Pages

Sunday, March 31, 2013

Noah Ark Hong Kong

Replika "Noah Ark" atau nama lain yang lebih familiar "Bahtera Nuh" yang terletak di Ma Wan Hong Kong kurang mendapat perhatian berbanding Hong Kong Disneyland, Ocean Park mahupun The Peak. Meskipun hanya replika tetapi keluasan Bahtera ini dibina menyerupai keluasan sebenar Bahtera Nabi Nuh yang dikenali dalam kalangan penganut agama Kristian dan Islam.

Dihubungkan oleh Tsing Ma Bridge iaitu jambatan yang menjadi ikon Hong Kong, kawasan Noah's Ark Theme Park ini tidak boleh dimasuki oleh kenderaan persendirian. Hanya pengangkutan feri, bas dan teksi menghubungkan taman ini dengan dunia luar. Teksi dikenakan bayaran tol sebanyak HKD20.

Perjalanan untuk ke sini, kami menaiki Teksi daripada Hotel penginapan (Panda Hotel, Sheung Wan) dengan bayaran HKD105 untuk berempat termasuk bayaran tol.

Tiket masuk untuk dewasa HKD155 sementara orang tua dan kanak-kanak HKD125. Untuk info lanjut lihat link ini Noah's Ark

Gambar sekitar Noah Ark yang sempat dirakamkan





Sebenarnya banyak infomasi menarik dapat dipelajari di sini. Tayangan video dan 4D juga ada untuk disaksikan. Meskipun binatang juga replika tetapi kehalusan binaan dan rekaan setiap sudut taman ini memang superb.

Banyak pertingkaian tentang lokasi sebenar Bahtera asal ini ditemui bagaimanapun itu bukan perkara yang sangat penting, yang paling penting ialah nilai sejarah dan pengajarannya kepada manusia. Menurut National Geographic Bahtera asal dikatakan ditemui di pergunungan Ararat Turki. Bagaimanapun lokasi tersebut telah diselaputi salji tebal ribuan tahun yang lampau. 


Di kawasan pergunungan inilah dikatakan tersadainya Bahtera Nuh. Gambar: Sumber Google



p/s: berbanding Sympony of light yang fames amos tp ntah apa-apa tu....sebenarnya ni lagi berbaloi-baloi. ^_^



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...