Monday, August 29, 2011

Dhaka Bangladesh - Somalia: Berat Mata Memandang....

......berat lagi bahu yang memikul.


Seorang bekas colleague kami yang baru bersara melawat bumi India dan Bangladesh Julai lalu dan sehingga kini masih lagi berada di sana. Cikgu ni memang rajin berjalan merata tempat dan banyak juga pengalamannya dikongsi dengan kami. Bulan Disember tahun lepas beliau dan isteri baru saja melawat United Kingdom, lepas itu April baru ni ke New Zealand pula. Sekarang beliau masih di Dhaka bumi Bangladesh.



Baru-baru ini saya sempat bertanya, apa cerita menarik dari sana. Beliau menyatakan betapa bertuahnya kita duduk dan lahir di Malaysia. Kenapa beliau berkata begitu? Pasti ada alasan yang konkrit. Bagaimanapun saya selalu mendengar dari kawan-kawan yang pernah ke luar negara memberi persepsi yang sama. Mungkin benarlah kata pepatah biarpun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, namun negeri sendiri tetap menjadi pojaaaan....hati.



Berbalik cerita cikgu tadi, katanya makanan tempatan seperti nasi briyani murah sahaja iaitu 30 Thaka (25 Thaka = RM1), tea pula hanya 4 Thaka. Kira-kira dengan duit kita memang tersangatlah murah, bagaimanapun katanya KFC mahal pula harganya dari Malaysia. Cikgu ni rajin juga berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini jadi saya pun mintalah sedikit cerita daripada beliau. Mana tau kot-kot rajin jumpa komputer dan internet bolehlah share gambar dari sana tapi jawabnya internet di sana lebih laju dari siput...huhuhu. Lebih parah lagi bekalan elektrik lebih 10 kali terputus dalam sehari. Aduhai.....akhirnya berdasarkan sms ringkas yang diberi dan gambar dari google maka aku dapat gambaran sedikit sebanyak.




Memandangkan sekarang ni hampir hari raya Aidilfitri katanya jalan penuh sesak, bukan sesak kerana kereta segala tapi sesak dengan manusia. Bagaimanapun katanya semua jenis kenderaan ada, kereta lembu, kereta kuda, kereta keldai, kereta kerbau, lori, bas malahan kereta yang ditarik oleh manusia pun ada. Sepekara lagi katanya kalau di kawasan luar bandar seperti Kurigram rata-rata penduduknya tidak memakai kasut malahan berkaki ayam sudah fenomena biasa.



gambar dari Google ini sah menunjukkan betapa kesesakan manusia turut berlaku


Saya mengambarkan betapa daifnya kehidupan mereka yang berada di kawasan Pedalaman negara itu.  Betullah kata beliau, sejuta kali kita bersyukur dapat lahir dan hidup di bumi Malaysia. Ini mengingatkan saya juga kepada nasib penduduk di Somalia yang hidup melarat dan banyak yang mati kebuluran. Bayangkan 3 tahun Somalia kering kontang tanpa hujan selain diburukkan lagi dengan keadaan politik yang tidak setabil. 



Sempena perayaan Aidilfitri ini mungkin keselesaan yang kita rasai dapat dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan. Kepada sesiapa sahaja yang ringan hati dan tangan untuk menghulur derma bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia bolehlah menyumbang kepada Tabung Bencana yang dilancarkan oleh NSTP-Media Prima ini.



Entri kali ini 2 in 1

Jika anda berniat sama ingin mengwar-warkan kempen Tabung Bencana NSTP ini, silalah share entri ini dengan sesiapa sahaja.......Terima Kasih daun keladi.







2 comments:

samizul.net said...

Bangladesh antara kawasan kependudukan yang terpadat dan termiskin di dunia.. Uhu..

Dorris Angel said...

iya...kasian jg klau dgr cerita dorang ni..itulah ramai yang dtg sini tidak mahu pulang sudah. Kalau yg educated tu rata2 dia bilang kenal & sebut dr. Mahathir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...