Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 (Video)


Bangga!! itulah kata-kata yang tepat mengambarkan perasaan jutaan rakyat Malaysia atas kejayaan penyanyi Shila Amzah menjuarai pertandingan Asian Wave yang berlangsung di Shanghai China semalam. Shila merupakan salah seorang daripada 12 peserta akhir membawa lagu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin yang berjudul Zheng Fu (Na Ying)

Melihat 2 persembahan Shila pada pusingan awal (sebelum ini) semasa menyanyikan lagu (Adele) Set fire to the rain dan lagu Mandarin Forever love (Wang Lee Hom) telah memberi gambaran awal yang dia mampu memberikan saingan yang hebat. 

Ketiga-tiga persembahan Shila semalam telah mendapat tepukan gemuruh penonton dan standing ovation daripada para juri. Tidak mahu banyak komen saksikan sendiri kehebatan Shila menawan hati penonton Shanghai.

sumber video youtube













p/s: paling best dia nyanyi lagu mandarin ni, best biarpun tidak faham.. ^_^



Wednesday, September 19, 2012

Little Sara Edrea


Precious baby....lahir dulu tersangatlah kecik pasal her mum mengalami placenta previa (macam sedap ja nama tu) yang menyebabkan baby Sara lahir lebih awal iaitu di usia kandungan baru 7 bulan.

Masa gambar di bawah diambil semasa baby Sara baru berusia 2 tahun setengah...masalah 
utama ialah sukar diambil gambar...hampir semua gambar hanya candid.  




Sekarang sudah 3 tahun setengah....



hobi memang bergaya sakan...huh!!


jangan lupa, ada masanya...angin kus-kus datang...jual mahal no.1....but she's so adorable ^_^


Sunday, September 9, 2012

Pekan Nabalu Jalan Terus


Semasa perjalanan ke Pekan Nabalu aritu dengan misi mencari 'honey..honey' yes!! real honey tapi akhirnya terjebak membeli Orkid hybrid made in Taiwan (macamlah sini Inanam tiada orkid, padahal Orkid De Villa tu belambak orkid)

Cerita orkid bukan motif utama sebab:

1. Ada benda lebih menarik yang menyebabkannya hanya menjadi watak sampingan ^_^

2. 4 pasu pokok orkid yang kami beli, mati satu persatu.....memang sadis.


Sebenarnya yang menarik tu ialah ini.......








dengan tangan bergagar bergegar dan hanya menggunakan kamera hp gambar ini dapat diambil dari tingkap Nissan Frontier yang dipandu laju oleh si pemburu honey. Sebenarnya pemandangan pada petang itu menampakkan satu 'view' yang memang 'superb'. Sukar digambarkan dengan kata-kata tapi kelihatannya gunung Kinabalu seperti dalam kayangan (eh..ceh macam pernah pergi kayangan....perghh)





wire elektrik yang melintang tu sila abaikan ^_^



Masa ni sempat berangan sedang berada di Jepun melihat gunung Fuji diliputi salji...huh!! 
macam kan???


Layan dulu lagu Jepun best di SINI entry lepas Selipar Jipun




Tuesday, September 4, 2012

Jika Berani....Selasaikan Masalah Ini.


Lelaki (A) pergi membeli belah di sebuah pasaraya dengan memandu kereta kancil. Memandangkan barangan yang dibeli terlalu banyak, dia terpaksa memuatkan barangan tadi di tempat duduk penumpang setelah ruangan penyimpanan di belakang penuh. Semasa memandu untuk balik ke rumah, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Sampai di satu simpang, lelaki A mendapati air mula naik dan banyak kenderaan rosak dan tersadai di tepi jalanraya. Dari kejauhan lelaki A melihat dua orang yang sangat dia kenali duduk di hentian bas bersama beberapa orang yang lain. Lelaki A pun memutuskan untuk berhenti bagi menghulurkan bantuan.

Mereka yang dikenalinya ialah:-


Lelaki B (separuh umur, seorang doktor yang pernah menyelamatkan lelaki A dan kereta dipandunya rosak  lalu tersadai di tepi jalan)

Gadis C (jiran setaman perumahaan, seseorang yang lelaki A minati dan telah lama ingin dikenalinya buat jantungnya dup,dup,dup..:)

Bagaimanapun duduk di sebelah Gadis C ialah:

Wanita D (wanita tua, tengah mengigil kesejukan, pucat dan pesakit asma kronik)


Rasa-rasanya jika anda adalah lelaki A tadi, siapa antara mereka yang anda bakal bawa untuk duduk di sebelah pemandu iaitu satu-satunya 'seat' yang 'available'?

Hanya 2 orang boleh menaiki kereta tersebut.


""


""


""


""


""


""


""


""


""


""


sudah fikir?????


Hahahahah....mesti bagi jawapan skema kan....mesti jawab "bawa makcik yang sakit tu atau wanita D. Ya la...pesakit asma kronik tu, lambat sikit nyawa boleh melayang. Bagus..bagus...sah!! memang lu punya hati banyak baik.  (Selalunya ramai yang baik hati ni)


Jawapan ke 2 bawa doktor untuk balas budi. Ini hati ada, tapi itu perut banyak kurang.....hehehehe. Ramai juga yang bersikap begini, ya la orang berbudi kita berbahasa...hhmmmm.


Jawapan ke-3...aahhhh.....sudah boleh agaklah kan. Bawa ja la wanita muda yang diminati tu, sambil-sambil tu bolehlah berkenalan dan usha-usha....^_^  bila lagi? da peluang depan mata.....gitu boleh???
Ini bukan gentlemen tapi gatalmen....pasal orang muka tembok ja yang buat benda macam ni.  Meskipun pada hakikatnya pedulilah orang nak kata apa kan?...huhuhu.

""

""

""

""

""


Baiklah kalau saya bagi cadangan macam ni bagus tidak?


Apakata u bagi kunci kereta u tu pada doktor agar dia boleh pergi workshop untuk cari mekanik, kemudian dalam masa yang sama minta dia bawa makcik (wanita D) tu sekali untuk dihantar ke hospital. Doktor tu pula boleh juga tengok-tengokkan makcik yang tengah sakit tu kan. Pastu....pastu jangan pula buat muka bengang. Sudah ada peluang berdua, berkenalanlah sepuas-puashati dengan wanita C.....kan da Selesai.


Akhirnya, lelaki A bukan saja dapat membalas budi malahan dapat pula membantu orang tua yang tengah sakit. Selain itu "markah bonus" dari gadis C pasti dia perolehi lantaran kebaikan hati yang ditunjukkannya. eerrrmmm....lebih mudahlah proses berkenalan.


***********


p/s: moralnya....bagaimana kita berfikir dan bertindak bakal menghasilkan keputusan yang berbeza. 

&

Belajarlah untuk "**melepaskan" sesuatu jika inginkan "sesuatu".  



**(melepaskan) kunci kereta dan memberi kepada orang lain.



Sunday, September 2, 2012

BI vs BM : oh my english


Perbincangan Serius ^_^ (muka harus ketat)

Bulan lepas satu perbincangan hangat di kelas saya...isu "seberapa penting penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam misi mencapai wawasan negara"

Saya: siapa yang setuju dengan pendapat bahawa penguasaan bahasa Inggeris "wajib"....(belum habis cakap..) 
Murid:  Setuju.....(semua sudah angkat tangan)
Saya: Macam ni susahlah nak berdebat, semua orang penyokong tanpa ada pembangkang....
Murid: Cikgulah jadi pembangkang!
Saya: (Alamak...kurang asam budak-budak ni...pandai pula buat cabaran) Baik seorang lawan 45 pendebat..errmmmm....agak-agak siapa menang....


Macam biasa pihak pencadang aka penyokong harus mendahului hujah....seronok juga melihat keberanian mereka berhujah.

Antara hujah mereka:

1. Banyak teknologi menggunakan bahasa Inggeris, kegagalan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bermakna gagal menguasi teknologi.

2. Sains dan teknologi bermakna kemajuan, tanpa teknologi bermakna kita tidak akan maju.

3. Bahasa Inggeris bahasa antarabangsa, mudah berkomunikasi dengan orang luar.

4. Revolusi perindustrian bermula di eropah bla..bla..bla...(kening naik da masa ni....berkaitan kah????)

Kata saya: 

Penguasaan teknologi bukan bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris. Biarpun pada masa kini di Malaysia kebanyakan teknologi masih menggunakkan bahasa Inggeris lantaran buku-buku rujukan yang  menggunakan bahasa tersebut. Bagaimanapun, masalah ini merupakan ciptaan sendiri. Kita tidak berusaha memantapkan bahasa Malaysia dan menjadikan bahasa Malaysia merentas teknologi. Apa yang kita lakukan ibarat menyimpan yang lusuh, menjadikannya buruk dan akhirnya menjadi busuk. Begitulah hakikatnya,, apabila penguasaan bahasa Inggeris diutamakan atas sebab pemikiran konyol bahawa hanya bahasa Inggeris membawa kita kepada sains dan teknologi. Akhirnya bahasa Malaysia diabaikan, statik, tidak mengalami perubahan, tidak menerima penambahbaikan, tidak mencapai taraf yang tinggi dan sentiasa goyah  ibarat kain yang lusuh. Menunggu masa untuk buruk dan dibuang. 


Sedangkan bahasa Inggeris terus mendapat "layanan mesra lagi istimewa" tanpa ramai menyedari genarasi kini semakin buta bahasa rasmi. 


Orang Jepun menguasai teknologi bukan dengan menggunakan bahasa Inggeris. Negara lain di Eropah seperti German, Spanyol, Itali, Prancis, Sweden, semuanya menggunakan bahasa masing-masing. Britian yang menggunakan bahasa Inggeris tidak dapat menandingi German dalam teknologi pembuatan kereta. Samsung membangunkan teknologi dari awal hingga kini tidak bergantung dengan bahasa Inggeris. Malahan jelas sekali pemerintah, masyarakat waima pihak swasta di Korea begitu mengaggungkan bahasa Korea itu sendiri sehingga amat sukar ditemui papan tanda iklan menggunakan bahasa asing. Lagu KPop menjadi kegilaan bukan saja di Korea tetapi di mana jua ceruk bumi ini tanpa mengira bahasa itu difahami atau tidak. Akhirnya Wonder Girls turut mengungguli carta lagu hits di Amerika Syarikat. Negara jiran kita Pilipina telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama sejak sekian lama namun hakikatnya mereka masih jua di takuk lama. 


China merupakan negara yang kini boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Amerika Syarikat dan Jepun sebagai kuasa baru ekonomi dunia. Adakah kerana bahasa Inggeris? Tidak. Jangan silap buat perhitungan, mereka menjadikan bahasa mereka sendiri menguasai sains dan teknologi bukan sebaliknya. Lihat saja barangan dari negara China, penerangan produk biasanya dibuat dalam bahasa tempatan. Cuba imbau kembali bagaimana masyarakat Cina di negara ini mempertahankan agar dikekalkan SJK Cina dengan alasan kukuh ingin memelihara bahasa ibunda mereka agar terus mekar hingga ke generasi mendatang. 


Kita harus sedar, bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang dikatakan sangat sinonim dengan teknologi hanya satu stigma yang akhirnya hanya menjadikan bahasa Malaysia tidak bernilai. Akhirnya apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 hanya menjadi hiasan sahaja. Sepatutnya sebagai bahasa rasmi, bahasa ini harus diletakkan di tempat yang sewajarnya. Barulah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan status bangga menuturkannya.

Akhir kata saya:

Pelajarilah semua bahasa (selagi larat) namun jangan sesekali menanam stigma yang tidak betul dalam minda. Jika selalunya slogan "Malaysia boleh" kenapa pula bahasa Malaysia tidak boleh? Jangan kerana mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. 


Kita hilang identiti....ibarat rambut semua perang hakikatnya hidung masih kemek.

**********

Akhirnya.......lebih dari majoriti setuju....yang tidak setuju dan masih tidak berpuashati pastinya seorang dua pencadang yang berkobar-kobar tadi. Mereka tidak salah hanya "sistem" yang ada telah mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan mereka. Sebenarnya saya tidak fikir pun menang atau kalah, apa yang jauh lebih penting ialah sedikit kesedaran dalam minda mereka bahawa apapun bahasa, di mana pun kita berada, apa jua status kita,  siapa pun kita di mata orang lain, kita masih boleh berjaya dengan identiti diri sendiri.


you must should learn english properly......oopppsss!!!...Oh My English!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...