Fakta 1.7 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti sekali gus meletakkan negara ini sebagai juara dalam kalangan negara-negara ASEAN. Sudah tentu kejuaraan kali ini bukan berita gembira.
Beberapa faktor ini mungkin antara punca:
Sikap Orang Tua :
Anak yang gebu montel itu cantik, comel, cute....dan nampak sihat. Lagi parah apabila ibu bapa mula merasa kasihan bila anak sudah pandai merayu meminta itu ini. Akibatnya semua nafsu anak dilayan saja.
Nafsu:
Nafsu ialah jawapan segala-galanya. Ramai orang tidak dapat mengawal nafsu makan yang membuak-buak terutamanya yang sudah sedia berbadan besar. Kawal nafsu memang bukan mudah apatah lagi jika nampak hidangan yang enak-enak di depan mata. Bagaimanapun semua ini merupakan tindakan dalam "kawalan".
Kurang Bersenam:
Tidur, makan, video game, tv, tidur, makan, tv......inilah antara vitamin yang paling berkesan untuk membesar bagai johan.
Tabiat Pemakanan:
Makan ikut keperluan bukan kemampuan. Oleh kerana piramid makanan tradisional dikatakan agak sukar difahami dan diaplikasi dalam hidangan sebenar maka pihak USDA telah memperkenalkan Myplate agar dapat mendidik masyarakat untuk memahami konsep pemakanan sihat.
Paling penting kesedaran diri sendiri, semuanya merupakan PILIHAN masing-masing. Cuma sedihnya masyarakat kita segelintirnya terlalu sensitive apabila ditegur atau dinasihati.
Apapun jangan pula menahan lapar, kata-kata ini mungkin berguna...
Bersarapanlah seperti raja, makan tengahari seperti rakyat jelata
dan makan malam ibarat si papa kedana.
p/s: berkongsi tanpa prejudis...
APA KATA KLIK IKLAN DI BAWAH UNTUK INFO SIHAT DARIPADA KEVIN ZAHARI
Apapun jangan pula menahan lapar, kata-kata ini mungkin berguna...
Bersarapanlah seperti raja, makan tengahari seperti rakyat jelata
dan makan malam ibarat si papa kedana.
p/s: berkongsi tanpa prejudis...
APA KATA KLIK IKLAN DI BAWAH UNTUK INFO SIHAT DARIPADA KEVIN ZAHARI
3 comments:
kalau yang obesiti tu dari kalangan kaya-raya kita tidak heran sebab dia mampu.. tapi di M'sia didapati golongan obesiti juga dari kalangan miskin tegar.. ini fakta bukan auta.. pikir2kan.. ;)
ya ada juga tu. :) nutrisi yang tidak seimbang.
Tu quote yang paling last tu yang paling mantap. Tips untuk jaga pemakanan. Bukan ikut nafsu sepanjang masa. Hehe.
Post a Comment