Pages

Thursday, September 29, 2011

La..la Kerja


KERJA...merupakan sebahagian daripada kehidupan kita....hari-hari kerja, dengan berkerja hidup kita jadi berwarna-warni tidak kisahlah apapun kerja. Kadang bangun pagi bila memulakan hari baru kaler hijau keluar...blink..blink...bukan The Incredible Hulk muncul tapi mungkin copy paste energy hulk. Maksudnya bersemangatlah tu. Kadang juga kaler merah...ni..no..ni..no..macam siren ambulance, huh! masa ni mestilah perlukan oksigen segala, ibarat perlukan bantuan kecemasan. Masa-masa begini pasti semua orang pernah rasa, terutama time demam atau sakit. Kaler oren pula apa? kalau di traffic light, oren bukan untuk speed tau...biasanya masa ini mood tidak menentu, kadang sejuk, kadang panas, kadang suam-suam kuku. Bagaimanapun, ada juga segelintir orang yang mengaku hebat sentiasa, maksudnya pada tahap energy hulk tu la....boleh kah? Entahlah mungkin robot atau bakal PM. Selain tu, ada juga pula asyik-asyik sick leave, tiap-tiap minggu ada-ada saja, sakit matalah, sakit hidunglah, sakit keninglah...huhu. Bagi yang betul-betul tidak sihat silakan bercuti itu hak anda untuk berehat tapi bukan yang pur..pur...sakit.


Pendek kata berkerja memberikan pelbagai cabaran macam semua yang di atas tulah yang kadang menyeronokkan, kadang mematangkan, kadang juga mengecewakan. Apapun kita belajarlah mencintai kerjaya pilihan barulah lahir keikhlasan.  


Lagu La..la..Kerja oleh MUH ni dulu rasa lain macam jer....tapi lama-lama dengar sedap juga lagu ni, macam orang stress yang nyanyi tapi ada umpphh. Jom kita NYANYI..........

Entri ni fokus apa ya?...huhu...apa-apalah.... have a nice day.


Tuesday, September 20, 2011

Candylicious Kembalikan Nostalgia...



Hidup biar sedap....bunyinya sangat familiar kerana tagline ini digunakan dalam iklan selain turut juga digunakan oleh blog www.kujie2.com (suka baca entri dia ni). Oleh kerana semalam baru sahaja lahar gunung berapi meletus maka hari ini ada baiknya kita bercerita tentang sesuatu yang membuatkan hidup ini awet muda....hidup biar manis....semanis gula-gula dan coklat di Candylicious.


Candylicious merupakan sebuah syarikat yang membuka kedai gula-gula terbesar di dunia yang diilhamkan oleh Gill Capital (S) Pte Ltd. Menepati konsepnya "fantasy, enjoy and fun" Candylicious direka bentuk penuh imaginasi yang pastinya bakal mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak yang tidak dapat dilupakan. Menjual lebih 5,000 jenis gula-gula dan coklat dengan pelbagai warna menjadikannya syurga membeli-belah selain santapan mata golongan kanak-kanak mahupun dewasa.


Kesempatan berkunjung ke Resort World Sentosa Singapore baru-baru ini memberi peluang kaki ini menjejaki cawangan Candylicious yang menempatkan pokok gula-gula Lolipop terbesar di dunia. Menurut laman web rasmi Syarikat itu, Candylicious Resort World Sentosa Singapore merupakan kedai yang terbesar di Asia, semantara Dubai menempatkan kedai Candylicious yang terbesar di dunia.


 Gambar2 ini kurang terang kerana diambil menggunakan kamera hp setelah 
kamera sebenar kehabisan bateri...huhu.

penat... tapi tetap tidak lepaskan peluang bergambar berlatarkan pokok 
Lolipop terbesar ini 

 boleh rambang mata oww....tapi memandangkan SGD..hhmmm....


coklat ni tidak akan habis...bawalah balik...hehehe.


suka M&M gula-gula + coklat

Memang seronok dalam kedai Candylicious ini, hinggakan masa berlalu tidak akan anda sedari. Jika berkunjung ke sini ataupun Universal Studio Singapore jangan lupa singgah ke kedai yang penuh warna-warni ini (wahh...promosi) kerana banyak model gula-gula dan coklat pelbagai rupa menanti untuk diabadikan dalam kamera anda. Pada saya, kedai ini mengembalikan ingatan ke zaman comel-comel dulu, ketika saya tidak punya wang untuk memborong coklat kegemaran di kedai Apek, ketika merayu-rayu dibelikan gula-gula oleh PAMA....huhuhu......dan kini setelah dewasa saat kegilaan pada gula-gula semakin hilang (hanya masih pada coklat) kedai ini dapat memberikan terapi minda. 

P/s: Mahu mengetahui kebaikan makan coklat klik entri yang lepas di SINI


Monday, September 19, 2011

Surat Cinta Untuk Yang Berkenaan...



Amaran: Entri ini untuk bacaan mereka2 yang cukup umur sahaja.

Pernahkah anda berurusan menggunakan panggilan telefon yang dijawab oleh pompuan mesin? Kemudian pompuan tu pula bagi arahan....itu ini..itu ini....akhirnya tuuuut....mesin lagi...dan pegawai perkhidmatan pelanggan yang dinanti hampeh...hamprakkk.....Huh! pada saya ini merupakan antara benda-benda di muka bumi ini yang sangat menyakitkan hati. 

Siapa yang selalu buat perkhidmatan sebegini yang paling MEMUAKKAN? lagi MEMUALKAN jawabnya BANK! jawapan ke dua Perkhidmatan TELEKOMUNIKASI! ketiga, keempat berlambak lagi menunggu giliran...cuma malas mengingatkannya.

Kenapalah Syrikat-syarikat besar dan punya reputasi yang baik (Kononnya tu) menggunakan makcik mesin ni menjawab panggilan PELANGGAN yang memberi @ membayar RM kepada mereka? Tidakkah CEO atau Tun, Tan Sri, Datuk, yang empunya Syarikat ini FAHAM dengan istilah Customer service atau Helpline yang digunakan? Apalah guna pelanggan menelefon Talian Bantuan / Helpline kalau akhirnya tidak juga mendapat bantuan? Apalah gunannya meletakkan "Helpline" @ Khidmat Pelanggan kalau tidak jua dapat memberi khidmat?


Entri geram tahap gaban ini berikutan insiden ini:

Pagi tadi saja saya telah menghubungi talian Customer Service Public Bank sebanyak 20 kali tetapi tidak berhasil bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan (KPK) mereka. Meskipun menanti berminit-minit, akhirnya mesin memberitahu KPK mereka masih sibuk....sila tunggu sebentar lagi....dan pemberitahuan mereka sibuk itu berulang-ulang........tahi kucing punya perkhidmatan. Apakah kesibukan melampau tersebut? ataukah mereka tiada kakitangan yang bertugas? atau juga mereka ni kedekut nak mampus mengaji manusia sebenar? 

Tahun 2020 hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi, pejam celik, pejam celik dah sampai....mampukah kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju jika isu seperti ini pun gagal diatasi? Harap semua syarikat yang ada menyediakan perkhidmatan taraf sampah seperti ini menghentikannya segera. Tolongalah jangan menyusahkan hidup pelanggan anda!

P/s : Surat cinta memang tidak sesuai untuk bacaan kanak2 dan yg sewaktu dengannya.

Sunday, September 18, 2011

Layan mood cuti.....



Aritu plan untuk mengunjungi Resort World terutamanya Universal Studio Singapore sempena cuti hari Malaysia. Seminggu sebelum itu ginilah gaya 2 orang gadis kenit ni...gambar pra percutian....layan ja karenah dorang. 











akhirnya....Ara macam boring sudah....bergambar di dinding saja....huhuhu..

Baikkah sikap kita?


Errmmm...tengok gambar ni....apa yang anda nampak? bukannya gambar iklan wanita jelita belakang tu... tapi kerusi yang dijadikan tempat meletak beg oleh sesetengah manusia yang tidak prihatin dan bla..bla..bla..tu malas mau membuat persepsi tapi nilaikan saja sendiri....




Pelik juga, kata negara kita ni mempunyai nilai-nilai positif budaya timur yang konon dibangga-banggakan tu...sementara budaya barat pula dikatakan perosak @ penjaja budaya kita yang baik, yang cantik, yang molek dan bla..bla..tu. Hakikatnya tidak begitu, meskipun mana-mana tempat masing-masing punya kelemahan dan kelebihan namun tak perlu mengata budaya lain ialah perosak jika sikap segelintir masyarakat kita ni pun T_u_T. Malah budaya masyarakat barat yang dikeji tu sebenarnya jauh lebih baik...seorang teman pernah menceritakan pengalamannya ke Eropah beberapa tahun yang lepas, katanya semasa dia bersiar-siar di taman, dia melihat seorang tua yang membawa seekor anjing bersiar-siar memungut sesuatu menggunakan plastik di atas tahan. Apabila betul-betul diamati rupanya orang tua tadi memungut najis anjing yang dibawanya. Huh! sampai begitu sekali mereka prihatin terhadap kebersihan di tempat awam.  


Berbalik kepada sikap di atas, situasi ini banyak dilihat di mana-mana... di stesen bas, lapangan terbang, hospital, klinik, bank ataupun di pejabat-pejabat jika berurusan. Kasihan pada orang lain terpaksa berdiri gara-gara sikap orang yang seperti ini. Perlukah kerusi awam di tulis peringatan...."UNTUK TEMPAT DUDUK MANUSIA SAHAJA". Siap tulisan kaler merah macam ni....


p/s: yg pakai baju kaler purple tu my beloved sister....sian dia tidak dapat duduk gara2 sebaris kerusi belakang tu penuh dengan beg manusia-manusia yg tut...


Thursday, September 8, 2011

Mr. Bean Bakal Bersara



Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai MR. BEAN bakal bersara dari melakonkan watak sebagai Mr. Bean. hhmmm.....itulah berita yang baru aku dengar semalam. Siri lawak gila-gila en. kacang ini amat diminati ramai walaupun menonton siri yang sama berulang-ulang. 


Keputusan tersebut diambil oleh beliau apabila merasakan dirinya sudah terlalu tua dengan umur yang mencecah 56 tahun kini. Nampaknya kita bakal tidak lagi dihiburkan oleh watak lucu Mr. Bean ini pada masa akan datang. Apa yang pasti watak Mr.Bean tiada penggantinya kerana watak itu telah dicipta seperti acuan buat dirinya sahaja. 




5 Fakta Menarik (rasanya..lah..)

1. Nama sebenar Rowan  Sebastian Atkinson

2. Lahir pada 6 Januari 1955 (6 Januari....ehhmm...nampaknya kami serupa Capricorn)

3. Pernah sekelas dengan bekas Perdana Menteri Britian Tony Blair

4. Meminati kereta dan menjadi penulis untuk majalah Car dan Evo

5. Siri Mr. Bean ini laris dijual ke 245 negara di seluruh dunia.


mr.Bean dan isteri

p/s:  fakta di atas bukan untuk hafalan oleh adik-adik yang belum menduduki peperiksaan spm.... sila buka sejarah yerr dik.... 

Tuesday, September 6, 2011

Hari Yang Baru.....




Bye......cuti-cuti dalam rumah.........


Masa di habiskan di rumah memang best.....satu saja yang tidak best...masa ni lah
lemak2 terpelihara dan dibaja dengan subur sekali...huhuhu...



Helloo.....kerja...kerja...kerja.......


kalander pun belum tukar masih mood ogos.....tapi September ni memang semangat....
semangat masuk kerja...yehh..yehhh....



Hi.......cik Nuff........

Monday, September 5, 2011

Sebelum Raya.....



Sempena cuti raya dan cuti sekolah minggu lepas ingat bolehlah update blog ni selalu-selalu....tapi rupanya hanya angan kosong semata. Busy? tidak juga, hanya sempat beraya di rumah kawan-kawan rapat dan pastinya rumah my sister. 

Entri ini patut sebelum raya lagi tapi oleh kerana terperuk dalam oven lama sampai hangit makanya baru ni dapat dikeluarkan. Tengoklah gambar bawah ni hanggusssss terbakar....hehehe...



gambar ni diambil dalam kereta..semasa my sister berbuka...ala kadar hanya Dunkin Donuts...kesian my sister terlewat sangat2 berbuka gara2 ice blended yang kami beli terjatuh dan pecah berderai atas lantai...terpaksa gigit jari......pastu baru beli Mr.DD yang kureng sodap ni....huhuhu. Hairan bin ajaib Mr.DD yang pernah aku makan di Jakarta dan Bandung dulu tersangatlah sodap...sampai boleh menjilat jari jemari....hinggakan masa balik tu siap kami tapau yang ada jual di Airport Soekarno Hatta tu.....lagak sakai tidak pernah jumpa donat.



baju raya little Sara



ha yang ni kurung dia....



si kakak siap pakai terus...terus pose jadi model.



 inilah Sara kami panggil dia Ara, liat dipakaikan baju dia ni...tengoklah gaya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...