Friday, December 9, 2011

Bila Pasport Tidak Lagi Valid


Hello semua,

Kadang kita selalu lupa buat double check perkara-perkara yang penting tapi selalu diremehkan misalnya pintu rumah sudah dikunci atau belum?, sudah tutup lampu, kipas atau belum? atau sudah berus gigi kah belum? Nah perkara ke 3 tu memang dasyat kalau tidak dibuat pasal satu dunia boleh pengsan taaauuu.


Apa kaitan semuanya tu dengan pasport? memang tiada kaitan pun cuma benda-benda di atas tu ibarat hari-hari kita hadapi tapi masih boleh dilupakan dan diremehkan. Pasport lagilah, pasal benda alah ni selalunya dijeruk dalam laci. Itupun kalau disimpan, kadang entah di mana-mana diletakkan saat diperlukan baru ribut satu kampung mencari. Semasa dalam tempoh "dijeruk" tu pastilah kita selalu lupa tentang tarikh valid? masih hidupkah atau sudah nyawa-nyawa ikan? Kebanyakan negara memerlukan pasport sah laku 6 bulan semasa memasuki negara mereka. Oleh itu, jangan terperdaya dengan validity yang dicatatkan pada pasport anda. 




Masih lagi cerita Jackie Chan maksud saya Hong Kong (HK)....percutian HK kami sebenarnya diikuti babak-babak cemas, nah macam movie Jackie Chan. Bayangkan kami hampir ketinggalan penerbangan. Serius itulah yang berlaku....dahlah terlewat masuk pintu pemeriksaan kemudian terpaksa pula melalui  imigresen dengan barisan panjang. Setelah kami berempat lepas pemeriksaan imigresen brother in law saya pula mengalami masalah, rupa-rupanya pegawai yang bertugas baru perasan yang pasport miliknya valid kurang 6 bulan. Tempoh tamat pasport 15 Mei 2012 semantara kami bertolak pada 25 November 2011. Maksudnya kurang seminggu saja 6 bulan. Sebenarnya sister saya pun sama kerana mereka berdua buat pasport pada tarikh yang sama cuma imigresen terlepas pandang. 


Sudahlah hanya tinggal kami berlima sahaja ditunggu untuk boading, para petugas airport mengarahkan kami agar lebih cepat kerana pintu kapal terbang sudah hampir ditutup. Setelah kami berempat sudah duduk, brother in law saya belum juga muncul-muncul. Punyalah stress sebab kami semua tidak tahu masalah yang timbul pada awalnya sebab dia di barisan paling belakang. Akhirnya dia muncul juga dengan persoalan yang besar....adakah mereka boleh lepasi imigresen Hong Kong? silap-silap terpaksa balik kerana tidak dibenarkan memasuki Hong Kong. Arrggghhhh....bayangkan betapalah penat-penat  plan percutian ni tiba-tiba terpaksa pulang...duit pun melayang..huh!


selera makan pun hilang taauu....tengok tulisan pada tangan tu, 
itu saat otak emergency digunakan...no telefon agent siap-siap cari sekiranya 
ada masalah di imigresen. 


Bagaimanapun, saya sedikit yakin kerana hasil google sebelum bertolak saya telah terbaca kisah seorang blogger yang mengalami hal yang serupa, bagaimanapun setelah melalui soal siasat yang pastinya panjang akhirnya beliau dapat juga memasuki Hong Kong. Harapan ke 2 tentunya tiket pergi dan  balik semula ke Malaysia merupakan bukti kunjungan tersebut hanya satu lawatan sosial. Harapan ke 3 travel agent yang kami ambil untuk ground tour mungkin sedikit boleh membantu. Bagaimanapun tiada jaminan untuk itu selebihnya hanya berserah dan terpaksa akur jika diarahkan balik.


Dalam tup tup tup...dup dup dup akhirnya mereka lepas tanpa banyak persoalan. Punyalah lega....lega selega-leganya.... Moralnya tidak payahlah disebutkan....lu fikirlah sendiri kata Nabil. Be alert dan baca segala terma-terma yang tertulis dalam pasport jangan hanya dibuat pekasam. Sebenarnya sister saya yang seorang lagi tu sudah mengingatkan awal tentang hal tersebut tapi entah kenapa sister saya ni pun pelupa tahap dewa, mengalahkan nenek kebayan (hehehe.....peace! my dear sis...) maka gitulah jadinya nasib baik Hong Kong, negara lain tak tau la.......sayonara jawapnya.


Sharing is caring......have a nice day.

Post berkaitan: Pengangkutan Awam Hong Kong yang Super Awesome ^_^


3 comments:

coldpepperonata said...

Nasib muka kesian laku jugakan..hehehe

Dorris Angel said...

hahahah.....kalilah..senyum seindah suria kali.

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Ada passport..tp tk pernah guna.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...