Thursday, August 4, 2011

Duit Syiling Malaysia Yang Baru: Valid 2012


Lama tidak berkesempatan update blog ni...semuanya apabila kesibukan melanda lebih-lebih lagi memulakan pula tugas di tempat yang baru. Sebut tempat kerja baru ni aku ada seorang kawan yang kami panggil kak Wan. Pagi tadi tiba-tiba kak Wan tanya aku nak duit raya ke tidak? huhuhuhu.....malu la sikit orang sudah gedik (besar)...hahahahaa...sejak penangan sinetron Indon ni macam lancar pula berbahasa Indonesia. 


Kak Wan ni biar betul....belum seminggu puasa...sudah sebut duit raya. Sebenarnya kak Wan mahu tunjukkan duit syiling Malaysia yang baru dan bakal kita gunakan pada tahun 2012 ni. Suami kak Wan bertugas di Bank Negara pasal itu la awal-awal lagi dia sudah dapat tengok contoh duit syiling Malaysia yang baru ni. Aku apa lagi macam jakun ja sibuk ambil gambar duit syiling tu, siap ada sesi photography lagi...hahahhahah.  


Sebenarnya kak Wan bawa duit syiling tu untuk tunjukkan kepada para pelajarnya untuk subjek ekonomi.


Meskipun mungkin ramai yang sudah melihat duit syiling baru ini tetapi bagi yang sewaktu dengan aku ini lah duit syiling Malaysia yang baru tu.





Atas tu duit syiling 50 sen dan bawah tu pula 20 sen. Saiz keduanya hampir sama begitu juga warna keemasan wang syiling tersebut....beza keduanya yang paling ketara hanya lekuk pada duit syiling 50 sen. 



Nampaknya hanya lambang bunga raya masih kekal pada semua duit syiling ini.


Bertemakan "KEUNIKAN MALAYSIA" reka bentuk duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraf tangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara ini. 


Apapun kita tunggulah penggunaannya pada tahun depan.















6 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Naa, kalau macam ni, bagus kita simpan duit syiling yang sekarang punya ni. Nanti 20-30 tahun akan datang, ramai yang tidak tahu tu macam mana rupa duit syiling lama (yang kita punya sekarang ni). Kan? Hehe.

p/s: Ada pengumuman penting di latest entry saya, di SINI. ;)

Mr.B[e]ave[R] said...

menarik...koleksi syiling terbaru

samizul.net said...

+1 , ehe. Memang kena simpan syiling sekarang ni.. Macam kata si Fadzmie tu, ehe. Sayang aku melepas duit syiling RM1 hari tu untuk simpan sebagai kenangan.. Duit syiling baru ni aku nampak macam duit syiling dulu2 pula yang ada macam2 ukiran/lambang..

Lepas ni semua mesin yang berkenaan kena siap sedia untuk 'menerima' syiling baru ni. Naseb ting tong ada syiling sendiri, hua3..

Dorris Angel said...

Fadzmie Mohamad: ya mcm duit zmn dulu2 kena buat rantai pinggang tu kan (utk pakai dgn baju kadazan) berharga btl tu skrg.

Dorris Angel said...

MrB: Tq atas kunjungan.

Dorris Angel said...

samizul.net: kecil sikit ja ni syiling baru. iya kan nnti lama2 berharga tu syiling lama, selain jg kenangan utk koleksi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...