Sunday, July 31, 2011

7 Penyebab Wanita Malaysia dilanda STRESS


Tekanan Perasaan punca Stress....ah, lebih kuranglah tu. Berikut 7 punca tekanan perasaan dalam kalangan warga wanita khususnya di Malaysia.




1. Terlalu menjaga hubungan dengan pasangan

2. Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga

3. Berkerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan

4. Terlalu serius terhadap pelajaran anak

5. Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga

6. Terlalu dikongkong oleh keluarga

7. Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah

Sumber: Berita Harian


Kesimpulannya...wahai wanita...sayangi diri dan hargai kehidupan sendiri.








Monday, July 25, 2011

SPR - Biometrik vs Pengundi Hantu


Mungkin aku yang terlambat mengetahui tentang pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bakal menggunakan sistem biometrik atau imbasan ibu jari bagi mengesan identiti pengundi Pilihan Raya ke-13 akan datang ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Tujuannya mudah, tentulah bagi mengesan pengundi hantu....pengundi hantu ni bukanlah hantu mak limah, hantu kum-kum, hantu gigi, hantu gusu segala...(sekarangkan sibuk dengan segala jenis drama hantu) tapi pengundi "hantu" yang mengundi menggunakan kad pengenalan palsu atau sekarang paling heboh juga dengar-dengar khabar angin pengundi yang membuang undi lebih dari sekali....hantu la juga tu.


Malaslah mahu mengulas benda ni sebenarnya, hanya untuk warm up para pelajar aku yang bakal belajar topik SPR ini pada bab akan datang.


Antara Biometrik vs Pengundi Hantu....


ini juga yang menang...........


Oleh kerana hantu tidak pernah bergambar maka siapa yang kenal rupa hantu? oleh yang demikian aku upload gambar Maya Karin yang cantik ini...kerana cuba anda bayangkan hantu tu cantik-cantik belaka....maka pastilah tiada gambaran rupa hodoh untuk sang hantu....(sebenarnya aku seram mau upload gambar yang bukan2 ni...hehehe)


Sekian.










Sunday, July 24, 2011

Perkahwinan Norman - Memey: RM12 juta


Tengahari tadi dalam berita Awani tetiba muncul cerita ni....fuuhhh...tulislah...tumpang glamour sikit...kih.kih.kih..


Norman Hakim 35, dan Memey Suhaiza 23, bakal mengadakan majlis resepsi bernilai 12 juta. Wow! satu jumlah yang sangat besar tu. Pengantin ini bolehlah berbangga meskipun karya seni mereka tidak segah artis lain tapi masih mendapat perhatian sehingga mendapat tajaan jutaan ringgit.


Majlis perkahwinan tersebut ditaja sepenuhnya oleh Refflesia (jenama barangan kemas terkenal tanahair). Majlis yang bakal diadakan di Hotel Crown Plaza itu turut ditaja oleh 6 penaja lain iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza dan Datuk Jimmy Choo.


Majlis yang berlangsung pada 28 September ini bertemakan New York Look hanya mengundang 200 tetamu yang terdiri daripada wakil media dan selebriti.



Pic credit to: Mohd Izaudin

Apapun semoga berkekalan.






Oprah Winfrey: # 3 wanita paling berpengaruh



Berpengaruh, kaya dan terkenal itulah 3 perkataan yang dapat kita gambarkan pada wanita ini. Paling penting dia juga mempunyai semangat kental dalam membina kerjaya dan empayar perniagaan. Siapa tidak kenal Oprah Winfrey? atau nama sebenar beliau Orpah Gail Winfrey.



Oprah Winfrey menduduki rank ke-3 wanita yang paling berpengaruh dan menduduki tempat pertama wanita pendapatan tahunan tertinggi di Amerika Syarikat oleh Forbes. Wanita kulit hitam ini berjaya kerana kebijaksanaan dan kepetahan beliau berkata-kata. Pernah mengacarakan rancangan bual bicara People Are Talking dan A.M Chicago, Oprah akhirnya mengendalikan rancangan bual bicara yang membawa namanya sendiri iaitu The Oprah Winfrey Show pada tahun 1986, program ini menjadi terkenal sehingga mencecah puluhan juta penonton di seluruh dunia.


Seakan bereksperimen dengan dirinya sendiri Oprah yang seawal kemunculannya kelihatan kurang menarik berubah menjadi wanita yang punya daya tarikan tersendiri. Berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 90 paun menyerlahkan dirinya sebagai wanita yang patut dicontohi. Tidak hairanlah buku tulisan jurulatih dan tukang masak peribadi beliau Bob Greene dan Rosie Daley menjadi buku terlaris di pasaran. Beliau bukan sahaja menjadi pengacara popular tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat.




Lahir bukan dalam kalangan keluarga kaya raya malah melalui sejarah hitam apabila zaman kanak-kanaknya pernah melalui penderaan seksual mungkin antara penyebab kisah yang beliau tonjolkan dalam rancangan bual bicaranya sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. 


Meskipun The Oprah Winfrey Show sudah berakhir pada 25 Mei 2011 baru-baru ini setelah 25 tahun menemui peminatnya, rancangan bual bicaranya itu pasti dirindui ramai....(tentunya oleh aku sendiri..) 












Friday, July 22, 2011

Biru-biru puncak Kinabalu...


Baru-baru ini aku sekali lagi melalui jalan daerah Kota Belud (KB) dari Kota Kinabalu ke Kudat. Mungkin perjalanan akan datang tidak lagi saban minggu seperti selalu, entah bila lagi dapat melalui pemandangan yang indah ini. Sebelum ini setiap hujung minggu aku dapat menikmati pemandangan sawah padi dan kadang gunung Kinabalu dari kejauhan. 


Jika anda melalui jalan KB ini pastikan berhati-hati kerana selain pemandangan sawah padi yang cantik menghijau, jangan leka kerana kehadiran kawanan lembu dan kadang kala sang kerbau boleh mengundang bahaya.


Pada entri lepas aku sudah upload banyak gambar dalam post Perjalanan 190km Kota Kinabalu - Kudat cuma tanpa pemandangan ini.......






sekitar 7.30 pagi

Gunung Kinabalu dan sawah padi yang bagaikan hamparan permaidani...memang best!


Sebenarnya ada satu tempat lagi yang aku ingin sekali ambil gambar dan share dengan kawan-kawan di sini.....di kawasan sawah padi ada deretan pokok yang tersusun cantik, padi sekitarnya pula sudah kuning keemasan...tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan dan jalanraya yang agak sempit (sukar parking) maka hasrat itu belum tertunai. ^_^








Sweet Moments


Minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk dengan pelbagai komitmen. Sehingga sukar sedikit untuk meluangkan masa update blog. Antara yang menyebabkan kesibukan kerana aku telah menerima surat pertukaran tempat bertugas. Ini bermakna banyak perkara perlu diselesaikan segera.


Setelah 6 bulan 2 minggu menikmati panorama indah daerah Kudat, kini aku kembali bertugas di daerah Kota Kinabalu. Biarpun hanya sekejap namun persahabatan dengan kawan-kawan di daerah ini pastinya dirindui. Begitu juga dengan para pelajar 3 Putra, Pra Universiti UM dan UMS. Banyak kenangan yang aku lalui di sini, termasuklah sesat beberapa kali (semasa mula-mula datang). Bagaimanapun kenangan bersama pelajar pastinya yang paling diingati.


Entri kali ini istemewa buat pelajar-pelajar ini.....Pra U (UM&UMS) beserta beberapa gambar yang sempat diambil....


kumpulan yang ditugaskan untuk pembentangan,
melaksanakannya dengan bersungguh...syabas!

inilah antara orang kuat yang memastikan kelas mereka cantik, kemas dan selesa...
(pujian ni mesti buat 2 org ni..shy-shy cat...hehe).....jejaka sejati idaman Borneo..

hah! yang ni real malu-malu kucing...

aik...gambar ni pun ada...

control macho....jejaka harapan ni...

Jejaka harapan....yang telah berjanji akan memastikan spesis mereka tidak menerima nasib seperti dinasour...(^_^) pupus dari muka bumi.....ooppss..(istilah yang agak kurang diterima oleh mereka yg over sensitif..kih..kih..kih) - hanya kata2 gurauan tapi bermakna tuwww...

logiknya, di mana-mana pusat Pengajian Tinggi lelaki semakin berkurangan. Hasil pemerhatian sendiri dalam kelas elit (bagus) dimonopoli oleh pelajar perempuan....hhhmmm..padahal pelajar lelaki kalau bersungguh mereka lebih cepat belajar. 


pose kena paksa??....hehehe...smile!

akibat bercakap-cakap di belakang group ini didera buat pembentangan sepontan...
nasib baik bagus...jadi aku boleh la senyum ^_^

excited ni mau dapatkan 'A'......orait!

ada yang tidak sempat membentang.....tdk apa, bentang time Viva di universiti yaaa....

study smart dear....

ini la wanita sejati....go..go girls..

kelas yang ceria dengan hiasan dalam kelas yang menarik...

para pelajar ini mempunyai sikap yang baik.....anda semua pasti dirindui...
The past is never dead, It is not even past.

Semoga semua mereka ini berjaya dalam STPM 2012 dan dapat merealisasikan impian masing-masing. Berbekalkan attitude yang baik anda semua pasti boleh dan jangan takut menyimpan impian. ^_^ okehh!!


Sebelum tu klip video ni untuk anda semua.....the power of dream...










Tuesday, July 19, 2011

The Final Analysis


People are often unreasonable, illogical, and self-centered,
Forgive them anyway,

If you kind, people may accuse you of having selfish, ulterior motives,
Be kind anyway.

If you are successful, you will win some false friends and some true enemies,
Succeed anyway.

If you honest and frank, people may cheat you,
Be honest and frank anyway.

What you spend years building, someone could destroy overnight,
Build anyway.

If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today, people will often forget tomorrow,
Do good anyway.

Give the world the best you have, and it may never be enough,
Give the world the best you have anyway.


You see, in the final analysis,
It is between you and God;
It was never between you and them anyway.


**********************

Semua orang melalui pelbagai onak dan duri dalam hidup ini, tapi apa pun jua kata-kata di atas ibarat terapi  yang menenangkan.......terima kasih kepada Mother Teresa penerima anugerah Nobel 1979, tokoh yang mengilhamkan kata-kata ini.




Sunday, July 10, 2011

Bagaimana Ceriakan Isnin? "Wonderful Monday"



Siapa yang suka hari jumaat? eehh..eehh..ramai yang angkat tangan....tapi cuba pula tanya siapa suka hari isnin?


mungkinkah tunjuk muka camni?



tidak la macam ni sangat kan....(senyum ada manis sikit...la cik adik)



Isnin selalu merimaskan, lebih-lebih lagi jika selepas cuti panjang. Emosi yang tidak setabil pada hari isnin tentunya dipengaruhi oleh rehat 2 hari sebelumnya. Kalau tiada rehat parah juga tp kalau banyak rehat pun masalah emosi pula.


Biasanya kalau di sekolah hari isnin wajib ada assembly maka masa ni la ramai pelajar tidak hadir.... mungkin sesetengahnya takut 'sport check'....kononnya, tapi sebenarnya tidak kurang juga yang lewat bangun atau.... gangguan emosi pada hari isnin. Budaya ini mesti la tak baikkan... jadi sebelum jadi BUDAYA... maka mari kita reverse psychology....jerit kuat-kuat....  ISNIN......BESTnyaaaaa....Muaha..Muaha..... 6X ya. 


tp muncung tu jaga sikit............nanti boleh sangkut payung pula..



untuk kita SEMUA....



(rambut biar tegak, mata berpinar2...mulut semestinya 180 darjah...
kalau di tempat kerja....boss jangan pengsan sudah..hihihihi..)


Have a Wonderful MONDAY....




Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih Vs Majlis Anugerah Cemerlang UPSR KK 2010

Hari ni kakak aku rajin....jd aku nak rehat dulu la...yeehh..yeehh..... jadi sila la layan apa yang nak dia kongsikan ni...kay... (jgn blog ni bertukar tangan suda..kih..kih..kih.)



Hari ni 9 Julai 2011, Sabtu..tapi terpaksa jga bangun awal sebab anak ada Majlis Anugerah Cemerlang UPSR Daerah Kota Kinabalu 2010 (MACUDKK) di Grand Ballroom 1 Borneo.  Pasal hari Sabtu malas sesangat mo bangun, jadi kami "agak" terlambat sedikit.  Keluar ja dari rumah...adoi! jaaamm teruk sebab ada road block oleh pak polisi gara2 pemeriksaan dibuat untuk mengelakkan public join perhimpunan haram @ bersih di pusat bandar Kota Kinabalu.. bercakap pasal perhimpunan haram ni..aku dah cakap dengan husband aku yang aku yakin di KK ni tiada punye lah perhimpunan haram ni...cayalah.. kekalkan keamanan negara kita kay! (tetiba pula jadi patriotik apa hal ni...saja jaer..).  Hah itulah padahnya! gara2 road block perjalanan dari rumah kami ke 1 borneo  yang patutnya 13 minit ja dah jadi hampir sejam! 



Forget about perhimpunan tu....cerita pasal MACUDKK 2010 pulak..beruntung anak2 zaman sekarang diberi appreciation sana-sini bila cemerlang dalam apa jua lapangan terutamanya pendidikan..syukur kepada Yang Maha Kuasa.. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Datuk Masidi Manjun yang mewakili CM yang tidak dapat hadir disebabkan komitmen lain di luar KK. Seramai 391 murid cemerlang UPSR 2010 ('A' straight in all subjects) bagi sekolah2 daerah KK diraikan dalam majlis yang gilang gemilang ini.. Tahniah kepada pihak pengajur (PPDKK) dan penaja yang berjaya melaksanakan majlis ini (terbaekk beb!) dan Syabas serta terima kasih tidak terhingga kepada semua guru-guru yang mendidik anak2 kami (terutamanya SK St. Catherine, Inanam) dan kepada ibu bapa teruskan usaha kita supaya anak2 kita menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada nusa bangsa...meskipun ini baru permulaan tapi inilah pemangkin untuk kita mengapai bintang! (eh..eh semangat gituww!). Ok la terlalu berjela nanti boring pula...apa kata, kita layan ja gambar2 ini...



 Sambutan majlis kelas gitu..siap ada bunga manggar, kompang dan red carpet oh..(si adik yg excited lebih..heheheeh..)


 PPD(KK) juga menyediakan pameran yang infomatif untuk dilawati oleh semua hadirin...ini ialah pameran berkenaan aktiviti-aktiviti dan kejayaan yang dicapai oleh sekolah-sekolah rendah sekitar KK


Ini dia YB2 kita yang komited kepada pendidikan di negeri Sabah ini...meski sibuk dengan pelbagai komitmen tetap meluangkan masa datang ke majlis ini..


 eh..eh..sempat pose dengan YAB Datuk Masidi Majun (YB berjiwa rakyat gituww...)


ini pula pose bersama cikgu Martha dan cikgu Bahara (SK St. Catherine, Inanam)



Sebelum majlis berakhir, YAB Datuk Masidi mengambil kesempatan melawat pameran.


Sepanjang majlis si kakak tidak berkesempatan sangat bergambar. Apa lagi si adik pula lebih-lebih....



Harry Potter Terakhir - Trafalgar Square London



JK Rowling penulis novel Harry Potter kembali dengan siri terakhir berjudul Harry Potter and The Deathly Hallows - Part 2. Siri terakhir (sambungan The Deathly Hallows -part1) mengisahkan Potter menentang kuasa Lord Voldemort untuk kali terakhir.


Mengutip AS$6.4 billion (RM19.2 billion) dari hasil jualan tiket kesemua filem terdahulu, Harry Potter terakhir ini pastinya bakal mengegarkan lagi panggung di seluruh dunia.


Khamis lepas ribuan peminat menanti untuk menyaksikan bintang-bintang utama dan penulis novel ini di sambut dengan hamparan kapet merah bagi tayangan perdana siri terakhir di Trafalgar Square London. 


Setelah 10 tahun Harry Potter membawa kita ke dunia khayalan, pastilah siri terakhir ini amat dinantikan. Oleh itu jangan lupa 15 Julai 2011 ini...jom ramai-ramai ke panggung...



 Acara kemuncak yang penuh kemeriahan namun turut diselimuti emosi sedih



Rupert Grint, Emma Watson dan Daniel Radcliffe penaraju utama filem Harry Potter menghabiskan masa lebih 3 jam menemui peminat dan menandatangani autograf.



 Trafalgar Square London


Fakta Menarik:

Bintang utama Harry Potter berjaya menjadi jutawan muda (sepanjang membintangi filem ini):

Radcliffe (21) berpendapatan AS$42 juta - memegang watak Potter

Emma Watson (21) AS$22 juta

Grint (22) AS$20 juta


JK Rowling pula tentunya mencatat sejarah tersendiri setelah mengegarkan dunia dengan Novel Fantasi ciptaannya ini.

Forbes menyenaraikannya sebagai wanita yang ke-2 terkaya di US selepas Oprah Winfrey



Gambar kredit: BBC news & google.




Wednesday, July 6, 2011

The Lost World - Sabah: Destinasi Wajib Dikunjungi

Baru-baru aku dapat satu gambar dari seorang sahabat yang dia tag dalam FB. Wow! gambar di air terjun Maliau Basin. Meskipun aku ni bukanlah lasak (mcm kawan ni) tapi aku tetap berangan untuk menjejaki tempat ni. (al-maklumlah kononnya...ahli Kelab Pencinta Alam Negeri Sabah...sejak ting. 1 weii.....apapun, sebenarnya aku ada terbaca tentang Maliau Basin ni dari seorang penyelidik mat salih yang terkezzuutt..tergamam..dengan keindahan tempat ni lama dulu..hehehe..) 


Apa yang bestnya dengan Maliau Basin ni??? kay ni nak bagi info sikit....


Maliau Basin terletak di pedalaman negeri Sabah antara daerah Keningau dan Tawau telah diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kelas 1 (perlindungan) di bawah perlindungan Yayasan Sabah sejak tahun 1981. Kawasan lembah Maliau ini kelihatan seperti "basin" atau mangkuk gergasi. Maliau Basin dianggap misteri dan unik kerana bentuknya yang menyerupai mangkuk iaitu melengkung ke bawah.




Berkeluasan 588 kilometer persegi iaitu menyamai keluasan Singapura, Maliau Basin turut dikenali sebagai the LOST WORLD, Dunia Terasing ataupun Dunia Tersembunyi. Lokasinya yang terletak di ketinggian antara 1,500 hingga 1,900 meter dari paras laut menjadikannya sebagai kawasan yang sukar diterokai dan tidak didiami manusia.

hanya 30% kawasan ini diterokai
air terjun yang sangat cantik, jauh dari pencemaran manusia


Kerajaan Malaysia berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) agar Maliau Basin diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Beribu spesis flora dan fauna terdapat di sini dan banyak di antaranya tidak terdapat di tempat lain.


Untuk ke kawasan ini bukannya mudah kerana setiap pelawat perlu mendapatkan kebenaran dari pihak Yayasan Sabah. Bagaimanapun melalui agent pelancongan (dalam bilangan terhad) anda masih boleh merancang untuk menikmati panorama indah ini. 


Lebih info saksikan video ini:










Monday, July 4, 2011

Yingluck: Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand






Berpendidikan, bijak, cantik dan masih muda (44 tahun) beliau mungkin akan menjadi idola kepada ramai wanita. Beliau ialah Yingluck Shinawatra yang juga merupakan adik bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Yingluck telah memenangi Pilihanraya Thailand yang berlangsung semalam. Beliau yang memimpin Parti Puea Thai  telah memenangi sebanyak 260 kerusi daripada 500 kerusi yang dipertandingkan sementara parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva hanya memenangi 160 kerusi dan selebihnya telah diperolehi oleh parti-parti kecil yang lain.


turut berjaya dalam bidang perniagaan


Dengan kemenangan tersebut bermakna kerusi Perdana Menteri Thailand diduduki oleh seorang wanita. Hal ini pastinya melakar sejarah tersendiri dalam sistem pemerintahan Thailand. Bagaimanapun, di bahunya terletak beban yang perlu digalas. Rakyat Thailand pastinya dahagakan kestabilan politik mahupun ekonomi selepas 6 tahun negara tersebut dilanda ketegangan dan beberapa rusuhan berdarah. Mungkinkah beliau merupakan package terbaik dalam pentadbiran Thailand? 



Apapun, TAHNIAH! kepada wanita ini. 


Sunday, July 3, 2011

Kate Middelton: Selepas Perkahwinan Diraja?


Lahir dari kalangan rakyat biasa Kate Middelton kini memegang gelaran Her Royal Highness The Duchess of Cambridge setelah berkahwin dengan Putera William. Dari kehidupan biasa Kate mendapat liputan luar biasa. Mungkin ada yang menyamakan cerita hidupnya ibarat Cinderella yang berkahwin dengan Putera Raja. 



Setiap gerak langkahnya pasti mendapat perhatian


dan tidak boleh tidak....


Dunia akan membandingkannya dengan PUTERI DIANA




Sut Merah dan Topi Hitam

Kombinasi Biru Hitam

Dress tanpa lengan dengan kain lace

Dress bercorak Harimau Bintang

Credit: Tim Graham/Getty Images; Tim Graham Picture Library/Getty Images


Meskipun mungkin penampilan di atas hanya satu kebetulan. Itulah harga yang perlu dibayar. (banyak duit nak bayar pun...aiman tak kisahhh...)



Puteri Diana mendapat perhatian dunia bukan hanya kerana  menjadi icon dunia fesyen tetapi juga kerana kerja-kerja amal yang telah menempatkan beliau sebagai puteri di hati rakyat. Mungkinkah Kate akan turut menjadi icon fesyen seperti mandiang Diana?


Tiada aneka pilihan A,B,C.-terima kasih jika sudi menjawab-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...