Pages

Friday, July 22, 2011

Biru-biru puncak Kinabalu...


Baru-baru ini aku sekali lagi melalui jalan daerah Kota Belud (KB) dari Kota Kinabalu ke Kudat. Mungkin perjalanan akan datang tidak lagi saban minggu seperti selalu, entah bila lagi dapat melalui pemandangan yang indah ini. Sebelum ini setiap hujung minggu aku dapat menikmati pemandangan sawah padi dan kadang gunung Kinabalu dari kejauhan. 


Jika anda melalui jalan KB ini pastikan berhati-hati kerana selain pemandangan sawah padi yang cantik menghijau, jangan leka kerana kehadiran kawanan lembu dan kadang kala sang kerbau boleh mengundang bahaya.


Pada entri lepas aku sudah upload banyak gambar dalam post Perjalanan 190km Kota Kinabalu - Kudat cuma tanpa pemandangan ini.......






sekitar 7.30 pagi

Gunung Kinabalu dan sawah padi yang bagaikan hamparan permaidani...memang best!


Sebenarnya ada satu tempat lagi yang aku ingin sekali ambil gambar dan share dengan kawan-kawan di sini.....di kawasan sawah padi ada deretan pokok yang tersusun cantik, padi sekitarnya pula sudah kuning keemasan...tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan dan jalanraya yang agak sempit (sukar parking) maka hasrat itu belum tertunai. ^_^








8 comments:

Anonymous said...

Hi there.. visiting u for the 1st time and follow u.. ^^ do hit me back ya.. :)

d.angel said...

germaine: tq for d visiting & become d follower. for sure will visit you back.. :)

Fadzmie said...

Selalu kalau saya turun KK dari Kudat awal pagi (bertolak jam 5 pagi), memang ni la pemandangan yang selalu saya nampak. Bikin tenang ni. Kadang-kadang, saya berenti sigup2 minum kupi lg ni tepi jalan, sambil tengok ni pemandangan, dari atas hood kereta. Kalau dari Kota Marudu menghala simpang tiga Kudat-KM-KK pun jelas ni. Hehe.

d.angel said...

Fadzmie Mohamad: sipang 3 KM-Kudat tu pun ka? nda perasan pla...nah best kan view jalan KB tu..ada kupi lg best. :)

Fadzmie said...

bukan betul-betul di simpang tu. hehe. kira sebelum sampai tu simpang, dari kota marudu. belah-belah kiri nampak jga tu view macam ni. sebab sana pun banyak sawah padi kan. hehe.

Unknown said...

Aku rasa, nampak ni mesti sebelum sampai simpang jalan pintas tu kan, ehe.. Dulu di Kudat pun boleh nampak bah ni G. Kinabalu.. Sana dekat bulatan [duulu mana ada ni bulatan] dekat SRK. St. Peter [jalan ke Marina Resort juga] tu.. Tapi macam terhalang sudah oleh papan iklan yang tinggi.. Naseb besi kuat. Kalau nda, aku kasi roboh tu.. Muahua3! XD

d.angel said...

Fadzmie Mohamad: sana simpang 3 tu nda ingat lain sudah ba ingat kacang panggang ja mau singgah beli...e2 yg nda perasan kali. :)

ee...ntah bila lg lalu sana ni..nda nmpk suda pemandangan santik ni owwhh.

d.angel said...

samizul.net: ya betu la tu...time ni sy singgah sana gerai kaler oren mcm salah sorg wasaber kc tau hr tu. beli fish ball....hehehe.

owh..sana, hr2 sy lalu sana tu tp sblh petang mana la muncul g.kinabalu. :) klau pagi2 kali kn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...