Pages

Thursday, September 8, 2011

Mr. Bean Bakal Bersara



Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai MR. BEAN bakal bersara dari melakonkan watak sebagai Mr. Bean. hhmmm.....itulah berita yang baru aku dengar semalam. Siri lawak gila-gila en. kacang ini amat diminati ramai walaupun menonton siri yang sama berulang-ulang. 


Keputusan tersebut diambil oleh beliau apabila merasakan dirinya sudah terlalu tua dengan umur yang mencecah 56 tahun kini. Nampaknya kita bakal tidak lagi dihiburkan oleh watak lucu Mr. Bean ini pada masa akan datang. Apa yang pasti watak Mr.Bean tiada penggantinya kerana watak itu telah dicipta seperti acuan buat dirinya sahaja. 




5 Fakta Menarik (rasanya..lah..)

1. Nama sebenar Rowan  Sebastian Atkinson

2. Lahir pada 6 Januari 1955 (6 Januari....ehhmm...nampaknya kami serupa Capricorn)

3. Pernah sekelas dengan bekas Perdana Menteri Britian Tony Blair

4. Meminati kereta dan menjadi penulis untuk majalah Car dan Evo

5. Siri Mr. Bean ini laris dijual ke 245 negara di seluruh dunia.


mr.Bean dan isteri

p/s:  fakta di atas bukan untuk hafalan oleh adik-adik yang belum menduduki peperiksaan spm.... sila buka sejarah yerr dik.... 

2 comments:

KhairulZamanKhobin said...

xpe.... yang pergi bakal berganti.. mana tau kot depan2 ni ada lagi pewaris mr. bean... ehe

Cikgumanstation (latest): Kesalahan Yang Dikesan Dalam Filem Pirates of the Caribbean 4

Unknown said...

Apa saudara kacang? Nah itulah penggantinya, ehe3..

u/p: Aku bukannya peminat setia Mr. Bean ni tapi kalau berpeluang aku memang akan layan semua filemnya, ehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...