Wednesday, August 31, 2011

Ambilah ku cepat-cepat, Ikat daku erat-erat..



Agenda hari ke dua cuti hari raya Adilfitri kali ini ialah membawa 2 orang hero ini menyukat jalanraya...huhuhu. tapi kali ini tidak mahu bercerita banyak tentang perjalanan yang tidak dirancang ini tetapi ada peristiwa yang berlaku dalam perjalanan kami petang tadi. 


menikmati erti kebebasan & kemerdekaan (dari rumah...31 OGOS 2011)



Sebelum pulang ke rumah kami singgah di Supermarket berhampiran untuk membeli sedikit barang keperluan. Sementara menunggu my mum masuk ke kedai beli barang, aku nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 2 tahun berlari-lari di kawasan parking kereta berhampiran jalanraya. Sekejap lagi kanak-kanak tadi hilang dari pandangan kami. Setelah my mum masuk ke kereta semula, aku pun memandu keluar dari tempat letak kereta tetapi dengan perlahan dan berhati-hati kerana bimbang kanak-kanak kecil tadi bakal meluru ke jalanraya secara tiba-tiba. 


Jangkaan aku ibarat tukang tilik handalan, memang tepat kanak-kanak perempuan itu tadi berlari melintasi jalanraya benar-benar di depan kereta yang aku pandu.......kemudian aku mendengar si Ibu yang rupanya sedang bergaya-gaya (lalai) di seberang jalan berteriak sambil meluruh ke arah anaknya. Huh!! Oleh kerana aku telah menjangka awal kanak-kanak itu bakal muncul dan memandu pula dengan sangat perlahan maka syukurlah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku...syukur sangat-sangat. Meski begitu, aku rasa seluruh semangat aku terbang melayang, jantung ibarat terhenti seketika. Cis!! aku memang marah sangat dengan kecuaian ibu bapa kanak-kanak tersebut. Kenapa dia biarkan anak sekecil itu lepas dari pegangan? Andai saja kenderaan yang melintas itu dipandu orang lain? (yang tidak melihat kanak-kanak itu dari awal), Andai saja kereta lain meluru laju? Ibu oh ibu....ambilah ku cepat-cepat, ikat daku erat-erat.....(hah! ambik kau lagu Jac ni...buat sambal malam ni....ngeeeeee)


sesungguhnya kealpaan sesaat boleh membawa sesalan sepanjang hayat.


Ini entri ke-2 tentang kecuaian dan kemalangan, sebelum ini dalam entri pandu cermat. Harap apa yang berlaku boleh menjadi pengajaran dan ingatan kepada kita semua...betapa malang tidak pernah berbau.


Salam Kemerdekaan.







Monday, August 29, 2011

Dhaka Bangladesh - Somalia: Berat Mata Memandang....

......berat lagi bahu yang memikul.


Seorang bekas colleague kami yang baru bersara melawat bumi India dan Bangladesh Julai lalu dan sehingga kini masih lagi berada di sana. Cikgu ni memang rajin berjalan merata tempat dan banyak juga pengalamannya dikongsi dengan kami. Bulan Disember tahun lepas beliau dan isteri baru saja melawat United Kingdom, lepas itu April baru ni ke New Zealand pula. Sekarang beliau masih di Dhaka bumi Bangladesh.



Baru-baru ini saya sempat bertanya, apa cerita menarik dari sana. Beliau menyatakan betapa bertuahnya kita duduk dan lahir di Malaysia. Kenapa beliau berkata begitu? Pasti ada alasan yang konkrit. Bagaimanapun saya selalu mendengar dari kawan-kawan yang pernah ke luar negara memberi persepsi yang sama. Mungkin benarlah kata pepatah biarpun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, namun negeri sendiri tetap menjadi pojaaaan....hati.



Berbalik cerita cikgu tadi, katanya makanan tempatan seperti nasi briyani murah sahaja iaitu 30 Thaka (25 Thaka = RM1), tea pula hanya 4 Thaka. Kira-kira dengan duit kita memang tersangatlah murah, bagaimanapun katanya KFC mahal pula harganya dari Malaysia. Cikgu ni rajin juga berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini jadi saya pun mintalah sedikit cerita daripada beliau. Mana tau kot-kot rajin jumpa komputer dan internet bolehlah share gambar dari sana tapi jawabnya internet di sana lebih laju dari siput...huhuhu. Lebih parah lagi bekalan elektrik lebih 10 kali terputus dalam sehari. Aduhai.....akhirnya berdasarkan sms ringkas yang diberi dan gambar dari google maka aku dapat gambaran sedikit sebanyak.




Memandangkan sekarang ni hampir hari raya Aidilfitri katanya jalan penuh sesak, bukan sesak kerana kereta segala tapi sesak dengan manusia. Bagaimanapun katanya semua jenis kenderaan ada, kereta lembu, kereta kuda, kereta keldai, kereta kerbau, lori, bas malahan kereta yang ditarik oleh manusia pun ada. Sepekara lagi katanya kalau di kawasan luar bandar seperti Kurigram rata-rata penduduknya tidak memakai kasut malahan berkaki ayam sudah fenomena biasa.



gambar dari Google ini sah menunjukkan betapa kesesakan manusia turut berlaku


Saya mengambarkan betapa daifnya kehidupan mereka yang berada di kawasan Pedalaman negara itu.  Betullah kata beliau, sejuta kali kita bersyukur dapat lahir dan hidup di bumi Malaysia. Ini mengingatkan saya juga kepada nasib penduduk di Somalia yang hidup melarat dan banyak yang mati kebuluran. Bayangkan 3 tahun Somalia kering kontang tanpa hujan selain diburukkan lagi dengan keadaan politik yang tidak setabil. 



Sempena perayaan Aidilfitri ini mungkin keselesaan yang kita rasai dapat dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan. Kepada sesiapa sahaja yang ringan hati dan tangan untuk menghulur derma bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia bolehlah menyumbang kepada Tabung Bencana yang dilancarkan oleh NSTP-Media Prima ini.



Entri kali ini 2 in 1

Jika anda berniat sama ingin mengwar-warkan kempen Tabung Bencana NSTP ini, silalah share entri ini dengan sesiapa sahaja.......Terima Kasih daun keladi.







Sunday, August 28, 2011

Pandu Cermat!


Hari jumaat baru ni aku lambat sikit bertolak ke tempat kerja. Bagaimanapun aku sangat-sangat bersyukur kerana tiada pula kesesakan lalu lintas hari tu. Biasanya, jika lewat sikit sahaja alamatnya akan terperangkaplah dalam kesesakan di jalan raya. Mungkin agaknya ramai orang sudah bercuti awal untuk balik ke kampung sempena cuti sekolah dan cuti raya. Satu perancangan yang bagus juga bagi warga kota untuk balik lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di saat-saat akhir. 


Bagaimanapun bahagia pagi itu tidak berpanjangan....tengahari semasa balik aku terperangkap pula dalam kesesakan yang teruk. 




perjalanan yang sepatutnya 20 ke 30 minit menjadi lebih 1 jam........"Arrrggghhhhh"





rupanya ada kemalangan berlaku di depan, lori yang membawa batu terbalik


Sebut tentang kemalangan ni teringat pula dengan sikap segelintir pemandu di jalan raya. Khamis lepas dalam perjalanan ke tempat kerja juga, ada sebuah kenderaan Isuzu yang memintas kenderaan yang aku pandu untuk masuk ke lorong yang sama dengan cara sangat berbahaya. Terkejut dengan tindakan pemandu tersebut aku sempat membunyikan hon tanda protes dengan tindakannya. Aku yang berada di belakang mengekori kenderaannya apabila kami menuju hala yang sama. Akhirnya aku tahu dia sebenarnya menghantar anak ke sekolah iaitu ke tempat yang sama aku tuju. Apabila sampai di pintu pagar aku menanti kalau-kalau dia bakal keluar, namun dia buat-buat tak tahu dan anaknya juga macam malu-malu untuk keluar. Aku berlalu sambil memerhatikannya.....dalam hati kata....tak tau malu punya ketam....mengajar anak berjalan betul. Pastilah agendanya menghantar anak ke sekolah agar anak menjadi pandai, pintar, bijak, beretika, jadi orang berguna....namun sebaliknya dia sendiri mengajar anaknya menjadi orang yang biadap.


Kepada semua yang bergelar pemandu, tak kiralah anda membawa basikal, motorsikal, lori, kereta, keretapi waima kapal terbang, jadilah pemandu BERHEMAH kalau tidak sayangkan nyawa sendiri pun hormatilah nyawa orang lain.


Selamat bercuti dan Salam Aidilfitri







Monday, August 22, 2011

Kim Hyun Joong ke Malaysia Pada Disember: Asia Tour 2011



Aktor Kim Hyun Jung telah berkunjung ke Malaysia semalam dan berjanji bakal singgah lagi dalam siri konsert jelajah Asianya Disember ini. Artis yang berusia 24 tahun ini mula mendapat perhatian di Malaysia setelah membintangi drama Boys Over Flowers selain turut dikenali sebagai anggota kumpulan SS501. 




Konsert ini bertujuan mempromosikan album solo pertamanya "Break Down". Album mini beliau ini telah laris 100,000 naskah di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu berturut-turut selain meraih kemenangan 2 minggu berturut-turut juga di KBS2 Bank TV Show dengan lagu "Break Down". (itu maklumat yang sempat aku google)


**^_^**

Kenapa tetiba artis ni muncul, pasal hari-hari aku menghadap muka dia ni dalam kalender meja free dari The Face Shop yang aku dapat aritu.....sampai kekawan tanya sama ada aku ni "fan giler".....hahahah....drama Korea ni aku layan juga cuma akhir-akhir ni agak jaranglah. Kalender tu sangat berguna dalam kerja aku seharian jadi semestinyalah simpan lagi-lagi teramat comel. Kalau cerita muzik K-Pop ni remaja sekolah yang setengah giler minat terutamanya perempuan. Paling aku terkagum dorang ni bolehnya berbahasa Korea dan membaca tulisan Hangul yang aku setengah giler tak faham tu hanya dengan belajar sendiri.....hhmmm....itulah penangan artis negara Korea.....Saranghea.









Wednesday, August 17, 2011

2 Sahabat Berbeza Budaya Bersatu di Home Recipe 1Borneo


Semalam aku rajinkan diri untuk ke 1B semata-mata berkunjung ke restoran 2 sahabat HOME RECIPE ini. Restoran ini baru dibuka 2 minggu lepas setelah diambil alih dari pengusaha lama.


Meskipun masih menggunakan nama Home Recipe (mungkin sementara) restoran ini diuruskan oleh individu yang berbeza....kata lain penjenamaan semula akan dibuat dengan konsep dan menu yang berbeza. Dibuka oleh dua orang sahabat saya ini (merangkap anak buah juga) miss Ruby Teo Sabahan dan sahabat karibnya miss Eda Mohamad yang berasal dari negeri Johor. Kiranya kombinasi 2 budaya yang berbeza.. ehhmm.. inilah uniknya our family yang pelbagai bangsa dan agama ada di dalamnya.


Sebelum jalan tu kena siap2 call my sister untuk buat report ketidakhadiran untuk join berbuka puasa di rumahnya. Alamak!!.... berbuka puasa? ehmm...kena ceta lagi...sister saya ni muslim...memandangkan our parents balik ke kampung....so my mum buat pesanan bla..bla..bla....hujungnya...makan malam di rumah my sister....hahaha...bertuah punya adik. Tiadalah begitu....sebenarnya hari2 pun kita masak sama dan makan sama2....dah pintu rumah sebelah menyebelah ja....Orait...tinggalkan cerita tu, nanti u all pening lalatss.


Akhirnya niat dan hajat menikmati hidangan di restoran 2 sahabat saya ini menjadi kenyataan. Oh, untuk pengetahuan semua miss Ruby dan miss Eda semamangnya berpengalaman duduk di dapur....hehehehe....ooppsss....sebelum i kena denda cuci piring....(kerana buat kenyataan ni)... yang sebenarnya miss Ruby ialah seorang Chef yang berpengalaman (di kolej pun belajar masak-masak) yang ingin memulakan bisnes sendiri. Salute @ tabik springggg.....dengan kesungguhan dan semangat dua orang usahawan muda ini semoga sukses dan berjaya. 


Menurut mereka pada bulan Ramadhan ini menu merupakan set pengenalan sahaja yang terdiri daripada beberapa pilihan chef dan sementara beberapa menu tambahan akan ada selepas hari raya nanti.



sempoi jer dua orang ni.....baju "Sabah Land Below The Wind" tu yang i like...


miss Ruby baru sahaja resign sebagai salah seorang chef di Hotel Casa Del Mar Langkawi @ www.casadelmar-langkawi.com



inilah menu bagi set pengenalan Ramadhan iaitu.....

Pilihan Utama:
Laksa Kedah/
Mee Kari/
Soto Johor/
Nasi Kukus Ayam Berempah/
Nasi Kukus Ikan Berempah 
+
Pilihan:
Air Sirap Selasih/
Sirap Cincau
+
Pilihan:
Buah-buahan/puding/kuih muih (berbeza setiap hari)

dan FREE Kurma.

RM6.80 net

Hahh!! jangan terkezutt.....promosi ini memang murah saja...berbaloi punyaa...

lokasi kedai ini terletak di tingkat 1 (di atas Old Town) & sebaris dengan Marie France Bodyline


gambar di bawah ini bukan bertujuan mengoda (bagi yang berpuasa) hanya pesanan khidmat masyarakat- promosi free....asalkan pasni sign kontrak makan free...hehehehe.  

 rempah ayam memang terasa sangat...dan nasinya ada wangi2 pandan gituww...

soto Johor ni pun sedap....


rojak oh rojak....anda pasti suka...

Terima kasih kerana akhirnya i dapat makan FREE - Nasi kukus Ayam Berempah yang SODAP....jadi kepada saudara-mara, sahabat andai, rakan blogger dan sesiapa sahaja yang sudi menjenguk blog ini... saya dengan sukacitanya menjemput anda semua untuk datang merasai sendiri juadah di sini...bagi yang jauh (luar Sabah) jika datang ke Sabah negeri di bawah bayu ini.....jemput2lah...jangan segan2....Okehhh...Terima Kasih.....Muahaaa2.



sebelum choww i sempat buat benda ni.....
macam femes sign autograf...(perasann..tan..)....padahal tolong buat menu atas tuuu....













Sunday, August 14, 2011

Pause Game: Chong Wei - Lin Dan


Menonton perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan membuatkan sesiapa sahaja tidak bakal duduk diam.....aku bagaikan ingin menekan butang (=) pause saja semasa game tersebut berlangsung....huhuhu.... kalaulah boleh tekan PAUSE saat-saat kedudukan genting set ke-3, 21-22 Chong Wei - Lin Dan...tapi apakan daya itulah realiti bukan game di alam maya.


Malaysia hampa sekali lagi

Cabaran yang digalas Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wembley 2011 sememangnya bukan mudah. Akhirnya Chong Wei tewas di tangan Lin Dan meskipun pada awalnya telah memenangi set pertama 22-20. Sayang sekali Chong Wei telah membuka peluang kepada Lin Dan pada set ke-2 dengan kesilapan demi kesilapan. Bagaimanapun ucapan tahniah perlu juga diberikan kepada Chong Wei kerana telah menunjukkan usaha dan semangat yang kental pada set ke-3 meskipun nasib tidak menyebelahinya. 

Entri Berkaitan: Dato Lee Chong Wei Facebook dan Twitter






Prince Harry cool berbanding Prince Wills?



Putera Harry mungkin kurang mendapat perhatian berbanding abangnya Putera William. Mungkin status budak nakal yang dilabel padanya.....bagaimanapun Harry dilihat kini lebih cool berbanding abangnya William....kenapa?...check it out yeaa!

 rambut belum berkurangan...istilah baik punya...hehehe.


Handsome pulak dia ni (lambatnya sedar).....he might as well be a model....huh!


mempunyai sense of humor....


 boleh menerbangkan helicopter


 He's available.  Istilahnya....Prince Harry still on the market....hehehe...
Harry telah berpisah dengan kekasihnya Chelsy Davy pada Jun 2010 



Meskipun Harry sering dilihat sebagai seorang yang nakal, sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah dia juga merupakan seorang yang berjiwa sensitif dan banyak membantu dalam kerja-kerja amal seperti ibunya mandiang Diana. Baru-baru ini beliau telah mendapat penghargaan dari German atas keprihatinannya dalam isu-isu kemanusiaan.....hhmmm....memang cool.


Info hiburan suka2 di hujung minggu. Sekian.






Saturday, August 13, 2011

Kekasih Hazama: Miss N


Pagi ini aku rajin banget cuci kereta yang sekian lama bersedih tanpa dipedulikan oleh tuannya...hehehe...lagi tips jimat cermat....selain sambil2 tu dapat juga membakar kalori @ segala lemak2 yang tak patut.


Apa yang best pagi ni? sebenarnya sambil2 cuci kereta tu aku pasang radio kebetulan pla chanel HotFM bersama Kiran dan Suraya dengan tetamu undangan Hazama jejaka yang tengah nak hangat sekarang. Apa yang menariknya Hazama ni orangnya memang happening dengan lawak2 sepontan yang gila2 tu....jadi aku pun tiadalah tension cuci kereta.....hehehe.


Soalan cepu emas Suraya pagi ini ialah....benarkah Hazama sudah berpunya? & siapa gerangannya kekasih Hazama?.......huhuhuhu....jawab Hazama....jangan tak jawab. Penyanyi yang tengah popular dengan lagu Cinta  Teragung ini jujur mengakui sedang bercinta dengan gadis yang namanya bermula dengan huruf N. Baguslah Hazama jangan nak bagi kita pening dengan jawapan roller coster.....pusing2...macam gasing2...pastu jatuh berdentum...... ee,eh....Macam ruangan GOSIP pula blog ni.......huhuhuhu....apa2 lahhh.


Paling cute Hazama diminta menyanyi secara life ala2 ujibakat rancangan realiti....si Hazama ni dengan kreatif menyanyikan lagu kanak2 dengan versi suara Ramli Sarip, Awie dan Saleem....memang lucu dan best la.


Bagi yang terlepas HotFM pagi ini dengarkan ulangannya Ahad jam 8.00 malam di HotFM 30, secara online klik SINI

p/s: Suka dengar lagu Pokok ni........model2 cilik di rumah ni pun suka lagu ni.

Tersesat malu bertanya,
tak tahu tak tahu ke mana,
terlalu banyak alasannya.......

tarararaaaa........akhirnya kereta aku siap di mekap sambil layan HotFM 30







Friday, August 12, 2011

Siapa Najwa Latif? - gadis Cinta di Muka Buku


Cinta Muka Buku...atau kata lain cinta pisss bukkk.....huhuhu....mula-mula dengar lagu Najwa Latif ini atau nama sebenarnya Imaratul Najwa Bt. Abdul Latif memang melodinya mudah lekat di hati. Apatah lagi jika golongan remaja yang mendengarnya. Tetiba ja single budak Najwa ni menguasai Carta HotFM 20 Terhangat kerana mendapat undian tertinggi. Siapa Najwa Latif?...mungkin ramai yang sudah kenal tapi bagi yang baru tahu dia seorang remaja yang baru berusia 16 tahun. Najwa sangat berbakat dan boleh bermain 3 alat muzik dengan baik iaitu gitar, piano dan drum bagaimanapun dia mengakui lebih meminati dan obses dengan gitar. Gadis ini mula mendapat perhatian melalui video yang diupload ke akaun Youtube miliknya. 

masih di bangku sekolah

ambil pic ni dari blog najwa
Meskipun menyanyi dan bermain alat muzik merupakan hobinya, Najwa tidak lupakan pelajaran. Paling membanggakan beliau merupakan pelajar cemerlang PMR dengan pencapaian 7A 1B. Apapun beliau diharap terus cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya nyanyian.


Najwa juga mempunyai blog yang baru beroperasi januari tahun ini, jadi kepada yang berminat boleh intai2 blog Najwa Si Gadis Youtubenajwalatifs.blogspot atau Youtube miliknya @ youtube.najwa595 




Adatlah dalam ramai yang suka pasti ada juga yang tidak.....dalam video lagu "Cinta Muka Buku" ni ada juga kata2 kurang enak didengar dilemparkan dalam ruangan komen. Apaponnn....lirik lagu itu adalah realiti dunia remaja, jadi untuk terpengaruh tu sebenarnya terpulang dari didikan ibu bapa dan bagaimana personaliti sesorang itu terbentuk..... bukan kata dari dengar lagu itu atau lagu ini. 


p/s: Dengar lagu hanya untuk hiburan semata.....sebuah lagu yang cool, comel, sweet, colourful macam gula lolipop.......jadi layanlah lagu Najwa berserta lirik ni okehhh....





Thursday, August 11, 2011

Lagi Kes Keracunan - Membawa Maut


Kisah arwah adik Nurdini yang tersiar dalam myMetro amat menyedihkan. Teringat dengan kisah yang sama berlaku di Kota Kinabalu tahun lepas (kalau tidak silap dalam 2 ke 3 hari sebelum menjelang hari Raya Aidilfitri) 

kisah adik Nurdini klik sini:
Pada Ramadhan tahun lepas kebetulan brother in-law aku yang bertugas di Unit Kecemasan Hospital Likas menceritakan kisah sedih ini. Kisahnya benar2 sama, cuma bezanya mangsa merupakan seorang budak lelaki yang berusia lingkungan 8 tahun. Menurut cerita ayah mangsa, anaknya mengalami diarrhea (kerap ke tandas) setelah makan ABC yang dibeli di Pasar Ramadhan di sekitar Sepanggar. Memandangkan kejadian itu berlaku pada tengah malam maka Ibu bapa mangsa hanya membawa anak mereka berjumpa doktor (swasta) pada keesokan paginya. Sekembali ke rumah, kanak-kanak malang itu dikatakan berehat dan tertidur di dalam bilik. Ibu mangsa yang dikatakan memeriksa keadaan anaknya terkejut apabila mendapati buih keluar dari mulut anaknya dan lantas bertindak mengejarkan mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Likas sekitar jam 3 petang. Bagaimanapun pihak Hospital telah mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.


Paling sedih apabila ayah kanak-kanak malang itu tiba ke Unit Kecemasan menangis memanggil-manggil anaknya sambil membawa baju melayu dan songkok yang baru dibeli. Abang ipar aku kata dia sendiri hilang kata-kata untuk menenangkan sang ayah, kerana dia juga turut berasa sedih.


Sejak kejadian itu kakak dan abang ipar aku seakan fobia dengan ABC terutamanya menjelang Ramadhan. Jika kita lihat di bazar atau tamu banyak ABC dijual, meriah dengan pelbagai warna yang tentunya menggoda  bukan sahaja kanak-kanak malahan kita yang dewasa ini. Oleh itu, sepatutnya para peniaga di luar sana lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap kebersihan. Bayangkan betapa sedinya keluarga yang ditimpa musibah ini hanya kerana kerakusan segelintir peniaga yang mengabaikan kebersihan. 

kalau macam ni rupanya tidaklah menakutkan....&  nampak bersih.


Apapun ini merupakan pengajaran kepada kita semua semoga kes ini tidak berulang lagi.




  







Saturday, August 6, 2011

Berbudi Pada Tanah


Cehhwaah..tajuk entri bukan main lagi....macam ada ladang berpuluh ekar...huhuhuh. Sejak pindah ke taman perumahan yang di duduki sekarang perkara pertama yang kami fikirkan ialah bagaimana menguruskan tanah sekengkang kera di belakang tu. 


Akhirnya kami tanam 2 pokok mangga. Ahhhh! 2 pokok? mana mau letak?...hehehe...nasib baik rumah kami hanya berjiran dengan my sister, jadi 1 pokok setiap rumah, hasil boleh share sama..hehehe. Sepatutnya 3 pokok pun boleh sebab my brother punya rumahpun di taman yang sama, cuma jauh sikit di fasa yang lain.


Di kampung semestinya ada pokok mangga, malahan durian pun menyumbang buah setiap tahun. Masa mula-mula pokok tu berbuah dulu kami semua excited dan mesti kononnya semua merasa sama meskipun ada yang tinggal jauh. Dengan adanya pokok mangga di belakang rumah ni, sekurang-kurangnya masih merasai lagi suasana kampung, tapi di kampung juga la yang paling best dengan halaman tanpa sampadan.


Inilah hasil bila berbudi pada tanah...


cili padi kaler purple lagi....menyebabkan sudah setahun tidak perlu membeli cili di pasar...tips jimat cermat gitu..."fresh dipetik dari ladang".




Sekurang-kurangnya bangun pagi boleh melawat tanaman di belakang rumah.


Sayang banyak bunga yang tidak menjadi. 


 Pokok mangga ni kemetot ja pun.


Harap menjadi dan tidak gugur.


Si kecil yang baru 2 tahun ni pantang terlepas, tapi ini la salah satu agenda kenapa perlu bercucuk tanam....boleh juga menjadi tempat model-model kecil ni mengenali alam bila tidak berkesempatan balik ke kampung. 


Kepada Serai, Kunyit dan Pandan Wangi yang terlupa diambil gambar jangan merajuk okehh...lain kali you all tumpang glamerrr...









Thursday, August 4, 2011

Duit Syiling Malaysia Yang Baru: Valid 2012


Lama tidak berkesempatan update blog ni...semuanya apabila kesibukan melanda lebih-lebih lagi memulakan pula tugas di tempat yang baru. Sebut tempat kerja baru ni aku ada seorang kawan yang kami panggil kak Wan. Pagi tadi tiba-tiba kak Wan tanya aku nak duit raya ke tidak? huhuhuhu.....malu la sikit orang sudah gedik (besar)...hahahahaa...sejak penangan sinetron Indon ni macam lancar pula berbahasa Indonesia. 


Kak Wan ni biar betul....belum seminggu puasa...sudah sebut duit raya. Sebenarnya kak Wan mahu tunjukkan duit syiling Malaysia yang baru dan bakal kita gunakan pada tahun 2012 ni. Suami kak Wan bertugas di Bank Negara pasal itu la awal-awal lagi dia sudah dapat tengok contoh duit syiling Malaysia yang baru ni. Aku apa lagi macam jakun ja sibuk ambil gambar duit syiling tu, siap ada sesi photography lagi...hahahhahah.  


Sebenarnya kak Wan bawa duit syiling tu untuk tunjukkan kepada para pelajarnya untuk subjek ekonomi.


Meskipun mungkin ramai yang sudah melihat duit syiling baru ini tetapi bagi yang sewaktu dengan aku ini lah duit syiling Malaysia yang baru tu.





Atas tu duit syiling 50 sen dan bawah tu pula 20 sen. Saiz keduanya hampir sama begitu juga warna keemasan wang syiling tersebut....beza keduanya yang paling ketara hanya lekuk pada duit syiling 50 sen. 



Nampaknya hanya lambang bunga raya masih kekal pada semua duit syiling ini.


Bertemakan "KEUNIKAN MALAYSIA" reka bentuk duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraf tangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara ini. 


Apapun kita tunggulah penggunaannya pada tahun depan.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...