Tajuk bahasa Inggeris sila abaikan...sebab mau tulis bahasa Melayu, panjang pula... so. sob. sob...mau mula dari mana??...saya pun tidak tahu...cuma entri ini khas buat anak-anak didik yang dikasihi..
Dua minggu tidak mengajar seperti rutin
bertahun-tahun yang lalu, menggambit rasa mau masuk ke kelas. Begini
pula rasanya apabila kebiasaan ditinggalkan. Dua minggu sibuk dengan
rutin baru...buat fail mejalah, meetinglah, discussion, memantau,
laporan...dan macam-macam lagi...oohhh my new job!!! rasanya mau cari lampu Aladdin...biar keluar Jin dari lampu minyak ajaib....sambil berkata...yes madam, what do you wish of me? hohoho..mesti best punya.
Bagaimana sibukpun, saya tidak lupa satu
perkara....”my dearest students”. Setiap hari saya ingat
budak-budak ni, lebih-lebih lagi kelas exam yang saya tinggalkan.
Rasa bersalah pun ada, rasa terkilan pun ada, rasa tidak sedap
hati tinggalkan mereka yang masih perlukan bimbingan untuk
menghadapi PMR sebentar sahaja lagi.
Hanya seperkara buat saya sedikit
lega....saya tidak tinggalkan mereka dengan minda yang kosong. Buat
kelas 3 Perdana, banyak juga ilmu yang telah diturunkan. Cuma sedikit
terkilan, hanya masa tidak banyak untuk menguji tahap kefahaman
kalian terhadap ilmu yang beri. Tapi saya percaya dengan 'kail' yang
telah dibekalkan...kebijaksanaan bakal merentas lautan luas.
Sebab itu, saya hanya target 'A' untuk mereka...bukan kerana saya
mendabik dada bahawa saya yang “terbaik”...tidak! saya juga
banyak kekurangan....saya juga masih belajar...tapi atas fakta bahawa
“mereka” adalah lubuk permata, kilaunya terserlah saat ia
digilap. Oleh itu wahai anak-anak sekalian, ingat janji kita di bawah pohon taugeh... ^_^
berpakat buat "kejutan" ^_^ tapi..dari jauh sudah nampak...huhu
kumpulan yang memenangi pertandingan permainan "sampaikan pesanan"
ada macam anak beranak???...eerrrmm..adik beradik??? jeng..jeng..jeng..
3 Perdana
Kerinduan untuk masuk ke kelas, banyak
dipengaruhi oleh kalian. Disaat saya marah...mereka diam tidak
berkata, tiada dendam pada wajah mereka, di saat berkongsi cerita
sedih...mereka turut sedih, di saat ketawa, kami ketawa
bersama. Itulah saat-saat yang paling berharga bersama pelajar. Nilai
wang tidak mungkin dapat membeli pengalaman itu.
Kelas 3 Wira, 3 Putra, 4 Persona...meskipun bukan m/p peperiksaan dan seperti biasa kurang unsur paksaan sepanjang proses PdP namun saya gembira berkongsi cerita dengan kalian. Kelas 3 Kenari, biarpun 4 kali sahaja kita bersua namun anda semua telah menunjukkan perubahan positif, teruslah pupuk minat untuk belajar. Sesungguhnya lautan ilmu itu milik semua dan untuk sesiapa sahaja yang dahagakannya.
3 Wira
seronok dapat dengar mereka menyanyi
Apapun, saya turut belajar sesuatu daripada anak-anak didik saya selama ini. Kalau saya kata saya guru mereka...sebenarnya mereka juga guru kepada saya...saya belajar bahawa kepelbagaian ragam manusia memang sukar difahami, bagaimanapun.....seperkara harus kita sedari bahawa apapun kedudukannya semua manusia ingin dihargai.
terharu sangat..
Terima Kasih....Sayang anda semua...ini hanya perpisahan sementara kerana ikatan yang terjalin pasti sampai bila-bila....happy reading!!! cheers!!
p/s: maaf tidak semua gambar dapat diupload...mungkin pada entri akan datang.
4 comments:
plesiran..
cerita ceritu suka duka ank2 riang tidak akan terpadam sampai bila2....
Cikgu! Jangan lupa datang ke majlis restu PMR kami nanti ya! Sayang cikgu! <3
-Sue
Ruby: haha...ya. sy rindu dorg sda ni.
Sue: Ya..ckgu mmg mau dtg, harap dpt datang nanti...love u dear.
Post a Comment