Perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Kudat perlu menempuh perjalanan sejauh 190 KM. Kudat sememangnya terkenal dengan Sempang Mengayau Tip of Borneo. Terletak di Utara pulau Borneo daerah kudat menjanjikan pantai yang bersih dan indah untuk dilawati. Bagaimanapun kali ini saya ( saya guna bahasa standard ok..ahaha..) tidak berkongsi tentang Sempang Mengayau tetapi membawa anda turut serta dalam perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam ini.
Pemandangan indah sawah padi di daerah Kota Belud, jika cuaca mengizinkan gunung Kinabalu
turut dapat dilihat dari sini.
jalan sepanjang Ulu Kukut agak teruk, saya difahamkan masalah timbul akibat pergerakan bawah tanah.
singgah sebentar di hentian rehat Ulu Kukut
terdapat taman herba di hentian ini
di sepanjang jalan banyak gerai yang menjual janggung bakar dan buah-buahan tempatan.
saya membeli jagung mentah sahaja kerana risau dengan kesan pembakaran jika membeli jagung bakar ^_^
Dataran tepi pantai ini terdapat gerai-gerai menjual makanan dan juga disediakan tempat permainan kanak-kanak. Bagi yang suka beriadah dataran ini amat sesuai sekali untuk dikunjungi. Selain anda juga boleh menikmati makanan laut di restoran nun di hujung sana (bangunan besar berbumbung merah)
Setelah 3 jam setengah perjalanan yang agak memenatkan, akhirnya sampailah ke daerah kudat (perjalanan boleh lebih singkat jika tidak berhenti). Apa yang menarik di sini? bakal diceritakan pada entri akan datang. Pasti antaranya melihat keindahan Sempang Mengayau yang terletak di antara pertembungan laut China Selatan dan Luat Sulu.
Memandangkan badan terasa letih mata juga terasa berat...akhirnya.....zzzzzzzzzz
10 comments:
belum pernah pg sana lagi.orang cakap tempat tu cantik..
Farah Faridah: ba ada jg kesempatan tu, datanglah...
Selamat datang! Waa, nda sempat lagi eh singgah tempat rehat Ulu Kukut tu. Sekarang maju sudah. Dulu pondok2 kayu biasa ja tu sana dengan tandasnya yang serba-serbi.
Janggung bakar? Hi3. Tu pun jarang juga termenyinggah beli. Sebab kadang tidur bila jalan jauh ni, oho.
Gambar kapal tu, mesti kawasan Esplanade Sidek kan, keh3..
d(^^,)
wahhhh...
gua lama x blik Kudat woohhh...
paling2 pn balik KM jakk hhehehe...
aq suka singgah di Jln Baru Kota Belud 2 yg ada gerai kaler oren yg di tepi sawah beli fishball+goreng pisang panas hahaha...
kalo d ulu kukut 2 x pernah singgah juz singgah di Kg mengaris beli LADA n Jagung Manis..
samizul.net: esplanade sedik! yess..itu nama yg tengah di cari...tq. :)
Izwan dE Omen: kudat sunyi tp best...nxt time akan dicari e2 gerai kaler oren....(mgkn e2 gerai yg bnyk keta berhenti kali)
ha ni satu hari msti nak smpai jugak..mesti!!!!!
Kudat.. my howetown!hihihi..
eda: mesti...rugi klau dtg sabah tdk round sabah.
Wency: yaaahhh...oww...best!
yup gerai 2 mmg byk kereta singgah...kalo kita dr kk gera on left...kalo dr kudat gerai on right hehehehe...duduk ana singgah smbil tgk pemandangan sawah....waktu ptg mmg best
Izwan dE Omen: nah sy tau sudah tu tmpt..nnti sy singgah..
Post a Comment