Pages

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih Vs Majlis Anugerah Cemerlang UPSR KK 2010

Hari ni kakak aku rajin....jd aku nak rehat dulu la...yeehh..yeehh..... jadi sila la layan apa yang nak dia kongsikan ni...kay... (jgn blog ni bertukar tangan suda..kih..kih..kih.)



Hari ni 9 Julai 2011, Sabtu..tapi terpaksa jga bangun awal sebab anak ada Majlis Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Kota Kinabalu 2010 (MACUDKK) di Grand Ballroom 1 Borneo.  Pasal hari Sabtu malas sesangat mo bangun, jadi kami "agak" terlambat sedikit.  Keluar ja dari rumah...adoi! jaaamm teruk sebab ada road block oleh pak polisi gara2 pemeriksaan dibuat untuk mengelakkan public join perhimpunan haram @ bersih di pusat bandar Kota Kinabalu.. bercakap pasal perhimpunan haram ni..aku dah cakap dengan husband aku yang aku yakin di KK ni tiada punye lah perhimpunan haram ni...cayalah.. kekalkan keamanan negara kita kay! (tetiba pula jadi patriotik apa hal ni...saja jaer..).  Hah itulah padahnya! gara2 road block perjalanan dari rumah kami ke 1 borneo  yang patutnya 13 minit ja dah jadi hampir sejam! 



Forget about perhimpunan tu....cerita pasal MACUDKK 2010 pulak..beruntung anak2 zaman sekarang diberi appreciation sana-sini bila cemerlang dalam apa jua lapangan terutamanya pendidikan..syukur kepada Yang Maha Kuasa.. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Datuk Masidi Manjun yang mewakili CM yang tidak dapat hadir disebabkan komitmen lain di luar KK. Seramai 391 murid cemerlang UPSR 2010 ('A' straight in all subjects) bagi sekolah2 daerah KK diraikan dalam majlis yang gilang gemilang ini.. Tahniah kepada pihak pengajur (PPDKK) dan penaja yang berjaya melaksanakan majlis ini (terbaekk beb!) dan Syabas serta terima kasih tidak terhingga kepada semua guru-guru yang mendidik anak2 kami (terutamanya SK St. Catherine, Inanam) dan kepada ibu bapa teruskan usaha kita supaya anak2 kita menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada nusa bangsa...meskipun ini baru permulaan tapi inilah pemangkin untuk kita mengapai bintang! (eh..eh semangat gituww!). Ok la terlalu berjela nanti boring pula...apa kata, kita layan ja gambar2 ini...



 Sambutan majlis kelas gitu..siap ada bunga manggar, kompang dan red carpet oh..(si adik yg excited lebih..heheheeh..)


 PPD(KK) juga menyediakan pameran yang infomatif untuk dilawati oleh semua hadirin...ini ialah pameran berkenaan aktiviti-aktiviti dan kejayaan yang dicapai oleh sekolah-sekolah rendah sekitar KK


Ini dia YB2 kita yang komited kepada pendidikan di negeri Sabah ini...meski sibuk dengan pelbagai komitmen tetap meluangkan masa datang ke majlis ini..


 eh..eh..sempat pose dengan YAB Datuk Masidi Majun (YB berjiwa rakyat gituww...)


ini pula pose bersama cikgu Martha dan cikgu Bahara (SK St. Catherine, Inanam)



Sebelum majlis berakhir, YAB Datuk Masidi mengambil kesempatan melawat pameran.


Sepanjang majlis si kakak tidak berkesempatan sangat bergambar. Apa lagi si adik pula lebih-lebih....



4 comments:

eda said...

wah bgus liputan ni..

d.angel said...

eda: ada org rajin... :)

Unknown said...

Muahua3.. Ada pula roadblock menghala ke sana.. Setahu aku, Perhimpunan BERSIH tu di Foh Sang.. Jauh eh dari sana pigi 1B..

Baa ha'.. Lepas ni kakakmu tu rajinlah tu 'pinjam' blogmu ni.. Naseb aku ada baca betul2 perenggan permulaan tu.. Manatau ada yang tetiba terkejut, "Ehh, Dorris dengan Husband?"

Muahua3!

u/p: Gambar si comel n Datuk Masidi tu paling manang... d(^^,)

Jemput Baca:
AKU DAN BERSIH: MENJELANG HARI PERHIMPUNAN [2/2]

d.angel said...

samizul.net: iya ba...gila2 dorg jga ni smpai ke malam ba jln mghala ke kk jamm..

haha..dia tu mmg rajin mnulis jg tp indada kono masanya berblog...hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...