Pages

Thursday, August 11, 2011

Lagi Kes Keracunan - Membawa Maut


Kisah arwah adik Nurdini yang tersiar dalam myMetro amat menyedihkan. Teringat dengan kisah yang sama berlaku di Kota Kinabalu tahun lepas (kalau tidak silap dalam 2 ke 3 hari sebelum menjelang hari Raya Aidilfitri) 

kisah adik Nurdini klik sini:
Pada Ramadhan tahun lepas kebetulan brother in-law aku yang bertugas di Unit Kecemasan Hospital Likas menceritakan kisah sedih ini. Kisahnya benar2 sama, cuma bezanya mangsa merupakan seorang budak lelaki yang berusia lingkungan 8 tahun. Menurut cerita ayah mangsa, anaknya mengalami diarrhea (kerap ke tandas) setelah makan ABC yang dibeli di Pasar Ramadhan di sekitar Sepanggar. Memandangkan kejadian itu berlaku pada tengah malam maka Ibu bapa mangsa hanya membawa anak mereka berjumpa doktor (swasta) pada keesokan paginya. Sekembali ke rumah, kanak-kanak malang itu dikatakan berehat dan tertidur di dalam bilik. Ibu mangsa yang dikatakan memeriksa keadaan anaknya terkejut apabila mendapati buih keluar dari mulut anaknya dan lantas bertindak mengejarkan mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Likas sekitar jam 3 petang. Bagaimanapun pihak Hospital telah mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.


Paling sedih apabila ayah kanak-kanak malang itu tiba ke Unit Kecemasan menangis memanggil-manggil anaknya sambil membawa baju melayu dan songkok yang baru dibeli. Abang ipar aku kata dia sendiri hilang kata-kata untuk menenangkan sang ayah, kerana dia juga turut berasa sedih.


Sejak kejadian itu kakak dan abang ipar aku seakan fobia dengan ABC terutamanya menjelang Ramadhan. Jika kita lihat di bazar atau tamu banyak ABC dijual, meriah dengan pelbagai warna yang tentunya menggoda  bukan sahaja kanak-kanak malahan kita yang dewasa ini. Oleh itu, sepatutnya para peniaga di luar sana lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebersihan. Bayangkan betapa sedinya keluarga yang ditimpa musibah ini hanya kerana kerakusan segelintir peniaga yang mengabaikan kebersihan. 

kalau macam ni rupanya tidaklah menakutkan....&  nampak bersih.


Apapun ini merupakan pengajaran kepada kita semua semoga kes ini tidak berulang lagi.




  







2 comments:

Kamil L said...

Kesian kan...tp memang tidak bertanggungjawab lah org yang menyediakan makanan utk org lain tanpa mengira kebersihan. Paling selamat, masak sendiri kat umah kan..

d.angel said...

Kamil L: masak sdr tentunya lbh baik....cuma resepi tunjuk lbh mudah...hmmm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...