Pages

Sunday, August 14, 2011

Pause Game: Chong Wei - Lin Dan


Menonton perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan membuatkan sesiapa sahaja tidak bakal duduk diam.....aku bagaikan ingin menekan butang (=) pause saja semasa game tersebut berlangsung....huhuhu.... kalaulah boleh tekan PAUSE saat-saat kedudukan genting set ke-3, 21-22 Chong Wei - Lin Dan...tapi apakan daya itulah realiti bukan game di alam maya.


Malaysia hampa sekali lagi

Cabaran yang digalas Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wembley 2011 sememangnya bukan mudah. Akhirnya Chong Wei tewas di tangan Lin Dan meskipun pada awalnya telah memenangi set pertama 22-20. Sayang sekali Chong Wei telah membuka peluang kepada Lin Dan pada set ke-2 dengan kesilapan demi kesilapan. Bagaimanapun ucapan tahniah perlu juga diberikan kepada Chong Wei kerana telah menunjukkan usaha dan semangat yang kental pada set ke-3 meskipun nasib tidak menyebelahinya. 

Entri Berkaitan: Dato Lee Chong Wei Facebook dan Twitter






2 comments:

Fadzmie said...

Terus kecewa berturut-turut bah saya semalam. Mula-mula tengok Chong Wei kalah (tida pa. ada next chance jga. ;) ), lepas tu tengok game EPL Chelsea (seri lawan Stoke). Haiya.

d.angel said...

adui...kekecawaan berganda tu. nasib saya kecewa sekali ja...hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...