Pages

Tuesday, September 20, 2011

Candylicious Kembalikan Nostalgia...



Hidup biar sedap....bunyinya sangat familiar kerana tagline ini digunakan dalam iklan selain turut juga digunakan oleh blog www.kujie2.com (suka baca entri dia ni). Oleh kerana semalam baru sahaja lahar gunung berapi meletus maka hari ini ada baiknya kita bercerita tentang sesuatu yang membuatkan hidup ini awet muda....hidup biar manis....semanis gula-gula dan coklat di Candylicious.


Candylicious merupakan sebuah syarikat yang membuka kedai gula-gula terbesar di dunia yang diilhamkan oleh Gill Capital (S) Pte Ltd. Menepati konsepnya "fantasy, enjoy and fun" Candylicious direka bentuk penuh imaginasi yang pastinya bakal mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak yang tidak dapat dilupakan. Menjual lebih 5,000 jenis gula-gula dan coklat dengan pelbagai warna menjadikannya syurga membeli-belah selain santapan mata golongan kanak-kanak mahupun dewasa.


Kesempatan berkunjung ke Resort World Sentosa Singapore baru-baru ini memberi peluang kaki ini menjejaki cawangan Candylicious yang menempatkan pokok gula-gula Lolipop terbesar di dunia. Menurut laman web rasmi Syarikat itu, Candylicious Resort World Sentosa Singapore merupakan kedai yang terbesar di Asia, semantara Dubai menempatkan kedai Candylicious yang terbesar di dunia.


 Gambar2 ini kurang terang kerana diambil menggunakan kamera hp setelah 
kamera sebenar kehabisan bateri...huhu.

penat... tapi tetap tidak lepaskan peluang bergambar berlatarkan pokok 
Lolipop terbesar ini 

 boleh rambang mata oww....tapi memandangkan SGD..hhmmm....


coklat ni tidak akan habis...bawalah balik...hehehe.


suka M&M gula-gula + coklat

Memang seronok dalam kedai Candylicious ini, hinggakan masa berlalu tidak akan anda sedari. Jika berkunjung ke sini ataupun Universal Studio Singapore jangan lupa singgah ke kedai yang penuh warna-warni ini (wahh...promosi) kerana banyak model gula-gula dan coklat pelbagai rupa menanti untuk diabadikan dalam kamera anda. Pada saya, kedai ini mengembalikan ingatan ke zaman comel-comel dulu, ketika saya tidak punya wang untuk memborong coklat kegemaran di kedai Apek, ketika merayu-rayu dibelikan gula-gula oleh PAMA....huhuhu......dan kini setelah dewasa saat kegilaan pada gula-gula semakin hilang (hanya masih pada coklat) kedai ini dapat memberikan terapi minda. 

P/s: Mahu mengetahui kebaikan makan coklat klik entri yang lepas di SINI


2 comments:

Cinoi Lavigne said...

Wuii siuknyaa yg lollipop bulat2 kalerful begantungan d atas tu. bole buat deco time bday oh gitu. tp susah mau cari gitu kan yg besar2 d kk ni

Unknown said...

Aku memang nda kanal eh jenama ni.. Paling2, m m tu, hua3.. Mantap eh kau melancong p Singapura, ehe.. d(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...