Tidak pernah rasanya blog ini review pilem filem...hanya ada sekali drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang actor Randy Pangalila. Oleh kerana aktres kali ini Lisa Surihani maka tergerak sangat kaki untuk ke panggung...untuk pertama kali menyaksikan Lisa di layar besar. Sebelum ini memang tidak pernah biarpun sudah banyak filem Lisa....huhuhu.
Love story dengan cerita yang simple, watak-watak yang tidak banyak....(untung tidak perlu bayar banyak artis) tetapi sangat SWEET dan yang penting menarik. Hari tu memang beruntung kena belanja RM10 untuk menyaksikan Lisa.
Filem ini mengisahkan Dian (Lisa) yang juga seorang penulis blog datang ke Istanbul untuk menjejaki kekasihnya Farouk (Tomok) yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Tujuan Dian agar Farouk lebih merasai kesungguh hubungan mereka dan Farouk bakal melamarnya. Bagaimanapun kehadiran Dian di Istanbul agak kurang mendapat sambutan mesra daripada kekasih hatinya. Dalam kemelut hubungan mereka, Dian telah bertemu Harris (Beto) yang telah menjadi rakan serumahnya. Hubungan Dian dan Harris juga tidak baik dan sering bertengkar akibat ketidakpuashatian Harris apabila mendapati Dian menyewa apartment yang sama dengannya. Lanjutan peristiwa Dian sangat kecewa apabila mendapati Farouk sebenarnya telah punya kekasih yang lain dan pada masa yang sama Dian yang tertipu kerana menyewa apartment yang telah disewa Harris telah dihalau keluar oleh pemilik apartment tersebut. Dian yang terlalu sedih telah mengambil keputusan kembali ke Malaysia kerana merasakan Istanbul bukan untuk dirinya. Bagaimanapun Harris yang bersimpati dengan nasib Dian mengajaknya untuk menikmati keindahan Istanbul untuk kali terakhir sebelum balik ke Malaysia.
Pastu....pendekkan cerita...Dian harus memilih Farouk yang datang kembali memujuk atau Harris? (Masih ditayangkan di panggung jadi nak tahu lebih banyak pi lah tengok....eh, tolong promosi pla...)
Part yang best dalam filem ini ialah:
1. Lisa semamangnya berjaya menghidupkan watak Dian. Macam 85% dia menguasai filem ni. maksudnya filem ni berjaya menjadi menarik dengan gaya sempoi Lisa. Yang lain2 pastinya Beto...dia memang sentiasa berkaraktor juga best.
2. Istanbul...yes! lokasi pastinya.
3. Olahan plot yang baik. (cheewahhh...cakap pasal plot segala bagai..haha)
p/s: kalau ada watak2 kaku sikit sila abaikan...tapi serius untuk saya (yg sesekali tidak mahu bebankan minda) filem ini memang menarik dan tidak membosankan...tq lisa u memang cool. ^_^
No comments:
Post a Comment