Saturday, March 31, 2012

4 Theme Park Kembalikan Nostalgia


Masa kecik-kecik dulu rasanya budak-budak kampung (macam saya) sangat-sangat kreatif mereka cipta segala macam permainan. Kalau team ramai main polis-polis, main selipar 3, main lompat getah, kalau dua tiga orang saja main batu seremban, main guli, main pondok-pondok pastu yang lebih agresif masuk hutan pasang jerat, mandi sungai dan pergi naik belakang kerbau bawa keliling-keliling....perasan naik kuda macam dalam filem cowboy. Nah ada kamurang rasa gitu? 

Itulah seronoknya jadi budak kampung, sekarang ni kalau tanya budak-budak dalam kelas masing-masing blur, yang dorang tau main game saja. Duduk di kampung pun zaman sekarang tv dan komputer juga dihadap. Itulah rugi juga budak-budak sekarang ni kurang dapat bermesra dengan alam. 

Kalau diimbau balik kenangan zaman kecik memang boleh senyum sorang-sorang. Bila sudah dewasa ni mau juga rasa keseronokan zaman kecik-kecik tu kan meskipun dalam versi yang lain. 

Nah ini dia pilihan yang ada, 4 taman tema yang pernah saya kunjungi. Sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia lama biarpun versi moden, yang penting semua permainan dibenarkan untuk orang dewasa...hehe.



- Pengalaman menonton 4D terbaik!!


Lotte World (Seoul)
- Taman tema indoor terbesar di dunia.(Guinness World Record)
Peningss tidak tau mau pilih..semua best..



Universal Studio (Singapore)
-Madagascar ride best gilerrr...must try. 
Paling best psl datang 11 orang macam rombongan cik Kiah meminang Shrek.



Disneyland (Kong Kong)
Biasa saja...mungkin sudah rasa lebih awal yang best-best...tp tetap teruja..^^


Apapun yang paling manang menang......goes to:

mestilah 


kerbau and  the Cowboy story. LOL


**********


p/s: Kalau Kundasang ada Theme Park mesti best kan.....


Thursday, March 29, 2012

Kimchi Vs Hyun Bin


Percaya atau tidak Kimchi merupakan hidangan wajib di meja makan masyarakat Korea pada setiap hidangan. Kimchi merupakan makanan fermentasi yang dibuat daripada sayur-sayuran segar. Biasanya sawi putih digunakan selain bayam dan lobak. Oleh kerana melewati masa fermentasi, kimchi merupakan makanan yang tahan lama. Dikatakan setiap keluarga terutamanya wanita mahir membuat kimchi. Biasanya sebelum menjelang musim sejuk suri rumah akan membuat kimchi untuk bekalan sepanjang musim dingin. Proses pengawetan juga boleh memakan masa bertahun lamanya. 





Kimchi disenaraikan sebagai salah satu dari 5 "makanan paling sihat" di dunia oleh Health Magazine. Kandungan seratnya yang tinggi namun rendah kalori sangat membantu proses pencernaan. Selain itu proses fermentasi menyebabkan terhasilnya bakteriosin yang diberi nama Lactobacillus kimchi merupakan bakteria baik dalam usus. 


Bagaimana rasanya? sukar digambarkan sebenarnya. Pertama kali mencuba mungkin hidangan ini tidak mesra di lidah anda. Dua tiga kali mencuba mungkin akan serasi bagaimanapun tidak kurang juga akan rasa muak. Mana tidaknya jika kimchi terus-terusan di depan mata tanpa mengira waktu pagi, petang, siang dan malam. Terkejut beruk juga bila sarapan pagi pun dihidangkan kimchi. Bagaimanapun melihat senarai panjang khasiat kimchi pasti anda tutup mata dan merelakan tekak menelan hidangan yang sangat popular ini sepopular drama Korea di kaca TV.


 kejayaan membuat kimchi di Kimchi School Seoul....yeeaahhh...
(bangga tu..psl bungkusan comel sikit dari orang sebelah....haha)


Pertanyaan: Antara Hyun Bin dan Kimchi siapa lebih terkenal? Kim Chi kot... ^_^


Fakta Menarik:


Masyarakat Korea rata-rata kurus dan sukar mencari warga Korea yang gemuk kecuali golongan yang sudah tua tetapi bukan kategori obes, pastinya faktor pemakanan (kimchi) antara punca utama. 


Kimchi disimpan dalam tempayan pada suhu yang sesuai bagi mengekalkan kelazatan dan kesegarannya. Pada musim panas tempayan ini direndam dalam perigi ataupun anak sungai. Manakala pada musim sejuk pula tempayan ditimbus di bawah tanah.


Kimchi dikaitkan dengan punca masyarakat Korea bebas dijangkiti H1N1 yang melanda seluruh dunia.


Monday, March 26, 2012

Bila Blog Bersawang dan Tumbuh Lalang


Salam untuk semua.......



Penjolok diperlukan di saat ini.....


penjolok itu perlulah merupakan 4 kerat kekuatan fizikal dan 

4 ketul kekuatan mental. (perlu highlight ni....)


mana mau cari tu??????


arrrgggghhhhhh......


wahai rakan-rakan blogger.........


pernahkah anda merasakannya??????? 
(bagilah sikit tips camna u all begitu tegar mengupdate blog)


huhuhuhuhu.....



ok   ok  ok..... sekarang i cari....dan buat temujanji...


rasanya yang ini.....kuat dan sihat....



MR.SPIDERMAN.....


Macho gitewww....dengan kekuatan fizikal pasti segala sawang bakal dimanfaatkan....






Pertemuan secara exclusive di bawah pohon taugeh...(terpaku jumpa mr.spider...perjanjian lupa ditandatangan)



harap blog ni belum tumbuh lalang macam belakang rumah jiran sebelah....(ooppssss maaf jiran)

bukan setakat ular, anaconda pun boleh hidup. 



entri warming up.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...