Monday, July 4, 2011

Yingluck: Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand






Berpendidikan, bijak, cantik dan masih muda (44 tahun) beliau mungkin akan menjadi idola kepada ramai wanita. Beliau ialah Yingluck Shinawatra yang juga merupakan adik bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Yingluck telah memenangi Pilihanraya Thailand yang berlangsung semalam. Beliau yang memimpin Parti Puea Thai  telah memenangi sebanyak 260 kerusi daripada 500 kerusi yang dipertandingkan sementara parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva hanya memenangi 160 kerusi dan selebihnya telah diperolehi oleh parti-parti kecil yang lain.


turut berjaya dalam bidang perniagaan


Dengan kemenangan tersebut bermakna kerusi Perdana Menteri Thailand diduduki oleh seorang wanita. Hal ini pastinya melakar sejarah tersendiri dalam sistem pemerintahan Thailand. Bagaimanapun, di bahunya terletak beban yang perlu digalas. Rakyat Thailand pastinya dahagakan kestabilan politik mahupun ekonomi selepas 6 tahun negara tersebut dilanda ketegangan dan beberapa rusuhan berdarah. Mungkinkah beliau merupakan package terbaik dalam pentadbiran Thailand? 



Apapun, TAHNIAH! kepada wanita ini. 


4 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Tinggal Malaysia lagi ni yang belum ada PM perempuan. Kan? Hehe.

# trust and lies #

Dorris Angel said...

Fadzmie Mohamad: ya ba..akan dtg kali..hehe.

eda said...

bagusla wanita yg memerintah jgn ingat wanita x boleh..caiyo2..

Dorris Angel said...

eda: buli ba...klau kita...heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...