.

Meskipun ini kali ke-2 aku jejak HK dan macam orang pandai ja guna MTR bagai...sebenarnya aku risau juga pasal kalau tersilap, tersesat kah apa, kesianlah my mum. Dah lah tu flight pula sampai malam, dengan mata yang tidak seberapa nak terang dengan suasana malam yang berpinar-pinar tu, camno??...huhu.

Bagaimanapun semua yang dirancang berjalan lancar. Selesai ambil bagasi kami bergegas beli Airport Express route Airport - Tsing Yi, beli tiket group of two HKD90. Kalau beli asing-asing seorang kena HKD60. Jadi jimatlah kami HKD30. 




Keluar saja dari train di station Tsing Yi ni terus nampak pintu keluar, mudah sungguh tidak perlu turun naik escalator. Keluar saja berbaris teksi menunggu di luar....sikit lega....sebut saja Panda Hotel pemandu teksi sudah tahu.....ahhhhh...tambah sikit lagi rasa lega.


Kurang 10 minit kami sudah sampai di depan hotel, tambang HKD34. Maksudnya dari airport ke hotel penginapan kami hanya berbelanja HKD124 untuk 2 orang. errmmmm....agak murah lah. Berbanding my sister yang kena HKD380 airport ke hotel yang sama. 


Sampai saja, cuaca agak sejuk, tengok hp 16 celsius. Jadi kena cepat-cepat selamatkan diri masuk mall. Rupanya hotel Panda ni link dengan shoping mall jadi agak busy sikit. Masa ni happy sudah sebab sudah sampai destinasi...dari airport kami sampai ke hotel hanya dalam 30 minit, sedangkan hasil google aritu macam dalam 1 jam.


Sampai saja di lobi......taraa.......




eh, macam ku kenal ni anak cina dua orang....kak bb dan ara tengah lepak tunggu kami di lobi. eh, terus lompat-lompat seronok jumpa her grandmam....adihhh.... sampai mata sepet pekerja hotel tu bulat sudah tengok gelagat dorang. Mungkin takut jatuh tu kepala panda...huhuhu.


Pastu terus turun shoping....pompuan..pompuan...




p/s: benarlah orang kata jika kita selalu fikirkan benda tu mudah...maka memang mudahlah...jadi jangan fikir susah-susah, jangan stress-stress....sob.sob.sob.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...