Monday, September 19, 2011

Surat Cinta Untuk Yang Berkenaan...



Amaran: Entri ini untuk bacaan mereka2 yang cukup umur sahaja.

Pernahkah anda berurusan menggunakan panggilan telefon yang dijawab oleh pompuan mesin? Kemudian pompuan tu pula bagi arahan....itu ini..itu ini....akhirnya tuuuut....mesin lagi...dan pegawai perkhidmatan pelanggan yang dinanti hampeh...hamprakkk.....Huh! pada saya ini merupakan antara benda-benda di muka bumi ini yang sangat menyakitkan hati. 

Siapa yang selalu buat perkhidmatan sebegini yang paling MEMUAKKAN? lagi MEMUALKAN jawabnya BANK! jawapan ke dua Perkhidmatan TELEKOMUNIKASI! ketiga, keempat berlambak lagi menunggu giliran...cuma malas mengingatkannya.

Kenapalah Syrikat-syarikat besar dan punya reputasi yang baik (Kononnya tu) menggunakan makcik mesin ni menjawab panggilan PELANGGAN yang memberi @ membayar RM kepada mereka? Tidakkah CEO atau Tun, Tan Sri, Datuk, yang empunya Syarikat ini FAHAM dengan istilah Customer service atau Helpline yang digunakan? Apalah guna pelanggan menelefon Talian Bantuan / Helpline kalau akhirnya tidak juga mendapat bantuan? Apalah gunannya meletakkan "Helpline" @ Khidmat Pelanggan kalau tidak jua dapat memberi khidmat?


Entri geram tahap gaban ini berikutan insiden ini:

Pagi tadi saja saya telah menghubungi talian Customer Service Public Bank sebanyak 20 kali tetapi tidak berhasil bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan (KPK) mereka. Meskipun menanti berminit-minit, akhirnya mesin memberitahu KPK mereka masih sibuk....sila tunggu sebentar lagi....dan pemberitahuan mereka sibuk itu berulang-ulang........tahi kucing punya perkhidmatan. Apakah kesibukan melampau tersebut? ataukah mereka tiada kakitangan yang bertugas? atau juga mereka ni kedekut nak mampus mengaji manusia sebenar? 

Tahun 2020 hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi, pejam celik, pejam celik dah sampai....mampukah kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju jika isu seperti ini pun gagal diatasi? Harap semua syarikat yang ada menyediakan perkhidmatan taraf sampah seperti ini menghentikannya segera. Tolongalah jangan menyusahkan hidup pelanggan anda!

P/s : Surat cinta memang tidak sesuai untuk bacaan kanak2 dan yg sewaktu dengannya.

4 comments:

Idea2Talk C: said...

Haha...jalan2 cini...semart la post miss angela..:)

Fadzmie Mohamad said...

Tidak pernah kena pula macam ni, sebab jarang berurusan dengan Public Bank. Setakat ni, sepanjang saya guna khidmat Maybank, teda masalah juga la kalau mau call KPK diorang. Tapi sebenarnya benda macam ni tida patut jadi, at the 1st place. Nda kan diorang letak satu ja KPK untuk handle beribu-ribu call, kan? Mau minta kena kirim surat 'cinta' kali ni tau.

Dorris Angel said...

Idea2Talk: tq sudi berkunjung....:)


Fadzmie Mohamad: Begitulah tu...klau tarik pelanggan bukan main lg....bila ada pelanggan sevis tidak jaga pla... :)

samizul.net said...

Aku palinggg suka ayat yang ni:

"Kenapalah Syrikat-syarikat besar dan punya reputasi yang baik (Kononnya tu) menggunakan makcik mesin ni menjawab panggilan PELANGGAN yang memberi @ membayar RM kepada mereka? Tidakkah CEO atau Tun, Tan Sri, Datuk, yang empunya Syarikat ini FAHAM dengan istilah Customer service atau Helpline yang digunakan? Apalah guna pelanggan menelefon Talian Bantuan / Helpline kalau akhirnya tidak juga mendapat bantuan? Apalah gunannya meletakkan "Helpline" @ Khidmat Pelanggan kalau tidak jua dapat memberi khidmat?"

Syukur Maybank yang aku setia selama ni masih memuaskan nafsuku ini.. Muahua3! XD

u/p: Sabar Doris.. Aku bantu kau promo ni ya.. Promo p FB, ehe.. d(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...