Pages

Thursday, December 29, 2011

Jejaki Shenzen Kota Muda Yang Modern


Hello semua....

Setelah beberapa post yang lepas baru sekarang dapat sambung entri percutian Hong Kong-Shenzen hari tu. Oleh kerana entri ini ala-ala marathon makanya agak sukar disiapkan...adusss.


Baik....aritu cerita tentang perjalanan ke station Lo Wu kan....hanya lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki MTR, kami sampai di Station Lo Wu iaitu station terakhir HK sebelum melewati imigresen China bagi mamasuki wilayah Shenzen. Bagi yang ketinggalan entri lepas, sudi-sudi klik SINI


Bagi memasuki Shenzen, visa diperlukan jadi ada dua option samada memohon lebih awal (semasa di Malaysia) atau boleh juga memohon terus di sempadan Lo Wu ini. Apa yang diperlukan hanyalah kesabaran untuk menunggu proses tersebut yang mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 1 jam. Cuma  aritu semua diuruskan oleh Chris. Alang-alang bayar dia kan, biarlah dia ke hulu ke hilir, kami jadi aksesori saja la.... ehehehe...dalam setengah jam semua proses selesai. Info penting kepada yang bercadang ke Shenzen ini jika datang berlima seperti kami sila bergembira kerana boleh mendapatkan Visa dengan PERCUMA. Blink blink mata i bila dengar FREE masa tanya travel agency aritu. Iya la ada agen giler punya charge sampai RM70-90. Kalau duk KL orait la memang senang urusan sendiri boleh buat. Kalau tidak silap...visa free untuk pemohon 3 orang ke atas. (Kalau ada info pasal Visa yang baik punya sila share ya..please.)


Lepas saja urusan imigresen selesai, tiba masanya kiorang babai dengan Chris kerana bakal bertemu pula dengan seorang liang moi bernama Lily tour guide sepanjang di Shenzen. Ini bermakna kami juga harus mengucapkan selamat jalan kepada kawan-kawan Indonesian yang bakal ke Guangzhou. Lily tidak berbahasa Indonesia tetapi fasih berbahasa Inggeris. Perjalanan menerokai bandaraya Shenzen pun bermula bersama bunga Lily.


Shenzen kota muda yang moden




Menurut Lily bandaraya Metropolitan Shenzen yang gah berdiri ini sebenarnya hanyalah sebuah bandar muda yang baru dibangunkan iaitu dalam tempoh lebih kurang 32 tahun sahaja. Melihat kepesatan pembangunan Shenzen bagaikan tidak percaya jika 30 tahun sebelum ini Shenzen hanyalah sebuah perkampungan kecil nelayan. Kota muda ini bukan sekadar mencatat pertumbuhan paling pesat di China tetapi juga di dunia. Salah satu sebab ialah lokasinya yang berjiran dengan Hong Kong iaitu pusat bisnes tersibuk di Asia bahkan di dunia. Bagaimanapun itu lah China, sebuah negara komunis yang kini menjadi gergasi ekonomi dunia. Bagaimanapun fakta 32 tahun itu memang sangat mengagumkan. 
  

Dongmen sentiasa penuh sesak dengan pengunjung


Ramai yang mengatakan bahawa Luaho sempadan HK-Shenzen merupakan syurga membeli belah. Memang benar jika pilihan barangan yang dimaksudkan. Sebut apa saja, semua ada dengan harga yang pastinya murah jika anda pandai berurusniaga, maksudnya bargain bargain dan bargain tetapi bagi saya itu bermakna tension tension dan tension. Sikap peniaga mereka yang tidak ramah dan suka memaksa membuatkan anda bukan saja tidak selesa malahan rasa seram. Oleh itu saya fikir Dongmen sedikit lebih baik berbanding Luaho. Bagaimanapun di sini masih perlu tawar menawar harga dari 50% hingga 70%...sehingga peniaga bersetuju...eerrmm...kalau jenis tahan tukul okay lah. Bagaimanapun terdapat juga shopping complex yang punya kelas dan tentunya menawarkan harga tetap. 



Agenda shopping ini tidak termasuk dalam schedule yang dibuat oleh agency oleh itu kami terpaksa membayar extra untuk SHOPPING ini....gileeerrrr kan. Nah nasihat berguna kepada sesiapa yang bakal datang ke Shenzen sila peruntukan masa sekurang-kurangnya 2 hari untuk aktiviti "menghabiskan duit poket" kalau shopping adalah agenda.


Sangat ramai pengunjung....menjelaskan betapa ramainya penduduk mereka.


Sebelah petang sekitar jam 3 petang kami dibawa melawat Shenzen Splendid of China iaitu terletaknya replika binaan mahupun mercu tanda yang sangat terkenal di negara China. Replika ini dibina dengan penuh ketelitian sehingga menyerupai binaan asal. Tempat ini juga dikenali sebagai Miniature Scenery Park dan berada di sini sepertinya kita bertukar menjadi raksaksa sekejap.




Sebenarnya inilah muka-muka penat gilerrr baru habis shopping dan terus pula ke sini, apapun masing-masing tetap posssiiingggg...ahakkss. 






Meskipun "Miniature" tapi keluasan taman ini tidak mini okayyy....jadi untuk round tempat ni dengan lebih 80 jenis repika haruslah bijaksana dan bijaksini kerana jika datang seperti kami dalam jam 3 petang untuk pusing keliling taman ini boleh tercabut lutut dibuatnya. Maka pilihan yang ada ialah menaiki benda alah di atas tu ataupun kereta kuda.



Ini antara yang dapat disaksikan:



Miniature The Great Wall




beli souvenir adalah kewajipan....^_^




terdapat banyak show


Topeng opera



The Sisters.....



Terlebihhhh sudah....


Selepas seharian berjalan dan segala lutut mula longgar, akhirnya kami balik ke Hotel...rehat...yeeaahhh!! 

Hotel Shanshui, ramai pelancong Malaysia menginap di sini.


Orait ada cerita menarik bakal dikongsikan pada entri akan datang. Clues...ahakss main clue segala....ok tentang "penipuan" dan ragam manusia yang kami temui di sini. Yang penting be alert, beware dan pastikan selalu ada tanda merah klip klip iaitu emergency minded jika tidak mahu menjadi mangsa.


Entri berkaitan Haru Biru di Kota Shenzen

1 comment:

NONG @ Zubaidah said...

mau cenderahati dari Hong Kong... mau...mau...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...