Pages

Thursday, March 19, 2015

Let the Silence SPEAK






Friday, June 13, 2014

Jeju Island: Seongsan Ilchulbong #1


Keindahan Pulau Jeju memang tidak boleh dinafikan lagi sehingga tersenarai dalam New 7 Wonders of Nature. Hah!! bukan alang-alang tu. 3 hari 3 malam memang tidak cukup untuk meneroka keindahan pulau valcano ini. Pemandangan laut dan pesisir berbatu dari atas kapal terbang lagi memang sangat mengujakan. Untuk sampai ke jeju kami telah memilih untuk terbang dengan Easterjet dari bandar Busan. 3 hari tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana 2 hari tersebut hujan...satu rahmat tentunya bagi Jeju tapi ralat bagi kami...inilah yang dikatakan sedih lagi pedih. Bagaimanapun, dalam keterbatasan hujan kami tetap cuba meneroka Jeju nasib baik hari pertama kunjungan ke Seongsan Ilchulbong atau dikenali juga sebagai The Sunrise Peak cuaca cerah...spoting gituuu.

# Perjalanan ke Sunrise Peak atau Seongsan Ilchulbong


Perjalanan ke Sunrise Peak memang cantik, meskipun berdebar kerana kami memandu sendiri dengan hanya berpandukan GPS bertulisan Hangul. Sebagai pembantu driver, membaca GPS (membacalah sangat..preggghh) cabaran sungguh terasa, kadang bagaikan jantung jatuh di riba..fuhhh!!! apabila driver tiba-tiba menekan break apabila tersalah laluan...aduiiii...ini bukan ki'ki bah.




Had pemanduan di Jeju ialah 60 -70 KM sejam sahaja...masa ni terkagum sekejap..bersih dan cantik saja mata memandang.
(benda macam bukit-bukit tu lah The Peak Sunrise)


Nampak saja dari kejauhan The Peak Sunrise, baru rasa lega maknanya kami memang on the right track..akhirnya jumpa juga benda alah ni.


Sebelah tepi jalan nampak tempat hentian tetapi oleh kerana tidak perasan dari awal maka kami terpaksa meneruskan saja perjalanan. Kalau sempat berhenti di sini memang awesome. Tempat ini sangat cantik, terutamanya melihat batu volcanic yang membentuk bukit yang dipanggil The Sunrise Peak dari pandangan sisi di tepi laut. 

Ini macam cop mohorlah kononnya..cop kaki sudah jejak di sini. 


 Masa naik satu hal... turun dua hal......nah ambik. 



Pemandangan memang super..super awesome tetapi perlu bersedia dengan bekalan coklat dan kopi panas untuk mendaki terutama dalam cuaca super sejuk...ahhh baru sesuai. 



Sebelum balik belilah apa-apa yang patut...


dan pose apa-apa yang patut... hehe 

ini bukan iklan jual kereta...jom balik. 



p/s: Kalau ke jeju tidak mengunjungi The Sunrise Peak memang satu kerugian yang besar. Kalau boleh menginaplah semalam di kawasan sekitar kerana di kawasan ini banyak sangat tempat menarik.






Monday, February 17, 2014

Trip Jeju - Seoul - Busan

Hai...selamat tahun baru, rasa janggal pula menulis di tahun kuda ni setelah membeku sekian lama. Ini betul-betul FROZEN.....frozen Walt Disney tu....cheewahhh. Ehhh...kamurang sudah tengok frozen? syiuk kan? boleh addicted oh. Saya pun balik-balik tengok gara-gara si Ara yang super comel tu addicted. 

Apapun harap tahun ini masih ada ruang untuk menulis dan update status-status palsu...aisshhhiii. Last year beberapa trip telah berjaya dilaksanakan...bulan Mac 2nd trip ke Hong Kong, bulan November my 2nd trip juga ke Korea Selatan dan bulan Disember trip ke Brunei. Akhirnya cita-cita memecahkan tabung ayam dan itik tercapai dengan jayanya...errmmm.

Baiklah puan-puan..makcik-makcik..tuan-tuan....(aikkk..ini pengaruh Chef Wan) bila cakap travel ni teringat pula cerita Chef Wan yang komen pasal nasi lemak MAS yang katanya nasi lemak telanjang....oops!! memang betul juga..harap komen tersebut disahut dengan positif...tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.

Trip kali ini memang sedikit mencabar sebab masa yang agak lama. 16 hari termasuk dlm perut kapal...bukan lama mana pun, tapi bagi kawan-kawan di office...mungkin terasa lamalah juga..hihi...lagi-lagi masa menghadap meeting. Perkara paling best semasa trip kali ini ialah...bila saya lupa diri. Aiikkk!!! itu yang dikatakan best....bukan lupa diri yang peribahasa tu...tapi lupa yang saya ada pekerjaan yang ditinggalkan nun jauh berjuta batu. Hanya berkasut sukan, boots, jeans, jaket dan sweater memang syiuukkk gituuu. Feeling traveler lah sangat..huhuhu. 




Gara-gara lama tidak muncul, Ara tanya...micu tidur office kah?


Trip Jeju - Seoul - Busan kali ini bertemakan "PEMBALASAN"....macam tema Master Chef all stars tuuu. Sebabnya dulu 1st trip saya hanya 9 days jadi kali ini tambahan seminggu lagi. Ingatkan 15 hari tu cukup, rupanya manusia memang tamak....sebab tanya rasa memang tidak cukup....tanya kaki ni, dia surrender jugalah..mau tercabut kepala lutut berjalan. 


Cukup dulu pembuka bicara...nanti sambung lagi andai ada cerita menarik untuk dikongsi. K bai. 

Sunday, September 15, 2013

MY WISH LIST..

Pernahkah anda berangan seperti saya.....kalau tiba-tiba terjumpa lampu Alladin...ha!! pastu keluar jin dari lampu minyak ajaib. Masa tu banyak benda yang saya mahu minta...antaranya saya mahu mengelilingi dunia. Huh!!! memang berangan tahap nenek kebayan.


Baiklah...(tepuk pipi dulu) kembali ke alam nyata.



Tapi...nenek kebayan pun nenek kebayanlah... ini wish list saya....sesungguhnya berangan ialah aktiviti yang menjana minda kreatif. 



1. Bangun ja pagi-pagi....berada di taman ini...


the garden of morning calm -

the garden of morning calm (waktu malam)


2. Mengitung kawanan kambing biri-biri dan main cak..cak...dengan orang HOBIT


comel......tengok kamera lagi tu..

kalau duduk di kerusi tu pasti patah punya..huhu..


3. lari-lari di padang rumput ala-ala filem hindi...ishhhhh...ishhhh...memang boleh blahhh...

gambar copy dari pakcik google


Jam rolex berasal dari sini tau...



4. Duduk minum-minum kopi sambil menikmati keindahan  alam dilatari lagu kiroro...
fuji....

spring time


Cukuplah berangan.. 5 ni saja dulu...ada lagi berderat menunggu tapi rasanya ini top list. ehmmm....syiok juga berangan ni, selain free of charge....tengok gambar-gambar ini pun hilang stress sekejap. 


November ini harap tertunailah impian yang pertama itu...lepas tu baru fikirkan yang lain. sebelum itu kenalah buka tabung ayam, tabung itik, tabung lembu...hahaha...kerana untuk menunggu jin dari lampu minyak ajaib, mau bertanduk pun tidak akan kunjung tiba.



p/s: berangan merupakan kemahiran aras tinggi tau...itulah yang dituntut oleh dunia 
pendidikan masa kini...higher oder thinking skills ^_^
selamat berangan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...