Sunday, July 24, 2011

Oprah Winfrey: # 3 wanita paling berpengaruh



Berpengaruh, kaya dan terkenal itulah 3 perkataan yang dapat kita gambarkan pada wanita ini. Paling penting dia juga mempunyai semangat kental dalam membina kerjaya dan empayar perniagaan. Siapa tidak kenal Oprah Winfrey? atau nama sebenar beliau Orpah Gail Winfrey.



Oprah Winfrey menduduki rank ke-3 wanita yang paling berpengaruh dan menduduki tempat pertama wanita pendapatan tahunan tertinggi di Amerika Syarikat oleh Forbes. Wanita kulit hitam ini berjaya kerana kebijaksanaan dan kepetahan beliau berkata-kata. Pernah mengacarakan rancangan bual bicara People Are Talking dan A.M Chicago, Oprah akhirnya mengendalikan rancangan bual bicara yang membawa namanya sendiri iaitu The Oprah Winfrey Show pada tahun 1986, program ini menjadi terkenal sehingga mencecah puluhan juta penonton di seluruh dunia.


Seakan bereksperimen dengan dirinya sendiri Oprah yang seawal kemunculannya kelihatan kurang menarik berubah menjadi wanita yang punya daya tarikan tersendiri. Berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 90 paun menyerlahkan dirinya sebagai wanita yang patut dicontohi. Tidak hairanlah buku tulisan jurulatih dan tukang masak peribadi beliau Bob Greene dan Rosie Daley menjadi buku terlaris di pasaran. Beliau bukan sahaja menjadi pengacara popular tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat.




Lahir bukan dalam kalangan keluarga kaya raya malah melalui sejarah hitam apabila zaman kanak-kanaknya pernah melalui penderaan seksual mungkin antara penyebab kisah yang beliau tonjolkan dalam rancangan bual bicaranya sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. 


Meskipun The Oprah Winfrey Show sudah berakhir pada 25 Mei 2011 baru-baru ini setelah 25 tahun menemui peminatnya, rancangan bual bicaranya itu pasti dirindui ramai....(tentunya oleh aku sendiri..) 












4 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Tiada pengganti kan dia ni. Ada saya tengok 1st episode untuk last season dia. Yang ada John Travolta datang tu. Macam mau menangis pun ada oh. Syahdu betul.

Dorris Angel said...

Fadzmie Mohamad: iya ba..sy slalu tgok ulangan ja ni..hehe. tp oprah mmg best la.

samizul.net said...

Macam aku nda pernah tengok eh TV Show-nya ni.. 25 tahun, memang tempoh yang cukup mematangkan.. d(^^,)

Dorris Angel said...

samizul.net: nah kena tengok tu...skrg ni ada masih lg tu ulangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...