Jika mahukan kejayaan, perlu mengusahakannya secara mendalam bukan melebar. Itulah kata-kata seorang ahli motivasi yang juga berjaya dalam salah satu cabang perniagaan. Semasa membaca buku beliau yang bertajuk "Gagal Bukan Pilihan", Dr. Azman Ching meletakkan faktor ini sebagai faktor ke-5 yang menyumbang kejayaan ataupun kegagalan seseorang.
Beliau mengumpamakan perkara ini seperti mengali perigi atau kolam untuk mendapatkan air. Jika terus-terusan mengali secara melebar, punca air pasti tidak dapat ditemui. Bagaimanapun jika mengali secara mendalam, sampai ketikanya punca air pasti ditemui jua.
Contohnya mudah sahaja, usahawan paling kaya Bill Gates sepanjang hidupnya, beliau hanya mengusahakan "software". Orang lain buat komputer dia mengusahakan perisian untuk komputer. Bill Gates tidak melompat mengusahakan pelancongan, pembinaan atau lain-lain. Hakikatnya dari dulu hingga kini beliau "mendalam" - hanya mengusahakan "software dan yang sewaktu dengannya. Begitu juga Kolonel Sanders (siapa tak kenal pakcik rambut putih duduk atau berdiri depan restoran KFC tu.....kan.kan.kan) sejak mula hingga kematiannya beliau mengusahakan restoran ayam goreng.
ha kan da cakap...pakcik ni lah... |
Jika dihitung, ramai lagi contoh yang dapat diberikan. Honda mengusahakan kenderaan, Matsushita mengusahakan eletrik dan elektronik, Tamin mengusahakan kicap, (tetiba kicap...heheh) Stephen King menulis novel seram dari dulu hingga kini. Senarainya berterusan dan anda menyaksikan mereka menghasilkan satu usaha sahaja sepanjang hidup mereka dan hasilnya tentulah KEJAYAAN!
Alasannya:
- Makin pakar, makin berilmu. Kepakaran mendatangkan keuntungan.
- Fokus. Tumpuan tidak berbelah bagi.
- Sentiasa bermotivasi apabila melalui kejayaan-kejayaan kecil.
Aku kaitkan hal ini dengan dunia blog yang baru sebulan aku lalui. Sesiapa sahaja di antara kita pasti teruja dengan kejayaan blogger-blogger hebat lagi laris di pasaran seperti Red Mummy, Ben Ashaari, Beautiful Nara, Hanis Zalikha dan ramai lagi lah. Pastilah mereka ini bukannya meletup dari perut bumi terus terkenal dan berjaya. RedMummy dalam pendedahan rahsia kejayaannya menyebut hanya setelah 2 TAHUN....2 tahun.......weeiii barulah usahanya menunjukkan hasil. Tentulah mereka ini belajar dan terus belajar dari sekecil-kecil perkara.
Jadi apapun bidang yang diceburi tulisan Dr. Azman Ching ini mengajar kita agar bertahan dan terus belajar (mendalami bidang yang diceburi) atau kata lain jangan "banyak Punggung".
"Meletup dari perut bumi" merupakan statement yang aku suka....^_^... untuk menyedarkan pelajar aku tentang pentingnya USAHA...(atas niat baik....ok)...klau ada sakit hati, ambil plaster tampal sendiri.
3 comments:
Bgaus2, aku dapat input motivasi yang menarik.. Sudah +1 atas tu, ehe3.. d(^^,)
samizul.net: tingkiuu :)
restore the lost spirit! all things necessary patience and learn ..
When just learning something new should we empty the mind and remove the ego so that we can be taught quickly.(betul mehh!!!)hehehe
Post a Comment