Percutian ke kota Seoul ini sudah 4 tahun berlalu iaitu pada November 2007. Bagaimanapun aku memang berazam blog pengalaman tersebut (memandangkan dulu belum punya blog dong..huhu..) agar dapat juga ditenung-tenung pada masa akan datang. Cuma banyak halangan bila bab memulakan entri baru ni....bagaimanapun sedikit catatan ketika itu diharap banyak membantu untuk bakal menyiapkan entri ini. Haraplah-haraplah.
Kenapa Korea Selatan? Pengaruh K-POP ..oowwhh tidak...masa tu lagu iklan aiskrim Walls "paddlePOP" ja yang femes...hehehe. Mungkinkah pengaruh drama? hhhmmm......mungkin tapi bukanlah peminat setia gila drama Korea ni. Sikit-sikit iya jugalah..pompuan...suka layan drama...ho ho ho. Salah satu yang tidak dapat dinafikan ialah kebijaksanaan pengiat seni mereka (drama & filem) yang bijak memanipulasikan keindahan alam semulajadi serta penggunaan teknik sinematografi yang hebat telah melonjakkan nama Korea Selatan dalam industri pelancongan di rantau Asia (wahh..bahasa karangan BM tu..)
Sebelum landing di Seoul, tekan play muzik di bawah...baru la ada feel......kan kan...
Annyeong haseyo....hamsamida.....dan beberapa perkataan dan ayat-ayat ringkas lain (sekarang da lupa) telah aku pelajari sebelum berangkat, dengan siapa? bukan dengan pakcik google tapi dengan pelajar aku yang ayahnya warga Korea tetapi ibunya Sabahan. Meskipun yang aku pelajari tu sikit sahaja tetapi sebenarnya banyak membantu sepanjang berada di sana.
Lapangan Terbang Antarabangsa Inceheon Seoul merupakan antara airport rangking terbaik dalam survey kepuasan penumpang dan menerima anugerah The Best Airport Award berdasarkan survey oleh Airports Council International. Memang tepatlah tu, aku merasakannya sendiri dalam keheningan subuh pun petugas Airport bertugas dengan mesra malah tiada kesesakan berlaku semasa melalui pintu imigresan. Padanpun warga Korea yang bersama-sama dengan kami ketika itu kedengaran merungut semasa melalui pintu imigresen Malaysia kerana kami terpaksa berbaris panjang lebih setengah jam. (bukan nak puji sangat negara orang ^_^ tapi itulah kenyataannya, harap pekerja imigresen kita ambil iktibar yeaaa..tingkatkan prestasi).
gambar ihsan pakcik google (kena panjat menara untuk view ni, klau tidak pun naik belon) |
Inceheon International Airport...hahaha muka serabai baru bangun tidur....tengah seksa menahan sejuk |
Destinasi pertama ialah Chuncheon. Sebelum itu, singgah sekejap di lokasi drama Dae Jang Geum (Jewel In The Palace) di MBC Studio ini.
tugasan pertama....posing...alahai... |
Nami Island merupakan pulau buatan manusia, |
Buah strawberi ini berharga Won 18 ribu bersamaan RM57.00 (dalam gambar ini hanya tinggal yang belum habis dimakan pada hari ke-3 oleh itu bentuk dan struktur sudah mula rosak).
Lokasi seterusnya tentu hotel untuk... zzzZZzzzZZzz.... Apapun, maaflah kawan-kawan gambar i memanjang.....huhuhuhu.... Oleh kerana percutian ini memakan masa 9 hari, maka cukup dulu untuk entri kali ini....apapun harap bakal diringkaskan dalam entri akan datang tidak larat buat 9 entri...huhuhu.....to be continue my dear.
Fakta Menarik:
- Hanya bawa telefon bimbit yang ada 3G jika ke Korea Selatan, kerana mereka hanya menggunakan perkhidmatan 3G...masa tu lah..sekarang tidak tahu lagi apa mungkin lebih canggih kot. Telefon bimbit bukan 3G juga boleh dibawa bagi memberatkan beg...heheheh.
- Mineral Water 500ml berharga lebih kurang RM7. Usah risau merata tempat di Korea Selatan ini menyediakan Water Dispenser dan anda boleh mengambil air secara percuma hanya perlu sediakan botol sendiri. (tips jimat cermat ^_^)
5 comments:
berwinter sonata la ni ye..syoknya bila la mau dpt pigi ni..
Punya siuk...
Time ni bukan zaman K-Pop, time ni zaman Winter sonata lagi kan... Siuknya pengalaman...:)
Eda: Pasti dapat tu...explore sendiri ja lagi best... :)
Zurina J: iya...time ni demam drama...hehehe...memang siuk :)
siok pigi korea oh
beaty: iya siuk lah tp timing nda ngam juga..sejuk betul time ni.
Post a Comment