Gambar ini muncul dalam Facebook ketika perlawanan akhir Persorangan Badminton Olympic London 2012 antara Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan.
Eh.eh, sudah tentu 28 juta rakyat Malaysia bersatu hati mahu "Share" gambar ni. Jika ada yang mau "Like" pastikan tukar dulu kewarganegaraan.
Kalaulah perlawanan tersebut ditentukan oleh jumlah orang yang "like" dan "Share" dalam Facebook, agak-agak kita boleh menangkah? (soalan tak seberapa nak pandai) juta2 lemon tu rakyat.
Malaysia
Pasti
BOLEH!!!!!
kerana 1,339,724,852 juta rakyat China tidak berpeluang pun untuk 'nampak' gambar ini apatah lagi untuk "Like" kerana Kerajaan China mengharamkan penggunaan Facebook dan Twitter di negara itu. Yeeeaahh.......kita menang.
********
Apapun sejarah sudah terlakar, akhirnya kita akur bahawa masih banyak yang perlu dilakukan demi pembangunan sukan di negara ini. Semoga kita bakal melahirkan lebih ramai ahli sukan sekental semangat juang Dato Lee Chong Wei.
Bukan sekadar generasi yang "angau" dengan dunia facebook yang sentiasa update dengan gambar-gambar seksi, status-status palsu, tagging-tagging, liking-liking, poking-poking....segalanya.
Aik!!! macam pernah dengar lirik....hahaha.
p/s: DLCW selesai perlawanan terus tweet kepada 28 juta rakyat Malaysia dengan 2 kata 'i'm sorry' ........eh, macam Amir Raja Lawak pula.
i tolong jawab wakil 28 juta Malaysian: tidak mengapa Dato, we r proud of you.
Lin Dan....... ko ada????? hehehehehehe...
Entri Lepas: Pause Game Chong Wei - Lin Dan
No comments:
Post a Comment