Pages

Sunday, August 28, 2011

Pandu Cermat!


Hari jumaat baru ni aku lambat sikit bertolak ke tempat kerja. Bagaimanapun aku sangat-sangat bersyukur kerana tiada pula kesesakan lalu lintas hari tu. Biasanya, jika lewat sikit sahaja alamatnya akan terperangkaplah dalam kesesakan di jalan raya. Mungkin agaknya ramai orang sudah bercuti awal untuk balik ke kampung sempena cuti sekolah dan cuti raya. Satu perancangan yang bagus juga bagi warga kota untuk balik lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di saat-saat akhir. 


Bagaimanapun bahagia pagi itu tidak berpanjangan....tengahari semasa balik aku terperangkap pula dalam kesesakan yang teruk. 




perjalanan yang sepatutnya 20 ke 30 minit menjadi lebih 1 jam........"Arrrggghhhhh"





rupanya ada kemalangan berlaku di depan, lori yang membawa batu terbalik


Sebut tentang kemalangan ni teringat pula dengan sikap segelintir pemandu di jalan raya. Khamis lepas dalam perjalanan ke tempat kerja juga, ada sebuah kenderaan Isuzu yang memintas kenderaan yang aku pandu untuk masuk ke lorong yang sama dengan cara sangat berbahaya. Terkejut dengan tindakan pemandu tersebut aku sempat membunyikan hon tanda protes dengan tindakannya. Aku yang berada di belakang mengekori kenderaannya apabila kami menuju hala yang sama. Akhirnya aku tahu dia sebenarnya menghantar anak ke sekolah iaitu ke tempat yang sama aku tuju. Apabila sampai di pintu pagar aku menanti kalau-kalau dia bakal keluar, namun dia buat-buat tak tahu dan anaknya juga macam malu-malu untuk keluar. Aku berlalu sambil memerhatikannya.....dalam hati kata....tak tau malu punya ketam....mengajar anak berjalan betul. Pastilah agendanya menghantar anak ke sekolah agar anak menjadi pandai, pintar, bijak, beretika, jadi orang berguna....namun sebaliknya dia sendiri mengajar anaknya menjadi orang yang biadap.


Kepada semua yang bergelar pemandu, tak kiralah anda membawa basikal, motorsikal, lori, kereta, keretapi waima kapal terbang, jadilah pemandu BERHEMAH kalau tidak sayangkan nyawa sendiri pun hormatilah nyawa orang lain.


Selamat bercuti dan Salam Aidilfitri







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...