Pages

Wednesday, August 22, 2012

Haru Biru di Kota Shenzen

Ini entri tahun lepas...sepatutnya ^_^ namun oleh kerana lama ter'jeruk dalam 'draft' lantaran faktor lupaan... kesibukan...pekerjaan...dan pelbagai ..an...cuma bukan alasan. Rupanya dalam diam tak diam (jika umur panjang) sekali lagi saya bakal terbang ke negara Puteri Hang Li Po itu. Kali ini misi menjejaki Miss World 2012....ahaks...perasan urusan penting...tapi sebelum itu....

********

Ini ialah Luoho Commercial City (LCC) yang terletak hanya bersebelahan dengan Railways Station Luaho (Lu wo) iaitu sempadan imigresen HK-Shenzen. Khabarnya LCC sangat terkenal sebagai pusat membeli belah dengan pelbagai pilihan. Tentunya itu antara perangsang kenapa ramai pengunjung ingin ke sana.




Berbekalkan sedikit maklumat dari Lily dan internet kami berlima beranikan diri meredah malam Shenzen yang bermandikan cahaya neon. Menaiki teksi dari hotel dengan tambang RMB10 lebih kurang RM5. Setiba di LCC, pintu teksi kami dibuka seseorang, awalnya saya fikir pekerja LCC, namun selesai kami semua turun orang itu menghulurkan tangan meminta wang, dalam kebingungan my brother in-law menghulur beberapa RMB mungkin juga baki membayar teksi. Rupanya insiden itu diperhatikan oleh yang lain yang berada di situ, sepantas kilat juga seorang lagi pengemis datang kepada kami, melihat keadaan tersebut kami mempercepatkan langkah, namun semakin cepat kami berjalan semakin laju pula dia mengejar. Haru biru sekejap kerana kami belum tahu ke mana arah perlu dituju. Mujur saja setelah kami tiba di tempat yang lebih ramai pengunjung, 'si pengemis' menghilang. Cuma debaran di dada Tuhan saja yang tahu...cis!!


Dalam kekalutan mencari entrance LLC, kami cuba bertanya dengan beberapa orang awam di situ, sayang mereka tidak banyak membantu kerana kebanyakan mereka tidak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sehinggalah kami bertemu dengan seorang lelaki yang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan agak baik. Bagaimanapun tujuan bertanya arah tadi, telah lain jadinya. Lelaki itu memujuk kami untuk mengunjungi kedainya yang menurutnya hanya terletak di ground floor yang tidak jauh dari situ. Bagaimanapun, pengalaman pertama tadi sudah membuatkan minda kami sentiasa dalam keadaan was-was, ini menyebabkan kami bertindak cepat meninggalkan lelaki itu. Mujur dia tidak pula mengejar kami seperti pengemis tadi.


macam-macam ada....

Akhirnya kami menemui entrance LCC. Masuk-masuk saja terkejut beruk juga melihat harga barang yang dipamerkan di situ. Bayangkan sehelai kemeja T dengan harga 3 angka. Boleh dikatakan kebanyakan barangan diletakkan harga tinggi, mungkin itu sebabnya di sini boleh tawar menawar harga sehingga  50%-60%. Bagaimanapun melihat cara mereka berurusniaga memang menyeramkan. Bayangkan jika bertanya sahaja jurujual akan terus-terusan memaksa untuk membeli. Malahan gadis-gadis jurujual di situ tanpa segan silu bakal menarik tangan pengunjung untuk masuk ke dalam kedai walaupun sekadar berhenti di luar kedai. 


Tidak suka dengan situasi itu saya pulang tanpa membeli apa-apa. Saya hanya membeli di Dongmen seperti yang saya ceritakan pada entri lepas. Kenapa Dongmen? klik SINI.


lokasi lelaki yang menawarkan teksi dengan charge RMB50 sekitar RM25


Semasa mencari teksi untuk balik ke hotel, kami didatangi oleh seorang lelaki yang cuba menawarkan perkhidmatan teksi dengan harga RMB50. Memang GILA!!!...mujur semasa dari hotel tadi kami sudah tahu jika harga teksi hanya sekitar RMB10. Andai saja tidak tahu sudah pasti menjadi mangsa. Akhirnya kami mengambil teksi dari tempat mula-mula diturunkan tadi. Di situ terlalu ramai orang yang berbaris menunggu perkhidmatan teksi dan di situ jugalah 'lubuk' pengemis dalam pelbagai rupa menunggu malahan berbaring di line Q meminta sedekah. Sesak nafas seketika dalam situasi itu, lebih-lebih lagi sempat pula kasut saya disentuh oleh seorang pengemis. Wahhh memang terlebih sudah.... hampir saja dia kena kungfu panda. ^_^


Meskipun kepesatan pertumbuhan bandaraya Shenzen ini mengagumkan namun dari aspek kemanusiaan  sedikit mengecewakan. Mungkin tidak adil untuk membuat penilaian sebegitu rupa dalam lawatan yang singkat ini bagaimanapun saya membuat konklusi bahawa Shenzen bukan untuk orang yang buta bahasa mandrin seperti saya. (tapi tetep tidak insaf juga)

*******
Fakta Menarik:

1. Niat nak shopping sakan? lupakan saja jika tak tahan tukul.

2. Masuk tandas kena Q. Bayangkan rakyat China ni berapa ramai...huhu.

3. Jangan berangan nak buka Facebook, di China Facebook dan twitter diharamkan.

4. Wang kecik (syiling) terdapat juga dalam bentuk wang kertas, jangan keliru. contohnya RMB 0.5 boleh keliru dengan RMB 5.

5. Penipuan sini sana....be aware!

2 comments:

Unknown said...

knapa di china dharamkan fb?takutnya saya

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...