Pages

Thursday, March 29, 2012

Kimchi Vs Hyun Bin


Percaya atau tidak Kimchi merupakan hidangan wajib di meja makan masyarakat Korea pada setiap hidangan. Kimchi merupakan makanan fermentasi yang dibuat daripada sayur-sayuran segar. Biasanya sawi putih digunakan selain bayam dan lobak. Oleh kerana melewati masa fermentasi, kimchi merupakan makanan yang tahan lama. Dikatakan setiap keluarga terutamanya wanita mahir membuat kimchi. Biasanya sebelum menjelang musim sejuk suri rumah akan membuat kimchi untuk bekalan sepanjang musim dingin. Proses pengawetan juga boleh memakan masa bertahun lamanya. 





Kimchi disenaraikan sebagai salah satu dari 5 "makanan paling sihat" di dunia oleh Health Magazine. Kandungan seratnya yang tinggi namun rendah kalori sangat membantu proses pencernaan. Selain itu proses fermentasi menyebabkan terhasilnya bakteriosin yang diberi nama Lactobacillus kimchi merupakan bakteria baik dalam usus. 


Bagaimana rasanya? sukar digambarkan sebenarnya. Pertama kali mencuba mungkin hidangan ini tidak mesra di lidah anda. Dua tiga kali mencuba mungkin akan serasi bagaimanapun tidak kurang juga akan rasa muak. Mana tidaknya jika kimchi terus-terusan di depan mata tanpa mengira waktu pagi, petang, siang dan malam. Terkejut beruk juga bila sarapan pagi pun dihidangkan kimchi. Bagaimanapun melihat senarai panjang khasiat kimchi pasti anda tutup mata dan merelakan tekak menelan hidangan yang sangat popular ini sepopular drama Korea di kaca TV.


 kejayaan membuat kimchi di Kimchi School Seoul....yeeaahhh...
(bangga tu..psl bungkusan comel sikit dari orang sebelah....haha)


Pertanyaan: Antara Hyun Bin dan Kimchi siapa lebih terkenal? Kim Chi kot... ^_^


Fakta Menarik:


Masyarakat Korea rata-rata kurus dan sukar mencari warga Korea yang gemuk kecuali golongan yang sudah tua tetapi bukan kategori obes, pastinya faktor pemakanan (kimchi) antara punca utama. 


Kimchi disimpan dalam tempayan pada suhu yang sesuai bagi mengekalkan kelazatan dan kesegarannya. Pada musim panas tempayan ini direndam dalam perigi ataupun anak sungai. Manakala pada musim sejuk pula tempayan ditimbus di bawah tanah.


Kimchi dikaitkan dengan punca masyarakat Korea bebas dijangkiti H1N1 yang melanda seluruh dunia.


3 comments:

p[A]n[A]d[0]L© said...

perghhh..
mcm org tue, dari korea bha dia..
lupa aku mo kim salam ma abf hensomku, hyun bin..

hahahah

try la buat kak d umah, pastu nnt leh jgk aku rasa2.. :P

d.angel said...

Waahh.. gf Hyun Bin, tp sayangnya tidak jumpa pun hyun bin, recycle bin ja ada..hehe.

nnti kita buat sama arr.

Anonymous said...

hahaha "recycle bin buang" hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...