Pages

Wednesday, June 8, 2011

Resipi Hinava - Sempena Pesta Kaamatan



Hinava salah satu makanan tradisi kaum kadazandusun negeri Sabah. Rasanya memang sedap dan amat mudah disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Ikan tenggiri ataupun ikan bilis besar (ambil isi sahaja)
2. Bawang Merah (3-4 ulas dihiris halus)
3. Halia muda (dihiris halus)
4. Limau kasturi atau limau nipis (4-5 biji)
4. Cili padi
5. Garam secukup rasa

Cara-cara:
Isi ikan diasingkan daripada tulang kemudian dipotong-potong kecil. Siramkan air panas pada isi ikan atau bilis dan toskan. (jangan biar ikan terendam air panas) Ramai juga lebih gemar jika isi ikan tadi terus sahaja diperahkan limau setelah dicuci bersih. (tanpa menyiram air panas) Langkah di atas ikut kesukaan anda. Kemudian campurkan isi ikan/bilis tadi dengan bahan-bahan lain tadi iaitu bawang merah, halia, cili padi dan garam secukup rasa. 

Hhmmmm....selesai......



ehh, ada lagi.....hinava juga biasanya boleh dicampurkan dengan hirisan nipis sayur peria mentah....pahit??? oh..... tidak rasanya lebih sedap...

caranya...hiris nipis-nipis sayur peria mentah tadi kemudian rendam dan cuci dengan air garam. Lepas tu gaul sekali dalam resepi hinava tadi. 

Sedap tak sedap silalah cuba yaaaa.......





4 comments:

eda said...

eemmm mcm sedap aje bunyinya..tp blum penah mkn ni,msti kna cuba jugak..

Anonymous said...

suruhlah cikgi cikmek kita buatkan...mesti la sadap sabah bah !!!

d.angel said...

sorong papan guna kuku, lepas makan cakaplah tingkiuu... :-)

Anonymous said...

mcam chef sudah hehehe bah bila buli rasa ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...