Thursday, November 22, 2012

Exam Oh Exam


Tips: Untuk Sekalian Alam...Jangan ambil alih tugas pemeriksa...

Sempena Bulan Peperiksaan...


Ramai pelajar yang suka bertanya jawapan pada guru sejurus sahaja menjawab kertas peperiksaan. Kalau tidak pun bertanya pada guru mungkin membincangkan jawapan dengan kawan-kawan....hah!!..betul kan? (pengakuan ikhlas.. saya dulu-dulu pun sama..huhuhu) tapi sesungguhnya kita perlu belajar daripada kesilapan.

kenapa tidak perlu perlu??? ingin tahu memanglah bagus, tapi pada keadaan tertentu seperti situasi di atas..elakkanlah... kerana:

1. Jika anda mendapati bahawa jawapan anda banyak yang betul mungkin satu motivasi tetapi jika sebaliknya anda hanya akan kecewa, tertekan dan mungkin hilang keyakinan.

2. Daripada membuang masa mencari jawapan yang betul atau tidak...lebih baik masa yang tersisa anda gunakan untuk berehat bagi mengurangkan tekanan atau mengulangkaji mana yang patut.

3. Kerana... apa yang telah anda jawab tidak mungkin dapat diubah. Kesilapan hanya akan jadi pengajaran.

Moralnya....apabila menduduki peperiksaan laksanakan tugas anda untuk menjawab sebaiknya....jangan ambil alih tugas pemeriksa....biarkan pemeriksa menjalankan tugasnya....cheers!!



p/s: bagaimanapun....sekiranya peperiksaan yang diambil hanya peperiksaan di peringkat sekolah....dan anda ingin mengetahui jawapan, berbincanglah selepas semua kertas peperiksaan selesai...tetapi untuk UPSR/PMR/SPM biarkan saja. 




2 comments:

Suhannah said...

Seeloknya, janganlah bincangkan jawapan anda dengan rakan2 selepas habis waktu peperiksaan kerana boleh membuatkan anda rasa tertekan jika mendapati jawapan anda salah. :)

Mr.R said...

Betul juga tu cikgu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...