Pages

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Tumpas 80 Ribu Penyokong Hampa


Semalam akhirnya Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas bagi bola sepak bawah 23 tahun di temasya Sukan SEA Palembang-Jakarta. Pujian harus diberikan kepada barisan anak-anak buah Ong Kim Swee kerana telah berjaya menyerap segala tekanan meskipun bermain di depan lebih 80 ribu penyokong Indonesia yang agak fanatik. Seperti entri lepas di SINI sekali lagi Penyokong Indonesia nampaknya tidak serik apabila pada perlawanan final ini masih lagi seakan memperlekahkan negara ini dengan tidak menghormati apabila lagu negaraku berkumandang. Mungkin itu juga satu kelebihan kepada pasukan negara kerana tindakan penyokong fanatik Indonesia ini telah membakar semangat dan memberikan momentum hebat kepada mereka untuk terus berjuang memastikan kejayaan berulang.


Andai saja pasukan kita gagal tidak pasti apa pula kemungkinan yang akan berlaku, mungkinkah terus diperlekeh? Apapun, itu bukan lagi persoalan kini apabila pasukan muda kita berjaya membuktikan malah membuatkan ribuan penyokong Indonesia terpaksa akur dan meninggalkan stadium Gelora Bung Karno dengan penuh hampa.





Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan banyak cubaan dan asakan daripada pemain-pemain Indonesia sepanjang perlawanan. Beliau juga boleh digelar wira kerana prestasi yang ditunjukkan serta berjaya bermain dengan baik sepanjang sepakan penalty.





Sekali lagi TAHNIAH!!  kepada pasukan Harimau Muda kerana telah menunjukkan belang mematahkan sayap sang Garuda.


p/s:  apapun terima kasih juga buat Indonesia kerana telah bermain dengan baik sekaligus mempamerkan satu perlawanan yang menarik buat tontonan kita semua. 


4 comments:

Anonymous said...

tahniah!!!malaysia...kedua dua pasukan pun bagus bermain bermati matian tapi adatlah ada menang ada kalah....yg menang tahniah yg kalah jgn putus asa ada lagi banyak perlawanan yg boleh cuba kan....

eda said...

tahniah malaysia!!!..walau menang tipis tp tetap bangga dpt kalahkan indon,Malaysia Boleh...

d.angel said...

(Admin)Ruby: tengok juga kah???..hehe..

Eda: bukan juga menang tipis...sebenarnya kita menang bergaya.....bukan mudah didepan ribuan penyokong Indo, lagi sebelum sampai ke stadium bas dinaiki pemain kita disekat dan diancam oleh penyokong indo yang fanatik (dlm news TV3 td)

Anonymous said...

hahaha..tgok sikit ja...sekurang2nya tguk juga lah hahaha dr yg lansung x tguk kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...