Pages

Wednesday, July 6, 2011

The Lost World - Sabah: Destinasi Wajib Dikunjungi

Baru-baru aku dapat satu gambar dari seorang sahabat yang dia tag dalam FB. Wow! gambar di air terjun Maliau Basin. Meskipun aku ni bukanlah lasak (mcm kawan ni) tapi aku tetap berangan untuk menjejaki tempat ni. (al-maklumlah kononnya...ahli Kelab Pencinta Alam Negeri Sabah...sejak ting. 1 weii.....apapun, sebenarnya aku ada terbaca tentang Maliau Basin ni dari seorang penyelidik mat salih yang terkezzuutt..tergamam..dengan keindahan tempat ni lama dulu..hehehe..) 


Apa yang bestnya dengan Maliau Basin ni??? kay ni nak bagi info sikit....


Maliau Basin terletak di pedalaman negeri Sabah antara daerah Keningau dan Tawau telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kelas 1 (perlindungan) di bawah perlindungan Yayasan Sabah sejak tahun 1981. Kawasan lembah Maliau ini kelihatan seperti "basin" atau mangkuk gergasi. Maliau Basin dianggap misteri dan unik kerana bentuknya yang menyerupai mangkuk iaitu melengkung ke bawah.




Berkeluasan 588 kilometer persegi iaitu menyamai keluasan Singapura, Maliau Basin turut dikenali sebagai the LOST WORLD, Dunia Terasing ataupun Dunia Tersembunyi. Lokasinya yang terletak di ketinggian antara 1,500 hingga 1,900 meter dari paras laut menjadikannya sebagai kawasan yang sukar diterokai dan tidak didiami manusia.

hanya 30% kawasan ini diterokai
air terjun yang sangat cantik, jauh dari pencemaran manusia


Kerajaan Malaysia berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) agar Maliau Basin diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Beribu spesis flora dan fauna terdapat di sini dan banyak di antaranya tidak terdapat di tempat lain.


Untuk ke kawasan ini bukannya mudah kerana setiap pelawat perlu mendapatkan kebenaran dari pihak Yayasan Sabah. Bagaimanapun melalui agent pelancongan (dalam bilangan terhad) anda masih boleh merancang untuk menikmati panorama indah ini. 


Lebih info saksikan video ini:










11 comments:

eda said...

wah ye ke murah?bole la tempah 1 kalu mcm ni...

d.angel said...

Eda: ya..mmg jauh lbh murah klau banding package travel agent lain. Dorg ni jg sukarelawan yang bertugas buat trail maintainance utk gunung kinabalu. Jd buat entri sikit utk promo aktiviti dorg.

Misya Mialen said...

wah bestnya..dr dulu lg sy mau pegi sini ni.sbb sy pun ahli kelab pencinta alam juga masa sekolah.aiseyman.;D nnti la klu sy blk sbh, sy pegi sana;;D tunggu cuti sekolah;D

d.angel said...

misya mialen: wah jumpa kelab pencinta alam 'tegar' ni..heheh...ngam la tu..msti cuti pnjg ba aktiviti ni.

Unknown said...

wahh.. nice info ehh.. selalu dengar maliau basin.. tapi tia pula rajin mo google..

cantik oo.. bangga sy jadi orang sabah.. ;)

Unknown said...

Waa, ahli Kelab Pencinta Alam bah pula, ehe.. Ada yang terbuka untuk remaja dewasa kah? XD

Dulu ada peluang p sini masa musim buat tesis ['water experiments] tapi nda jadi sebab pilih pensyarah yang lain. Kalau nda, 'enjoy' suda sini, hua3..

Suatu hari, aku mau datang sini berbulan madu... Ehhh, tersyayul pula.. Muahua3! XD

d.angel said...

Nowiz: Tq...sy pun bangga, sabah bah..hehehe.


samizul.net: ada tu..remaja tua pun ada..heheh..alaa syg nya inda pigi tp nda apa la kan suda pasang angan2 p honeymoon..ba ngam jg tu baru la honeymoon hotel beribu bintang...klau tdk hujan la...(kelas tiada saingan tu)heheh ^_^ tp serius kwn sy bilang santik owwhh.

iyan shazlind said...

cantiknya...:)

d.angel said...

iyan shazlind: sesuai dikunjungi oleh pencinta keindahan alam. :)

afqh said...

I love untouched nature
apa aktiviti yang boleh buat kat situ ya

d.angel said...

afqh: jungle trekking, camping...kebanyakan perjalanan ialah berjalan kaki sambil melihat keindahan alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...