Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh Malam Ini


Hari ini 10 Disember 2011 sekali lagi kita bakal menyaksikan Gerhana Bulan Penuh yang mengambil masa kira-kira 56 minit 16 saat. Masa tersebut menyaksikan bulan terlindung sepenuhnya di dalam bayang-bayang bumi. Fasa awal gerhana bakal berlaku sekitar 7.31 petang bagaimanapun fasa gerhana bulan penuh hanya boleh dilihat sekitar 10.05 malam hingga 10.57 malam. Pada masa tersebut bulan akan kelihatan seperti bola raksasa berwarna kuning keemasan terapung di angkasa.




Kali terakhir kita dan seluruh rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada Jun 2011 yang lepas. Bagaimanapun mungkin ramai yang terlepas menyaksikannya kerana gerhana tersebut berlaku lewat tengah malam sehingga keesokan paginya. Berbeza pada kali ini apabila bulan mula menghampiri kawasan gelap bumi dikenali sebagai umbra yang memberi kesan gelap yang bakal kelihatan seawal jam 8.30 malam.


Pastikan tidak terlepas menyaksikan fenomena ini kerana jika terlepas bermakna anda perlu menunggu sehingga 10 Oktober tahun 2014 bagi fenomena gerhana penuh yang boleh dilihat dari Malaysia.




Selamat menyaksikan fenomena hebat ini dan selamat berhujung minggu.


4 comments:

Sepulz said...

wah best nya...enda sabar aku...
kalau d kk boleh nampak ka tcher???

Dorris Angel said...

yess boleh...dimana2 seluruh malaysia. ba jgn lupa :)

Sepulz said...

ok i'll be watching...hehe...

coldpepperonata said...

ooboh!!!sekali tgok nmpak muka urg kakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...