Pages

Thursday, August 1, 2013

Boss Vs Bossy


Ok..hari ini mahu cerita sikit tentang boss dan bossy...tiba2..^_^


***************

Sepanjang bekerja ni saya sudah bekerja dengan ramai boss. Biasanya saya melihat kualiti yang disenaraikan ini ada pada seorang ketua yang disegani. Kualiti ini biasanya menterjemahkan 'boss' tadi kepada seorang pemimpin atau leader. Untungnya saya selalu mendapat boss kategori ini.

BOSS

* Tegas dengan tugas tapi baik hati

* Baik hati bermaksud tidak menunjuk-nunjuk ego sebagai ketua.

* Apabila membuat arahan, biasanya arahan dapat dipatuhi dengan baik kerana cara membuat arahan sangat berhemah.

* Berpendirian sebab penuh pengetahuan. (bab ini paling saya respect...dan suka sebab saya mahu boss saya lebih pandai daripada saya...hahaha..kalau tidak, baik saya saja jadi boss..huhu)

* Dihormati bukan kerana jawatan tetapi kerana kreadibiliti yang dimiliki.



BOSSY

Bossy pula tidak semestinya seorang boss (ketua) tadi...ada juga yang suka berlagak seperti boss...huhuhu....tapi tidak dinafikan ada juga boss yang kategori boss yang bossy...hehehe.

* Suka mengarah...gara-gara mahu dilihat seperti boss.

* Minta di panggil kakak lah...puan lah....enciklah...tuanlah...huhuhu. Rasanya untuk menunjukkan bahawa dia senior dan perlu dihormati. (makcik boleh???)

* Selalu menyusahkan orang. Kadang undang-undang kata begini tapi dia buat sebaliknya dengan harapan...awak biar susahhhhh!!!!!! 

* Macam hebat...macam berpengetahuan tapi selalu kantoi!!! (Ini bab yang i memang tidak boleh berkompromi) 

***


Sejujurnya kita harus simpati dan sedih dengan tindakan orang-orang kategori ini kerana kita tahu usaha gigihnya untuk berlagak itu hanyalah sia-sia.  

Saya percaya bahawa di mana kedudukan pun kita berada ikutlah seperti resmi padi semakin berisi semakin tunduk...jangan jadi seperti ayam belum bertelurpun riuh sekampung.



happy reading....cheers!!!


p/s: untuk dihormati...menuntut proses memberi dan menerima...bukan jalan sehala.



2 comments:

Anonymous said...

"A leader is one who sees more than others see, who sees farther than others see, and who sees before others see."

"Lead and inspire people. Don't try to manage and manipulate people. Inventories can be managed but people must be led. "

"People ask the difference between a leader and a boss ...The leader leads, and the boss drives."

"The boss says, "Go!"; the leader says, "Let's go!". "

d.angel said...

wahhh...mcm pernah baca ni...hehe..apapun, dua2nya mmg berbeza...bossy tu sikap...tapi saja ja letak tajuk gitu....apapun siapa makan cili?? si monyet yang tidak dengar nasihat si kancil... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...