Entri lepas di SINI ada menyebut nama ini....SOICHIRO HONDA...
Sebut Soichiro siapa yang agak-agak mengenalinya? Hmmm.....mungkin anda akan kata "tak kenal pun"... mungkinkah adik beradik Nobita?, Gaint? atau Shizuka? antara watak yang mewarnai dunia kanak-kanak kita dengan nama-nama Jepun. Bagaimanapun sebut Honda pasti ramai yang tahu....paling tidak mesti di minda terbayang kereta ataupun motorsikal Honda. Hhmm....betullah tu. Satu hari tu, kunjungan ke Pusat Sumber Sekolah menemukan kami berdua....bertemu, dating dan terus jatuh cinta. Wah...semudah A B C.
Mengenali riwayat Soichiro Honda memang amat menggagumkan. Bukan anak kepada tauke balak, tauke tayar atau tauke kereta, cuma anak orang miskin yang ayahnya tukang baiki basikal buruk. Tidak memiliki pendidikan yang hebat kerana beliau tidak cemerlang dalam akademik. Malah pernah hanya menjadi kuli-kuli sahaja, kerana apabila diterima bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Tokyo tugasan pertama yang diberikan kepada beliau bukanlah sebagai mekanik tetapi hanya sebagai budak suruhan.
Bagaimanapun kesudahannya beliau telah diiktiraf dunia sebagai seorang Jurutera yang sangat hebat. Berjaya mencipta 470 ciptaan dengan 150 ciptaan yang telah dipatenkan. Menerima banyak anugerah termasuk Kedoktoran Kehormat dari Michigan Teknikal Universiti dan Ohio State University AS. Kini Syrikat Honda Motor Co. Inc berdiri gah dengan mencatat pendapatan melebihi $30 bilion dolar setahun.
Hari ini kita wajar bersyukur dengan adanya seorang budak miskin bernama Soichiro Honda, sanggup menjadi kuli-kuli sahaja, kini Honda berada di jalan raya.
Success Is 99 Percent Failure - Soichiro Honda
No comments:
Post a Comment